Cara tukar no telefon BSN tidak begitu rumit seperti yang Anda bayangkan, langkah-langkahnya sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama.
Kita tahu bahawa berurusniaga dengan menggunakan myBSN memerlukan kod OTP yang dihantar melalui nombor telefon berdaftar.
Oleh itu, telefon bimbit mesti sentiasa berada di tangan apabila kita akan membuat transaksi menggunakan kaedah perbankan internet.
Persoalannya ialah jika nombor telefon bimbit yang didaftarkan tidak dapat digunakan lagi, seperti hilang, tamat tempoh atau lain-lain.
Sekiranya keadaan seperti itu berlaku kepada Anda, maka apa yang mesti dilakukan ialah menggantikan nombor telefon BSN dengan nombor handphone baru.

Cara Tukar No Telefon BSN
Bagaimana caranya? caranya mudah saja, sila ikuti langkah-langkah dibawah ini:
- Sila membawa buku simpanan, kad ATM dan kad pengenalan.
- Seterusnya pergi ke kaunter cawangan BSN terdekat.
- Cakap ke customer service bahawa Anda mahu tukar nombor telefon BSN.
- Customer service akan membantu Anda menukar nombor telefon lama dengan yang baru.
Apabila menukar nombor telefon bimbit perbankan BSN, tiada yuran pentadbiran.
Note : Mengemas kini nombor telefon bimbit Anda melalui mesin ATM BSN tidak lagi akan disediakan. Sekiranya Anda telah menukar nombor telefon bimbit baru, sila lawati mana-mana cawangan BSN untuk mengemaskini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Contact Centre BSN di 1300 88 1900.
Untuk pertukaran nombor telefon bagi penerimaan TAC, Anda perlu ke ATM BSN.
Baca juga : Tutorial cara transfer duit BSN terkini
Itulah maklumat terbaru bagaimana cara tukar nombor telefon BSN, sekiranya Anda mendapat masalah sila hubungi customer service BSN atau kembali ke cawangan bank BSN terdekat.