Cara Tukar Limit Transaksi Transfer BSN Secara Online

Posted on

Jika Anda merupakan pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), pasti Anda sudah tahu bahawa setiap akaun perbankan mempunyai had transaksi tertentu yang dikenali sebagai limit transaksi.

Had transaksi ini merujuk kepada jumlah maksimum wang yang boleh dipindahkan atau dikeluarkan dari akaun dalam satu transaksi.

Sekiranya Anda ingin menukar limit transaksi BSN untuk setiap transakasi macam DuitNow, FPX Payment, Bill Payment dan lainnya. Anda boleh ikuti step di bawah ini ye.

Cara Tukar Limit Transfer BSN
Cara Tukar Limit Transfer BSN

Apakah Limit Transaksi

Limit transaksi dalam akaun BSN online adalah had maksimum wang yang boleh dipindahkan atau dikeluarkan dalam satu transaksi melalui platform perbankan digital BSN iaitu MyBSN.

Had transaksi ini bergantung kepada jenis akaun perbankan yang anda miliki. Berikut adalah contoh had transaksi untuk beberapa jenis limit dalam akaun BSN online:

  • 3rd Party Fund Transfer Max RM10,000
  • 3rd Party Credit Card Payment Max RM3,000
  • 3rd Party Financing Payment Max RM3,000
  • Bill Payment Max RM10,000
  • FPX Payment Max RM10,000
  • InterBank Giro (IBG) Max RM10,000
  • Non-Malaysia Resident Interbank Giro (IBG) Max RM10,000
  • DuitNow Transfer Max RM10,000

Cara Tukar Limit Transaksi BSN

Untuk menukar limit transaksi dalam akaun BSN online, Anda perlu setup melalui platform MyBSN. Berikut adalah langkah-langkah untuk menukar limit transaksi dalam akaun BSN online:

  1. Lawati pautan rasmi BSN di https://www.mybsn.com.my
  2. Masukkan Username akaun Anda. Login Tukar Transfer Limit
  3. Klik Login.
  4. Sahkan Security Image Anda. Password Tukar Limit BSN
  5. Klik Yes.
  6. Masukkan Password akaun Anda.
  7. Klik Login.
  8. Selepas Anda login, klik Manage Account. Update Transaction Limit
  9. Klik Update Transaction Limit.
  10. Sila pilih jenis transaksi yang Anda ingin ubah.
  11. Klik Next.
  12. Kemudian, masukkan Jumlah Limit Transfer baru yang Anda inginkan. Tukar Limit Transfer BSN
  13. Klik Submit.
  14. Klik Request TAC.
  15. Masukkan Kod TAC ke ruangan yang disediakan.
  16. Klik Confirm.
  17. Selesai.

Kalau Anda tak boleh log masuk akaun MyBSN, Anda jangan risau! Sila ikuti step dalam artikel ni ye cara atasi tak boleh login BSN online.

Kemaskini had transaksi Anda akan diproses dalam tempoh 1 minit sahaja. Sekiranya anda mengalami sebarang masalah semasa mengemaskini had transaksi anda melalui MyBSN, anda boleh menghubungi BSN Customer Service Center di talian 1-300-88-1900 untuk mendapatkan bantuan.