Sekiranya Anda mempunyai kad debit Maybank yang telah tamat tempoh, rosak ataupun hilang, kami nasihatkan Anda untuk segera menukar kad bank tersebut dengan kad baru.
Sebab apabila kad tersebut tidak segera Anda perbaharui, Anda tidak boleh membuat sebarang transaksi seperti pengeluaran wang di mesin ATM.
Sekarang nie tak perlu risau sebab penukaran kad bank boleh dilakukan secara online sehingga Anda tak perlu beratur di bank. Selain secara online, Anda juga boleh membuat penukaran kad Maybank expired di Kiosk.
Cara Tukar Kad ATM Maybank Online
Ikuti langkah-langkah cara tukar kad ATM Maybank melalui Maybank2u di bawah ini:
- Lawati pautan rasmi Maybank2u di https://www.maybank2u.com.my/
- Masukkan Username akaun Anda.
- Klik Login.
- Klik Yes untuk sahkan Security Phrase Anda.
- Masukkan Password akaun Anda.
- Klik Login.
- Selepas Anda login, klik Settings.
- Kemudian, pilih Cards.
- Klik Debit Cards dan klik Replace Card.
- Isikan Alamat Penuh, poskod beserta negeri Anda untuk Penghantaran Card.
- Klik Terms & Conditions untuk setuju dan tekan Replace Card.
- Klik Request TAC dan masukkan pada ruang yang disediakan untuk sahkan penukaran kad tersebut.
- Kad baru Anda akan dihantar dalam tempoh 3-10 hari bekerja dari tarikh permohonan.
- Selesai.
Cara Tukar Kad ATM Maybank di Cawangan
Di bawah ini merupakan cara tukar Kad ATM Maybank melalui cawangan:
- Lawati cawangan Maybank yang berhampiran.
- Pastikan Anda membawa kad pengenalan dan kad ATM debit lama beserta duit RM12.
- Sila ambil nombor giliran.
- Tunggu nombor giliran Anda dipanggil.
- Jika nombor giliran Anda telah dipanggil, sila maklumatkan kepada pegawai bank bahawa Anda ingin tukar kad ATM lama dengan yang baru.
- Anda akan diminta untuk mengisi borang permohonan tukar kad.
- Tunggu beberapa minit, kad Anda berjaya ditukar.
- Selesai.
Cara Tukar Kad ATM Maybank di KIOSK
Anda juga dapat melakukan tukar kad ATM Maybank di Kiosk:
- Anda dapat mengunjungi ke Maybank yang memiliki Express Debit Card Replacement Kiosk.
- Sila masukkan Kad ATM lama dan No.PIN ATM Anda.
- Pilih Jenis Kad Baru yang Anda inginkan.
- Masukkan Mykad Anda.
- Selepas itu, imbas ibu jari Anda.
- Tunggu beberapa minit, Kad ATM baharu akan keluar dari mesin Kiosk.
- Selesai.
Cara Aktifkan Kad Baru Maybank
Jika kad Maybank baharu Anda sudah sampai, Anda perlu aktifkan sendiri kad tersebut yang dapat dilakukan melalui Online atau ATM.
Kad Debit baharu yang Anda terima mesti diaktifkan dalam tempoh 90 hari selepas Anda terima. Sekiranya tak berjaya, Anda mesti membuat permohonan kad baru semula dan caj pertukaran RM12 akan dikenakan.
Bagaimana dengan PIN, adakah PIN mesti dikemaskini? PIN masih menggunakan yang sedia ada dan tidak mesti kemaskini/tetapkan yang baru. Jika Anda ingin menukar PIN lama dengan yang baru, Anda boleh melakukannya di mesin ATM Maybank.
Di bawah ini kami akan kongsikan cara aktifkan kad baru Maybank melalui 2 cara, melalui Online dan ATM.
Cara Aktifkan Kad Debit Maybank Online
Bagi memudahkan Anda, Anda dapat aktifkan kad debit Maybank online:
- Lawati pautan rasmi Maybank2u di https://www.maybank2u.com.my/
- Masukkan Username akaun Anda.
- Klik Login.
- Sahkan Security Phrase Anda.
- Masukkan Password akaun Anda.
- Klik Login.
- Selepas login, pergi ke bahagian Settings.
- Kemudian, klik Cards.
- Klik Manage Debit Cards.
- Seterusnya, klik Activate.
- Selesai.
Cara Aktifkan Kad Debit Maybank melalui ATM
Ikuti langkah cara aktifkan kad debit Maybank melalui ATM dengan mudah:
- Sila pergi ke mesin ATM Maybank terdekat.
- Masukkan Kad ATM Anda ke slot yang sudah disediakan.
- Pilih Bahasa yang Anda inginkan.
- Masukkan No PIN ATM Anda.
- Kemudian, klik Transaksi Lain.
- Klik Perkhidmatan Lain.
- Klik skrin seterusnya.
- Klik Pengaktifan Kad.
- Selesai.
Jika ada sebarang masalah/pertanyaan Anda boleh cuba hubungi Customer Service Maybank di:
- 1-300-88-6688 (Malaysia)
- +603-7844-3696 (Overseas
- Email: mgcc@maybank.com.my
Diharapkan maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda dalam urusan perbankan.