Setiap kad ATM yang dikeluarkan oleh Bank Islam mempunyai tamat tempoh. Tempoh sah boleh dilihat di bahagian depan kad. Ia bermula dengan sah hingga dan kemudian nombor yang menunjukkan bulan dan tahun (mm/yy).
Sekiranya tempoh sah kad debit Bank Islam telah expired, sebarang transaksi dengan kad tersebut tidak boleh dilakukan.
Akibatnya, pengeluaran tunai dan pemindahan melalui ATM Bank Islam atau transaksi melalui EDC Bank Islam menggunakan kad Bank Islam akan ditolak atau disekat.
Tetapi Anda tidak perlu risau kerana terdapat tiga cara mudah untuk renew kad Bank Islam lama dengan yang baru. Berikut adalah butirannya:
Syarat Tukar Kad Bank Islam
Sebelum melakukan penukaran kad Bank Islam lama dengan yang baru, Anda mestilah menyediakan beberapa syarat berikut:
- Kad Pengenalan
- Kad Debit/Kredit Bank Islam
- Duit secukupnya
Cara Tukar Kad ATM Bank Islam Melalui Cawangan
Tukar kad Bank Islam kini hanya dapat dilakukan melalui Cawangan, kini Bank Islam belum menyediakan tukar kad ATM melalui online. Ikuti langkah-langkahnya:
- Sila kunjungi cawangan Bank Islam yang berhampiran.
- Ambil nombor giliran Anda.
- Bincangkan kepada pegawai Bank Islam bahawa Anda ingin kemaskini kad ATM yang telah tamat tempoh.
- Pegawai bank kemudian memberikan Anda satu borang untuk Anda isikan.
- Isikan borang tersebut secara lengkap.
- Kemudian, serahkan borang tersebut.
- Selepas itu, pegawai bank akan berikan kad debit baharu untuk Anda.
- Anda diminta membuat PIN (boleh sama dengan kad lama)
- Anda dapat membawa pulang kad ATM baharu Anda.
- Selesai.
Baca juga cara aktifkan kad debit Bank Islam.
Renew Kad Bank Islam Online
Sekiranya Anda ingin menukar atau memperbaharui kad Bank Islam secara online, perlu Anda ketahui bahawa cara tersebut tidak disediakan oleh Bank Islam.
Bank Islam menasihatkan pelanggan untuk menukar kad bank yang telah tamat tempoh ke cawangan Bank Islam terdekat.
Soalan Lazim Bank Islam
Berikut ini merupakan soalan lazim yang berkaitan dengan kad debit Bank Islam:
1. Kenapa saya tidak menerima Kod-i Akses (IAC) apabila saya melakukan transaksi perbankan internet?
Sila kemas kini no telefon Anda bagi menerima IAC untuk setiap transaksi Internet yang dilakukan.
Nota: Jika Anda menggunakan akaun yang dihubungkan dengan BIDC-i untuk pembelian barangan dan/atau perkhidmatan menerusi Internet atau portal, Anda bertanggung jawab sepenuhnya terhadap keselamatan penggunaannya pada setiap masa.
2. Berapakah had transaksi harian untuk BIDC-i?
Maksimum 20 transaksi runcit dibenarkan, tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM2,000 sehari. Bagi Kad Minor, maksimum 20 transaksi runcit dibenarkan tertakluk kepada jumlah maksimum RM300 sehari. Ahli kad bertanggungjawab untuk memastikan BIDC-i digunakan untuk transaksi yang tidak bercanggah atau bertentangan dengan Syariah.
3. Adakah pembayaran tanpa sentuh Visa payWave?
Ia adalah transaksi untuk pembelian runcit yang tidak memerlukan tanda tangan dan mempunyai ciri tanpa sentuh yang boleh digunakan di kesemua rakan dagang yang mengambil bahagian dengan jumlah maksimum setiap transaksi sebanyak RM250 atau RM2,000 sehari.