Telefon pintar bukan hanya peranti yang memudahkan hidup, tetapi menjadi sebahagian daripada gaya hidup. Keperluan untuk sentiasa wujud membuat kami tidak dapat menjauhkan diri dari telefon pintar dan semua aplikasinya. Walau bagaimanapun, telefon pintar tidak boleh digunakan tanpa perkhidmatan rangkaian internet yang mencukupi.
Salah satu perkhidmatan rangkaian yang popular sekarang ialah Umobile. Umobile adalah pembekal yang menyediakan perkhidmatan internet, selain panggilan (voice), SMS, dan keperluan komunikasi lain.
Umobile ada untuk menyokong gaya hidup milenium yang selalu merasakan keperluan untuk berhubung dengan rakan dan keluarga.
Panduan Cara Topup Umobile Terbaru
Kelebihan Umobile lainnya adalah kemudahan topup kredit Umobile dengan banyak pilihan. Anda dapat menggunakan aplikasi MyUMobile, Self Care, Online prepaid top up, SMS dan mengunjungi penjual kredit terdekat.
Sudah tahu cara pinjam SOS topup Umobile belum ? Jom baca dahulu.
Sila simak 5 cara masukan kredit Umobile (topup) yang dapat Anda cuba, pasti berjaya.
Topup Umobile Melalui Online
Cara pertama yang boleh Anda pakai adalah melalui online prepaid top up. Anda hanya perlu menyediakan peranti untuk internet. Boleh melalui komputer atau telefon pintar Anda.
- Silahkan lawati link berikut ini.
- Lepas tu isi form Umobile prepaid number, email dan email Anda.
- Scroll kebawah, pilih jumlah topup yang mahu ditambahkan.
- Pilih payment method, boleh guna kad VISA/American Express.
- Check pada box term & conditions.
- Tak sampai 1 minit, kredit Anda akan ditambahkan.
Topup Umobile Melalui MyUMobile
Cara kedua yang Anda boleh gunakan adalah melalui aplikasi MyUMobile. Anda boleh memuat turun aplikasi ini pada peranti Android dan IOS.
- Buka aplikasi Myumobile Anda.
- Pilih menu, top up My Account.
- Masukan jumlah topup yang Anda mahukan.
- Pilih metode cara bayar.
- Lepas tu bayar lah.
- Selesai.
Topup Umobile Melalui Selfcare
Sudah punya akaun selfcare Umobile ? Jika belum sila, daftar dahulu.
- Sila login ke Self Care (masukan type personal/corporate, nombor telefon dan PIN).
- Masukan jumlah kredit yang Anda mahukan.
- Bayar bil, selesai.
Topup Umobile Melalui Baucer
Sekiranya Anda sudah mempunyai baucar, Anda boleh segera top up kredit Mobile Anda. Sekiranya tak punya, sila beli baucar di kedai U Mobile, 7-Elevens, dan ATM di seluruh negara.
Cara top up Umobile menggunakan baucer mudah je, pada skrin telefon bimbit Anda taip *138*(14 digit kod topup)#
Contoh: *138*12341234567890#
Lepas tu tekan butang call/ok. Tak sampai 1 minit, topup berjaya ditambahkan.
Topup Umobile Melalui SMS
Cara mudah topup Umobile yang dapat Anda cuba adalah melalui SMS.
Masukkan 14 digit nombor dalam baucar yang Anda beli. Taip mesej SMS dan hantar 14 nombor kod ke 22128.
Topup Umobile Melalui Locations
Cara terakhir Anda boleh topup umobile dengan topup locations. Pertama pilih kategori topup. Boleh pilih perbankan internet, ATM, Soft PIN Voucher, Kiosk dan U Mobile Store.
Selepas Anda selesai memilih, ikuti langkah-langkah mengikut kategori itu. Kemudian buat pembayaran.
Itulah cara topup Umobile terkini yang boleh Anda cuba, semoga maklumat yang kami kongsikan bermanfaat.