Cara Share Kredit Maxis
Cara Share Kredit Maxis

Cara Share Kredit Maxis Hotlink Pinjam SOS Topup

Posted on

Transfer kredit Maxis kini lebih fleksibel. Dengan jumlah nominal bervariasi Anda boleh menghantar kredit kepada rakan Snda. Sudah tentu cara share kredit Maxis ditujukan kepada pengguna Maxis saja.

Fitur share kredit yang disediakan oleh Maxis ini sangat bermanfaat bagi penggunanya. Kerana Anda boleh pinjam kredit Maxis ke rakan atau orangtua jika kehabisan kredit.

Tetapi di samping itu kelebihan memindahkan kredit ini adalah untuk untuk meningkatkan kredit balance penerima kredit dan masa aktif simkad akan meningkat.

Cara Cara Pinjam Kredit Maxis

Apa Itu SOS Top Up Maxis

SOS Top Up adalah perkhidmatan yang akan memberikan kredit tambahan kepada Anda apabila Anda memerlukannya.

Perkhidmatan ini sangat berguna ketika Anda mempunyai baki kredit yang rendah atau tidak mencukupi untuk membuat pembelian.

Selain itu, jika nombor telefon Anda menjadi tidak aktif, Anda juga layak untuk mendapatkan tawaran SOS Top Up.

Untuk menerima tawaran SOS Top Up, Anda perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Perkhidmatan SOS Top Up hanya diberikan kepada pelanggan yang telah menggunakan Hotlink selama 1 bulan atau lebih.
  2. Selain daripada tempoh keahlian, kelayakan untuk menggunakan perkhidmatan SOS Top Up juga bergantung kepada kriteria lain seperti sejarah top up dan pembayaran.

Had Transaksi Share-A-Top-Up

Perkhidmatan Share-A-Top-Up mempunyai had transaksi yang perlu diambil kira:

  • Jumlah Minimum Transaksi: RM1
  • Jumlah Maksimum Transaksi: RM100
  • Had Jumlah Transaksi Setiap Hari: RM500 (untuk penderma dan penerima)
  • Had Jumlah Transaksi Setiap Bulan: RM500 (untuk penderma dan penerima)

Berkongsi Kredit dengan Share-A-Top-Up

Bagi Anda yang ingin membantu rakan-rakan Anda yang memerlukan kredit tambahan, terdapat perkhidmatan Share-A-Top-Up daripada Maxis Hotlink.

Semua pelanggan aktif Hotlink (kecuali Hotlink Super IDD, pelan Pelan Pelancong dan Travellers) dengan tempoh keahlian lebih dari 30 hari layak untuk menjadi penderma melalui perkhidmatan Share-A-Top-Up.

Pelanggan yang tidak aktif atau berada dalam status deaktivasi juga layak menjadi penerima Share-A-Top-Up.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menggunakan perkhidmatan Share-A-Top-Up:

  1. Donor Share-A-Top-Up: Pelanggan aktif Hotlink dengan tempoh keahlian lebih dari 30 hari boleh menjadi penderma. Setiap transaksi akan dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak RM0.50. Pastikan baki kredit dalam akaun Anda selepas menggunakan perkhidmatan ini adalah minimum RM1.00.
  2. Penerima Share-A-Top-Up: Semua pelanggan Hotlink (aktif dan tidak aktif) layak menjadi penerima Share-A-Top-Up. Tiada syarat tempoh keahlian yang dikenakan untuk menjadi penerima.

Cara Memohon SOS Top Up

Apabila Anda memenuhi syarat-syarat untuk menerima SOS Top Up, Anda akan diberikan tawaran tersebut melalui SMS jemputan.

Kredit yang diberikan serta bayaran perkhidmatan akan dinyatakan dalam SMS tersebut. Validiti nombor Anda akan dilanjutkan bergantung kepada jumlah kredit yang diberikan.

Anda juga boleh meminta SOS Top Up melalui dua cara berikut:

  1. Hotlink App
  2. Melalui SMS
  3. Melalui *100#
  4. Melalui Auto-Credit SOS Top-up

Cara Cara Share Kredit Maxis

1. Apakah Hotlink App

Hotlink App atau Hotlink adalah aplikasi seluler yang disediakan oleh Maxis, sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia.

Hotlink App bertujuan untuk menyediakan kemudahan kepada pelanggan prabayar dan pascabayar Maxis Hotlink untuk mengurus akaun mereka, mendapatkan tawaran khas, serta mengakses pelbagai perkhidmatan telekomunikasi.

Melalui Hotlink App, pengguna dapat melakukan berbagai fungsi dan aktiviti seperti:

  • Pengguna dapat memeriksa baki kredit mereka secara terperinci termasuk baki utama, baki data, dan baki SMS.
  • Pengguna dapat membeli pakej data internet yang sesuai dengan keperluan mereka.
  • Pengguna dapat mengurus pakej data dan langganan tambahan seperti langganan bulanan dan langganan tambahan lainnya.
  • Pengguna dapat mengemaskini maklumat akaun dan profil mereka seperti alamat, nombor telefon alternatif, dan lain-lain.
  • Pengguna akan menerima tawaran eksklusif yang disesuaikan dengan profil dan penggunaan mereka.
  • Pengguna dapat menghubungi pasukan sokongan Maxis untuk menyelesaikan masalah atau bertanya tentang perkhidmatan mereka.

Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma daripada Google Playstore untuk peranti Android, App Gallery untuk peranti Huawei, dan App Store untuk peranti iOS.

Cara Download Hotlink App

Hotlink App

Berikut adalah langkah-langkah untuk memuat turun aplikasi Hotlink dari Google Playstore, App Gallery, dan App Store:

Google Playstore (Android)

  1. Buka aplikasi Google Playstore pada peranti Android Anda.
  2. Ketikkan Hotlink pada ruangan carian yang terletak di bahagian atas skrin.
  3. Pilih aplikasi Hotlink daripada hasil carian yang dipaparkan.
  4. Ketuk pada butang Pasang yang terdapat di bawah logo aplikasi untuk memulakan proses muat turun.
  5. Sediakan sedikit masa untuk aplikasi Hotlink dimuat turun dan dipasang pada peranti Anda.
  6. Selepas selesai, ketuk butang Buka untuk membuka aplikasi Hotlink yang baru dipasang dan mula menggunakan perkhidmatannya.

App Gallery (Huawei)

  1. Buka aplikasi App Gallery pada peranti Huawei Anda.
  2. Ketikkan Hotlink pada bar carian yang terletak di bahagian atas skrin.
  3. Pilih aplikasi Hotlink daripada hasil carian yang dipaparkan.
  4. Ketuk pada butang Muat Turun untuk memulakan proses muat turun.
  5. Ikuti arahan yang dipaparkan untuk melengkapkan proses pemasangan aplikasi Hotlink pada peranti Anda.
  6. Selesai.

App Store (iOS)

  1. Buka aplikasi App Store pada telefon iOS Anda.
  2. Ketikkan Hotlink pada kotak carian yang terletak di bahagian atas skrin.
  3. Pilih aplikasi Hotlink daripada hasil carian yang dipaparkan.
  4. Ketuk pada butang Dapatkan untuk memulakan proses download.
  5. Sekiranya diminta, masukkan ID Apple dan kata laluan Anda untuk mengesahkan muat turun aplikasi.
  6. Aplikasi Hotlink akan dimuat turun dan dipasang pada peranti Anda.
  7. Selesai.

Cara Transfer Kredit Guna Hotlink RED App

Sudah punya aplikasi Red App Hotlink ? Jika belum silakan download dahulu melalui playstore/appstore. Lepas tu ikuti cara berikut ini.

  1. Lancarkan aplikasi Hotlink. Cara
  2. Tap Top Up untuk menambah kredit.
  3. Pilih Share-A-Top-Up
  4. Masukkan nombor telefon penerima kredit. Pilih jumlah kredit yang dikehendaki kemudian tap SEND CREDITS.
  5. SMS pengesahan berjaya akan Anda terima.

2. Cara Share Kredit Maxis Melalui SMS

Untuk membuat pemindahan kredit, sudah tentu Anda perlu memberi perhatian cara dan prosesnya dengan betul.

Biasanya kod akses USSD penting sentiasa dimasukkan ke dalam pembungkusan kad starter yang dibeli, Anda boleh melihatnya di sana.

Tetapi bagi Anda yang masih keliru, tenang je di bawah kami akan menjelaskan untuk Anda.

  1. Buka Message di telefon Anda.
  2. Taip SHARE<space>Nombor Penerima<space>Jumlah AMOUNT send to 2212. Contoh SHARE 01234567891012 11 send to 2212
  3.  Pastikan Anda transfer jumlah yang betul kepada penerima. Kemudian jawap YES.
  4. Anda akan menerima pemberitahuan SMS dari Hotlink/Maxis, apabila pemindahan berjaya.

Baca juga : Cara share kredit Digi dan cara share kredit Tunetalk

3. Cara Share Kredit Maxis Melalui Dial/UMB

Langkah-langkah yang boleh Anda ikut:

  1. Dail *100*4*2# Share
  2. Masukan nombor penerima
  3. Masukan jumlah/amount yang ingin di kongsi (RM1 – RM100), tekan Send.
  4. Anda akan menerima pengesahan setelah permohonan berjaya.

4. Auto-Credit SOS Top-up

Ini adalah perkhidmatan tambahan yang akan mengotomatiskan proses kredit. Jadi Anda tidak perlu lagi membalas YES setiap kali Anda memerlukan kredit tambahan.

Anda akan dijemput untuk menggunakan perkhidmatan ini selepas berjaya menerima tawaran SOS Top Up.

Untuk berhenti langganan perkhidmatan ini, Anda boleh hantar SMS OFFAUTO ke 20505.

Cara Transfer Kredit Maxis ke Indonesia

Punya rakan, orang tua atau saudara di Indonesia ? Lepas tu Anda mahu bagi kredit Maxis untuk membantu rakan, saudara atau orang tua ? Tenang, Anda boleh kongsi kredit Maxis ke Indonesia dengan ikuti panduan dibawah ini.

  1. Dial *100# tekan call/OK
  2. Pilih menu nombor 4 tambah nilai
  3. Kemudian pilih I-share
  4. Pilih Indonesia
  5. Masukkan nombor negara Indonesia. Contoh +62 81812345976
  6. Pilih jumlah kredit yang hendak dihantar
  7. Klik OK
  8. Pemberitahuan transaksi yang berjaya akan dihantar ke Anda dan penerima.

Sekarang Anda tahu cara untuk berkongsi kredit dengan rakan-rakan melalui Share-A-Top-Up dan cara untuk mendapatkan kredit SOS Top Up dengan Maxis Hotlink.

Pastikan Anda memenuhi syarat-syarat untuk menggunakan perkhidmatan SOS Top Up dan berhati-hati dalam menggunakan perkhidmatan berkongsi kredit.

Dengan adanya perkhidmatan ini, Anda tidak perlu risau lagi ketika kredit Anda hampir habis.

Itulah yang dapat kami kongsikan pada perkongsian kali ini mengenai cara transfer kredit Maxis.