Kehadiran kad debit atau kad ATM Bank Islam tentunya sangat membantu pelanggan untuk melakukan pelbagai transaksi perbankan. Bermula dari transaksi pengeluaran wang di mesin ATM, pemindahan dan pembayaran pelbagai jenis bil.
Walau bagaimanapun, kad ATM Bank Islam (termasuk kad ATM Bank Islam Chip) mempunyai tarikh luput. Valid thru kad ATM Bank Islam boleh Anda lihat pada kad debit/ATM Anda. Sekiranya Kad ATM Bank Islam telah tamat tempoh, maka Anda tidak boleh membuat transaksi menggunakan kad bank tersebut.
Dalam artikel ini kami akan kongsikan step cara renew kad Bank Islam tamat tempoh secara online dan di kaunter. Sila ikuti langkah di bawah ini.

Cara Renew Kad Bank Islam Expired
Bank Islam memudahkan para pelanggannya salah satunya iaitu bagi proses pertukaran kad berjalan dengan cepat dan selamat, terdapat syarat yang perlu sedia ada terlebih dahulu.
- Membawa Kad Debit/Kredit Bank Islam
- Membawa Kad Pengenalan.
- Membawa Wang secukupnya
Step penukaran kad Bank Islam di kaunter.
- Pergi ke cawangan Bank Islam yang berhampiran.
- Pastikan kalau Anda membawa kad Bank Islam yang ingin di tukar.
- Ambil nombor giliran Anda, selepas nombor giliran Anda dipanggil.
- Sila beritahu kepada staff bank kalau Anda nak buat penukaran kad Bank Islam expired dengan yang baru.
- Staff bank akan minta Kad Pengenalan dan Kad Bank Islam Anda.
- Tunggu 1 minit. Selesai.
Renew Kad Bank Islam Online
Bank Islam memaklumkan bahawa renew Kad Bank Islam tidak dapat dilakukan melalui online. Memang mudah jika renew kad Bank Islam melalui online. Namun, bank islam tidak menyediakan penukaran kad expired melalui online.
Renew kad Bank Islam hanya dapat dilakukan melalui cawangan Bank Islam, jadi sila kunjungi cawangan Bank Islam yang berhampiran.
Soalan Lazim
Berikut merupakan senarai soalan lazim mengenai kemaskini kad bank Islam.
1. Lepas saya dah perbaharui kad mydebit bank Islam, terus lepas tu dah tak boleh autodebit untuk bayaran bill yang selalu saya perlu bayar tiap-tiap bulan? Lepas tu nak beli barang kat shopee guna kad debit bank Islam yang baru saya tukar tu pun dah tak boleh, alasanya kad saya dah expired padahal saya baru je tukar kad baru yang ade logo harimau Malaya tu, apa perlu buat?
Anda perlu aktifkan fungsi kad debit tu, sila aktifkan melalui pautan ini https://cif.bankislam.com.my/CNP/
2. Nak tanya kad debit saya expired 01/22 tapi belum renew lagi. Adakah saya masih boleh renew lagi atau macam mana ya?
Ya masih, boleh terus ke cawangan Bank Islam untuk tujuan tersebut tanpa janji temu.
3. Jika saya pergi tukar kad bank sekarang, adakah baki saya masih di dalam akaun saya?
Tak perlu risau, duit tu masih ada di dalam akaun Anda. Anda boleh buat janji temu dahulu sebelum kunjungi cawangan Bank Islam. Sila semak baki akaun Bank Islam secara online untuk mengetahui baki akaun terkini.