Cara Tukar Kad ATM Hong Leong Bank
Cara Tukar Kad ATM Hong Leong Bank

Cara Renew Kad ATM Hong Leong Bank Expired Rosak

Posted on

Jika Anda adalah pengguna kad ATM atau kad debit Hong Leong Bank, mesti Anda dah tak asing lagi dengan kad yang satu ni.

Tapi, adakah Anda tahu apa maksudnya tamat tempoh/Valid Thru/Good Thru dalam kad tu?

Dalam artikel ni, kami akan kongsikan apa yang Anda perlu tahu tentang Kad Bank Hong Leong dan apa yang berlaku apabila kad Anda dah tamat tempoh. So, baca la sampai habis!

Beza Kad Debit-i Hong Leong dan Kad ATM

Nak tahu perbezaan antara Kad Debit-i Hong Leong dengan Kad ATM? Jadi, Kad Debit-i Hong Leong ni bukan macam Kad ATM yang Anda biasa guna.

Kad Debit-i ni power sikit sebab Anda boleh guna dia untuk shopping kat mana-mana kedai yang ada logo MasterCard, MEPS, atau BankCard.

Boleh beli-belah kat lebih dari 30 juta tempat di seluruh dunia yang guna logo MasterCard tu, dan kalau kat tempat-tempat tempatan, lagi best sebab ada 26,000 lokasi yang tunjuk logo MEPS atau BankCard.

Tapi tunggu, ni belum habis lagi! Kad Debit-i ni bukan hanya untuk beli-belah je, dia juga boleh berfungsi macam Kad ATM biasa.

Jadi, kalau Anda nak duit cash segera, boleh je guna Kad Debit-i ni untuk mengakses duit Anda. Tak perlu pening-pening cari mesin ATM lain.

Kad ATM Hong Leong Bank Tamat Tempoh

Kad Bank Hong Leong adalah salah satu kad yang popular di Malaysia. Dikeluarkan oleh Hong Leong Bank, ia menawarkan pelbagai kelebihan kepada pemegang kad.

Dengan menggunakan kad ini, Anda boleh melakukan pembelian dalam talian, membuat bayaran di kedai-kedai dan juga mengeluarkan wang tunai di mesin ATM.

Bagi sesetengah orang, kad ini merupakan satu keperluan yang penting dalam hidup seharian mereka.

Namun, semua perkara yang ada tarikh tamatnya, tak kira la kad yang kita miliki. Jadi, apabila kad Bank Hong Leong Anda sudah tamat tempoh, apa yang Anda perlu buat?

Pertama sekali, Anda kena pastikan kad Anda kemas kini sebelum tarikh tamat yang tertera kat kad tu.

Jadi, dalam masa sebulan sebelum tarikh tu, HLB akan hantar surat atau SMS pesan kat Anda suruh ambil Kad Debit-i baru Anda kat cawangan yang Anda dapat kad tu.

Apabila Anda menerima kad baru, pastikan Anda aktifkan kad tersebut. Biasanya, Hong Leong Bank akan menyertakan petunjuk tentang cara untuk mengaktifkan kad baru Anda.

Jika Anda tidak mengaktifkan kad tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, kad tersebut mungkin akan kena block secara automatik oleh bank.

Selain itu, Anda juga perlu mengambil perhatian kepada mana-mana bayaran berulang yang dikaitkan dengan kad Anda.

Apabila kad bbank HLB tamat tempoh, bayaran bulanan seperti langganan plan internt, langganan Netflix dan sebagainya mungkin akan terjejas kerana kad Anda sudah tidak berkuat kuasa lagi.

Jadi, pastikan Anda mengemaskini maklumat pembayaran Anda dengan pihak-pihak berkenaan selepas Anda menerima kad baru.

Cara Tukar Kad ATM Hong Leong Bank
Cara Tukar Kad ATM Hong Leong Bank

Cara Renew Kad ATM Secara Online

Sila ikuti langkah-langkah cara tukar Kad ATM Hong Leong Bank di bawah ini melalui portal HLB Connect.

  1. Pertama sekali sila klik pautan rasmi Hong Leong Bank https://s.hongleongconnect.my/
  2. Masukkan Username akaun Anda.
  3. Klik Next.
  4. Sahkan Security Picture Anda.
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Login.
  7. Selepas Anda login, klik Other Services.
  8. Klik pada Request Card Replacement
  9. Pilih pada No Kad Debit Anda.
  10. Klik Replace.
  11. Seterusnya, masukkan nombor TAC.
  12. Ikuti arahan seterusnya sehingga berjaya.
  13. Selesai.

Takde SMS dihantar ke telefon Anda? Jom baca ni cara tukar nombor telefon Hong Leong Bank.

Cara Renew Kad Credit Melalui HLB App

  1. Buka aplikasi HLB Connect di telefon Anda.
  2. Lepas tuk pilih Credit Card.
  3. Klik Services dan pilih Request Card Replacement.
  4. Pilih Credit Card dan nombor kad kredit Anda.
  5. Klik Replace
  6. Masukkan TAC yang dihantar ke SMS Anda.
  7. Selesai.

Aktifkan Kad Debit Untuk Pembelian Online

Kalau Anda nak aktifkan Kad Debit-i Hong Leong Anda untuk beli-belah kat luar Malaysia kena buat satu langkah penting ni.

Kena aktifkan pilihan Pembelian Runcit Luar Negara dulu baru leh buat transaksi. Jangan risau, ada beberapa cara Anda boleh pilih:

  • Melalui Hong Leong Connect @ www.hongleongconnect.my. Senang je, login je dalam tu pastu cari pilihan tu untuk aktifkan.
  • Kalau tak faham guna internet banking, boleh je telefon Pusat Panggilan di nombor 03 7626 8899. Staff bank akan tolong Anda dengan proses aktifkan tu.
  • Anda boleh pergi terus ke mana-mana cawangan HLISB/HLB semasa waktu perbankan. Cakap je nak aktifkan Pembelian Runcit Luar Negara, staff bank akan uruskan dengan cepat.

Jadi, jangan tak aktifkan ye kalau nak beli-belah puas-puas kat luar Malaysia dengan Kad Debit-i Hong Leong Anda.

Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan Anda boleh hubungi Customer Service Hong Leong Bank di 03-7626-8899