Kad ATM ialah kad yang digunakan untuk mengakses akaun bank Anda melalui mesin ATM. Kad bank BSN biasanya mempunyai nombor unik yang dicetak pada bahagian depan kad, kad ini boleh digunakan untuk menjalankan pelbagai transaksi perbankan seperti mengeluarkan wang tunai, membayar bil, atau menyemak baki akaun Anda.
Selain 16 digit nombor unik, Anda juga akan menemukan perkataan valid thru. Valid thru pada kad ATM adalah tarikh di mana kad tidak boleh digunakan lagi. Biasanya tarikh ditulis dalam format bulan dan tahun, contohnya “12/23” untuk Disember 2023.
Tarikh ini menunjukkan bahawa kad ATM hanya boleh digunakan sehingga akhir Disember 2023. Selepas tarikh tersebut, kad ATM tidak boleh digunakan lagi dan Anda perlu menggantikannya dengan kad baru.
Sekiranya kad bank BSN Anda telah tamat tempoh atau expired, kami nasihatkan untuk membaca cara renew kad bank BSN expired di bawah ini, agar Anda masih boleh keluarkan duit dari mesin ATM.
Sebab Kad Debit BSN Perlu di Perbaharui
Terdapat beberapa sebab mengapa Anda perlu menggantikan kad ATM yang telah tamat tempoh.
- Pertama, kad ATM yang telah tamat tempoh tidak lagi boleh digunakan untuk transaksi kewangan.
- Kedua, kad ATM yang telah tamat tempoh mungkin rosak atau tidak berfungsi dengan baik, jadi menggantikannya dengan kad ATM baharu akan lebih selamat.
- Ketiga, kad ATM yang telah tamat tempoh biasanya tidak lagi dilindungi oleh sistem keselamatan bank, jadi Anda perlu menggantikannya dengan kad ATM yang mempunyai sistem keselamatan yang lebih canggih.
Tukar kad ATM yang telah tamat tempoh adalah penting untuk memastikan keselamatan transaksi kewangan Anda.
Syarat Renew Kad ATM BSN
Syarat renew Kad ATM BSN cukup mudah, kerana pelanggan hanya perlu membawa beberapa dokumen sokongan iaitu:
- Kad Pengenalan
- Kad Debit/Kredit Lama
- Wang secukupnya
Untuk penggantian Kad Debit BSN ini adalah percuma, asalkan ia dilakukan dalam tempoh 3 bulan sebelum tempoh sah laku tamat.
Cara Renew Kad ATM BSN
Untuk menukar kad ATM BSN yang telah tamat tempoh, Anda boleh melawati bank tempat Anda membuka akaun atau cawangan BSN yang berdekatan.
Biasanya pelanggan yang ingin tukar kad BSN expired perlu mengisi borang permintaan penggantian kad ATM dan menunjukkan kad pengenalan diri yang untuk proses pengesahan.
Jika semua dokumen yang diperlukan telah diserahkan dan diluluskan, bank BSN akan memberikan kad ATM baharu kepada Anda. Pastikan Anda menyimpan kad ATM baharu tersebut dengan betul dan selamat.
Untuk langkah-langkahnya Anda boleh ikuti step berikut:
- Kunjungi cawangan BSN yang berhampiran.
- Pastikan Anda membawa beberapa dokumen sokongan seperti Kad Pengenalan, Kad Debit/Kredit lama Anda, dan wang secukupnya.
- Sila ambil nombor giliran, dan tunggu sehingga nombor giliran Anda dipanggil.
- Maklumkan kepada pegawai BSN bahawa Anda ingin renew kad bank BSN Anda.
- Lepastu pegawai bank akan beri Anda borang Renew kad BSN.
- Isi dan lengkapkan borang yang diberikan oleh pegawai BSN.
- Selepas selesai, serahkan borang tersebut dan beserta dokumen sokongan.
- Tunggu beberapa minit untuk proses pengesahan.
- Tahniah, pegawai bank akan berikan Kad ATM BSN baru.
- Buat PIN baharu untuk kad ATM Anda.
- Selesai.
Pada masa ini, penukaran kad BSN rosak atau expired hanya boleh dilakukan di cawangan BSN sahaja. Renew kad BSN melalui online tidak dibenarkan. Sila kunjungi cawangan pada waktu operasi BSN.
Sebab Tidak Boleh Keluarkan Duit di Mesin ATM
Terdapat beberapa sebab mengapa Anda tidak boleh mengeluarkan duit di ATM, antaranya:
Baki tidak mencukupi dalam akaun
Jika baki dalam akaun bank Anda tidak mencukupi untuk mengeluarkan duit, maka Anda tidak akan dapat mengeluarkan duit di ATM. Pastikan Anda menyemak baki Anda sebelum cuba mengeluarkan duit di ATM.
Kad ATM tidak boleh dikenali oleh mesin
Jika kad ATM Anda tidak dapat dikenali oleh mesin ATM, maka Anda tidak akan dapat mengeluarkan duit. Pastikan kad ATM Anda berada dalam keadaan baik dan tidak rosak atau expired.
Masalah teknikal/error dengan mesin ATM
Mesin tunai boleh mengalami masalah teknikal yang menghalang Anda daripada mengeluarkan duit. Jika Anda menghadapi masalah seperti ini, sebaiknya hubungi bank Anda dengan segera untuk mendapatkan bantuan.
Kod PIN yang salah
Jika Anda memasukkan kod PIN yang salah semasa cuba mengeluarkan duit di ATM, Anda tidak akan dapat mengeluarkan duit. Pastikan Anda memasukkan kod PIN yang betul semasa cuba mengeluarkan duit di mesin ATM.
Had pengeluaran tunai
Bank yang Anda gunakan mungkin menetapkan had pengeluaran tunai harian untuk setiap akaun. Jika Anda cuba mengeluarkan jumlah yang lebih besar daripada had pengeluaran tunai harian yang ditetapkan oleh bank Anda, Anda tidak akan dapat mengeluarkan duit di ATM. Pastikan Anda menyemak had pengeluaran tunai harian Anda.
Soalan Lazim
Berikut adalah beberapa pertanyaan dan jawapan yang mungkin boleh bantu selesaikan masalah Anda.
1. Macam mana kalau kad bank BSN hilang atau dicuri?
Sekiranya kad debit BSN Anda hilang atau dicuri, Anda perlu kunjungi cawangan BSN yang berdekatan. Pastikan Anda membawa kad pengenalan dan Anda akan dikenakan yuran penggantian kad RM12.
2. Macam mana cara memohon penggantian Kad Debit BSN?
Pemegang Kad Debit BSN boleh kunjungi mana-mana Cawangan BSN untuk memperbaharui Kad Debit Anda.
3. Berapa lama masa yang diambil untuk memperbaharui Kad Debit BSN yang hilang atau expired?
Anda akan menerima kad gantian pada hari pembaharuan kad tersebut di cawangan yang
dikunjungi.
4. Lepas renew kad BSN, nombor 16 digit pada ATM tu masih tetap sama ke?
Tidak, nombor baharu akan diberikan untuk kad yang telah diperbaharui.