Cara Pinjam SOS Umobile
Cara Pinjam SOS Umobile

Cara Pinjam SOS Topup Umobile CreditSOS Prepaid

Posted on

Anda yang merupakan pelanggan Prabayar U Mobile, kini ada peluang untuk meminta pendahuluan kredit prabayar dengan menggunakan perkhidmatan CreditSOS dari U Mobile.

Jadi, tak perlu risau lagi kalau duit kredit habis ketika dalam keadaan kecemasan atau keadaan penting yang memerlukan komunikasi segera.

Dengan CreditSOS, Anda boleh terus menerus berhubung tanpa rasa risau. Berikut langkah-langkah cara pinjam SOS topup Umobile guna CreditSOS.

Cara Pinjam SOS Umobile
Cara Pinjam SOS Umobile

Apa itu Perkhidmatan CreditSOS?

CreditSOS service adalah satu perkhidmatan yang membolehkan pelanggan Prabayar U Mobile yang layak untuk meminta pendahuluan kredit prabayar dari U Mobile.

Jadi, apabila Anda kehabisan kredit dalam talian, Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk mendapatkan tambahan kredit dan terus menerus berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan.

Syarat Cara Pinjam Kredit U Mobile

Terdapat beberapa syarat yang perlu Anda penuhi dan ketahui sebelum meminjam kredit ini iaitu.

  • Pinjaman kredit U Mobile hanya untuk pelanggan U Mobile.
  • Anda pengguna U Mobile aktif.
  • Telah membayar pinjaman kredit SOS U Mobile terlebih dahulu (jika ada).

Berikut adalah tabel yang menunjukkan Credit Advance Amount, Service Fee Charges, dan Validity untuk perkhidmatan CreditSOS U Mobile:

Credit Advance Amount Service Fee Charges Validity
RM1 RM0.25 1 day
RM2 RM0.50 2 days
RM3 RM0.75 3 days
RM5 RM1.25 5 days
RM10 RM2.50 10 days

Jadual di atas menunjukkan jumlah kredit yang boleh dipinjam (Credit Advance Amount), bayaran perkhidmatan (Service Fee Charges), dan tempoh sah laku kredit tambahan tersebut (Validity) bagi setiap nilai RM1, RM2, RM3, RM5, dan RM10.

Jadi, jika Anda meminjam RM5, Anda perlu membayar tambahan RM1.25 sebagai bayaran perkhidmatan dan kredit tersebut akan sah laku selama 5 hari.

Begitu juga untuk jumlah kredit yang lain.

Cara Pinjam SOS Topup Umobile

CreditSOS credit advance amount yang diberikan akan bergantung kepada kelayakan Anda semasa permintaan, yang akan ditentukan oleh U Mobile.

Berikut adalah dua jenis langganan yang boleh Anda pilih:

Langganan Satu Kali (One-off Subscription)

Anda boleh meminta tambahan kredit hanya sekali dengan langganan satu kali ini.

Caranya adalah dengan menghantar SMS dengan salah satu pilihan kata kunci di bawah ke nombor 28120

Kata Kunci Fungsi
SOS1 Untuk meminta tambahan kredit RM1 dengan sah laku selama 1 hari dari tarikh langganan.
SOS2 Untuk meminta tambahan kredit RM2 dengan sah laku selama 2 hari dari tarikh langganan.
SOS3 Untuk meminta tambahan kredit RM3 dengan sah laku selama 3 hari dari tarikh langganan.
SOS5 Untuk meminta tambahan kredit RM5 dengan sah laku selama 5 hari dari tarikh langganan.
SOS10 Untuk meminta tambahan kredit RM10 dengan sah laku selama 10 hari dari tarikh langganan.

Contoh:

  1. Pertama sekali sila buka Message di telefon Anda.
  2. Taip SOS1 hantar ke 28120
  3. Selesai.

UMB

Selain itu, Anda juga boleh langgan melalui UMB dengan menaip *118*86*1# atau *118*3*8*1# jika Anda merupakan pelanggan Prabayar U Mobile yang aktif (bisa membuat dan menerima panggilan).

Cara Pinjam Kredit SOS Umobile

Jika Anda merupakan pelanggan Prabayar U Mobile yang pasif (tidak boleh mengakses internet, membuat panggilan keluar, dan SMS), Anda boleh langgan melalui UMB dengan menaip *118*804*1#

Contoh:

  1. Pertama sekali sila taip *118*86*1#
  2. Tekan Call/Dial.
  3. Pilih Amaun dan terima kredit dalam akaun segera.
  4. Selesai.

Langganan Automatik (Automated Subscription)

Bagi Anda yang sering memerlukan tambahan kredit, langganan automatik adalah pilihan yang sesuai.

Caranya adalah dengan menghantar SMS dengan salah satu kata kunci di bawah ke nombor 28120

Kata Kunci Fungsi
ON ACR Untuk langganan automatik tambahan kredit CreditSOS.
OFF ACR Untuk membatalkan langganan automatik tambahan kredit CreditSOS.

Contoh:

Langkah langgan automatik.

  1. Buka Message di telefon Anda.
  2. Taip ON ACR hantar ke 28120
  3. Selesai.

Langkah terminate.

  1. Buka Message di telefon Anda.
  2. Taip OFF ACR hantar ke 28120
  3. Selesai.

UMB

Jika Anda lebih suka menggunakan UMB untuk langganan automatik, Anda boleh menaip *118*3*8*2#

Contoh:

  1. Pertama sekali sila taip *118*86*2#
  2. Tekan Call/Dial.
  3. Pilih Amaun dan terima kredit dalam akaun segera.
  4. Selesai.

Bayaran dan Pembayaran

Ni la part penting, Anda kena tahu bayaran dan cara bayar balik kredit tambahan ni. Jangan main pinjam je, nanti susah pulak nak bayar balik!

Bayaran CreditSOS

Bayaran kredit tambahan akan terus dipotong dari jumlah topup prabayar Anda yang seterusnya. Jadi, tak perlu la risau nak bayar secara terpisah.

Pembayaran Balik

  • Jumlah kredit tambahan dan bayaran perkhidmatan akan auto dipotong dari topup seterusnya. Kalau topup tu tak cukup untuk bayar semua, takpe, U Mobile akan sambung potong dari topup yang berikutnya. Sampai la hutang Anda tu habis semua!
  • Kalau Anda ada lebih dari 1 (SATU) langganan yang belum bayar, Anda tak payah risau! U Mobile ada urutan pembayaran yang jelas. Yang terawal dulu bayar, baru yang seterusnya. Contohnya macam ni:

Contoh Urutan: 1st langganan kredit tambahan > 1st bayaran perkhidmatan langganan pertama > 2nd langganan kredit tambahan > 2nd bayaran perkhidmatan langganan kedua > 3rd langganan kredit tambahan > dan seterusnya.

Cara Pinjam SOS UMobile di Luar Negara

Anda ada nak melancong ke luar negara tapi risau tak dapat guna CreditSOS? Jangan risau, Anda boleh je guna perkhidmatan ni di luar negara!

Anda cuma perlu tekan *118*86*1# atau *118*3*8*1# untuk langgan. Atau kalau Anda ada roaming partner U Mobile, Anda boleh juga langgan guna SMS.

Untuk senarai lengkap partner roaming U Mobile, bolehlah tengok di www.u.com.my/plans/roaming-idd/roaming-rates.

Yuran SMS

Kalau Anda langgan melalui SMS dalam negara, jangan risau, Anda tak akan kena cas tambahan untuk SMS tu.

Tapi kalau Anda langgan melalui SMS masa Anda berada di luar negara, memang kena cas la.

Yuran SMS bergantung pada negara dan operator yang Anda pilih.

Untuk senarai yuran penuh, Anda boleh tengok di https://www.u.com.my/en/personal/mobile-plans/roaming-idd/roaming-rates.

Tempoh Sah Laku Prabayar

Anda mesti ada soalan ni, betul tak? Takut la kredit tambahan tu cepat habis. Jangan risau, jom U Mobile bagitahu.

Tempoh sah laku prabayar Anda akan ikut tempoh sah laku yang paling panjang.

Contohnya, kalau Anda punya prabayar sah laku sampai 20 Mac 2024, lepas tu Anda pinjam RM5 kredit tambahan yang sah laku selama 5 hari, bermakna tarikh luput kredit Anda akan jadi 20 Mac 2024 + 5 hari = 25 Mac 2024.

Tapi kalau Anda pinjam RM5 tu pada 10 Mac 2024, tarikh luput prabayar Anda tetap 20 Mac 2024 je. Jadi, elok la Anda pilih waktu yang sesuai untuk pinjam kredit tambahan ni.

Akhir Kata

CreditSOS Umobile ni memang hebat la. Senang nak langgan, cepat dapat kredit tambahan, bayar balik pun tak susah.

Paling best, boleh guna dalam dan luar negara. Tapi ingat, Anda kena layak dan pastikan ada kredit untuk bayar balik ye. Jangan main pinjam je, tak bayar balik pulak!

Jadi, kalau Anda sering terlupa nak topup kredit prabayar, CreditSOS ni memang berguna. Selalu on the go, tak perlu risau kredit habis!

Sila baca cara topup Umobile terbaru, banyak diskaun !

Pastikan Anda langgan sekarang dan terus berhubung dengan dunia tanpa halangan. Jangan lupa, ikut syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh U Mobile.