Banyak keperluan yang boleh di handle melalui telefon pintar, menjadikan keperluan untuk kredit dan kuota internet menjadi agak tinggi sekarang. Bermula dari memanage kerja, perniagaan, bermain media sosial, komunikasi dengan rakan sekerja, streaming, membayar bil mendengarkan muzik dan aktiviti perbankan, semua boleh dilakukan melalui telefon pintar.
Habis kredit atau kuota internet pada masa kritikal memang boleh membuat pening kepala. Penyelesaiannya rajin-rajinlah memeriksa kredit dan kuota secara berkala.
Bagaimana jika keadaan kredit atau kuota internet benar-benar habis dan tidak mungkin untuk membeli kredit? Jangan bimbang! Terutama bagi pengguna Maxis, Anda boleh memanfaatkan program kredit kecemasan Maxis atau yang dinamakan SOS Top Up Maxis.
Apa Itu Kredit SOS Maxis
Maxis SOS kredit adalah perkhidmatan pinjaman kredit kecemasan dari Maxis untuk pelanggan Maxis.
Pinjaman kredit ini kemudiannya boleh digunakan untuk telefon dan SMS kepada semua nombor operator.
Terma dan Syarat Pinjam Kredit SOS Maxis
Sebelum meminjam kredit SOS, terdapat beberapa syarat yang perlu Anda selesaikan, iaitu:
- Perkhidmatan ini hanya sah untuk pelanggan Maxis
- Kad Maxis mesti aktif dan mencapai tempoh 1 bulan langganan atau lebih
- Sekiranya Anda telah meminjam kredit SOS terlebih dahulu, pastikan Anda telah mengembalikannya dengan menaikkan kredit anda
- Tablet, MVNO atau pelan-pelan Broadband tidak dibolehkan
- Caj perkhidmatan akan dikenakan dari tambah nilai Anda yang seterusnya.
Cara Pinjam Kredit Maxis
Sekarang kita masuk kepada langkah-langkahnya. Ingat, Anda kena pastikan yang Anda pelanggan aktif Maxis untuk menggunakan servis ni.
Melalui Dial *100*4#
Sila ikuti step berikut:
- Dail *100*4# dan *100*4*5#
- Pilih SOS Top Up
- Pilih 1 untuk teruskan
Melalui aplikasi Hotlink
Hotlink App ialah aplikasi mudah alih yang disediakan oleh Maxis, sebuah syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia.
Melalui Hotlink App, pengguna dapat dengan mudah menguruskan no telefon mereka, membeli pakej data internet, topup, check baki kredit, dan menikmati tawaran eksklusif serta promosi yang ditawarkan oleh Hotlink.
Cara Install Hotlink App
Berikut adalah langkah-langkah untuk memuat turun aplikasi Hotlink melalui Google Play Store atau App Store:
- Pada peranti Android, buka Google Play Store. Pada peranti iOS seperti iPhone, buka App Store.
- Taip Hotlink dalam kotak carian yang terdapat di atas kedai aplikasi.
- Di halaman aplikasi Hotlink, anda akan melihat butang Install. Klik butang ini untuk memulakan proses muat turun.
- Setelah selesai muat turun, aplikasi Hotlink akan dipasang secara automatik di peranti anda.
- Setelah aplikasi dipasang, klik pada ikon Hotlink di skrin utama peranti anda untuk membukanya.
- Jika anda mempunyai akaun Hotlink, masukkan butiran log masuk anda. Jika tidak, anda perlu mendaftar akaun baru.
- Selesai.
Sila ikuti step berikut:
- Buka atau lancarkan app Hotlink.
- Klik Top Up / Tambah Nilai untuk menambah kredit
- Pilih SOS Top Up
- Pilih amaun yang ingin Anda topup, contoh RM3.
Jenis SOS yang dapat Anda pilih ada 2 iaitu :
JENIS SOS | PEMBERIAN | KATA KUNCI |
---|---|---|
SOS Internet | Pass Internet | DATA |
SOS Top Up | Kredit | YES, YA, RM, Y |
Cara Langgan SOS Kredit Maxis
Pilihlah sesuai kebutuhan Anda. Untuk melanggan SOS kredit Maxis hantar STARTSMS ke 20505.
Lalu bagaimana cara untuk berhenti langganan SOS kredit Maxis ? Mudah je Anda perlu taip STOPSMS ke 20505.
Untuk menerima kembali makluman promosi, hantar STARTSMS ke 20505.
Cara Mengembalikan SOS Topup Maxis
Satu-satunya cara untuk memulangkan SOS topup Maxis yang Anda telah meminjam ialah meningkatkan kredit Anda.
Tidak boleh melalui pemindahan kredit. Kredit yang Anda isi akan dipotong secara automatik oleh sistem mengikut kredit SOS nominal yang Anda pinjam.
Baca juga : Cara share kredit maxis mudah dan cepat berjaya.
Adakah semuanya jelas? Jika ya, sila cuba kaedah pinjaman Maxis jika Anda benar-benar memerlukannya. Juga berkongsi artikel ini dengan rakan-rakan Anda.
Servis pinjam kredit Maxis memang berguna untuk situasi kecemasan bila kredit Anda hampir habis.
Cara ni memudahkan Anda tanpa perlu pergi kedai atau menghadap kaunter. Ingat, pinjaman kredit ni bukanlah percuma, Anda kena bayar balik. Jadi, pastikan Anda bayar balik kredit tu dalam masa terdekat.