Habis pulsa/kredit dalam kecemasan pasti akan sangat mengganggu. Serta kaunter untuk top up kredit, ATM, internet banking dan perkara lain yang tidak dapat diakses dengan cepat, mungkin disebabkan masalah jarak dan masa.
Celcom adalah pengendali telekomunikasi selular yang terus memberikan perkhidmatan terbaik untuk memuaskan pelanggannya.
Salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Celcom adalah perkhidmatan hutang kredit atau credit advance celcom.
Perkhidmatan ini untuk membantu pengguna menyelesaikan masalah di atas. Kemudian, bagaimana Anda meminjam kredit atau berhutang kepada Celcom?
Syarat Pinjam Kredit Celcom
Terdapat beberapa syarat yang perlu Anda ketahui dan penuhi sebelum meminjam kredit ini iaitu.
- Pinjaman kredit Celcom hanya untuk pelanggan Celcom.
- Anda pengguna Celcom aktif.
- Telah membayar pinjaman kredit SOS terlebih dahulu (jika ada).
- Kredit baki pelanggan RM0.5
- Bukan pengguna Celcom FIRST Prabayar, Celcom IOX Disposable dan Celcom Traveler SIM
Cara Pinjam Kredit Celcom
Credit Advance ialah perkhidmatan langganan kestabilan servis yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan prepaid Celcom apabila mereka telah mencapai had baki kredit minimum dan apabila pelan MI Mingguan RM6 atau RM10 serta pemulihan Asia Pass mereka gagal kerana baki tidak mencukupi.
Selain daripada itu, pelanggan juga boleh terima kredit sebanyak RM2 secara automatik apabila baki kredit mereka mencapai had minimum RM0.50. Untuk menerima kredit automatik, pelanggan perlu balas OK ke 22262.
Perkhidmatan ini dikenakan yuran perkhidmatan yang akan ditolak selepas pinjaman Credit Advance berjaya diterima. Jumlah pinjaman Credit Advance akan dipotong daripada tambah nilai seterusnya pelanggan.
Selain ADVX, pelanggan juga boleh meminta Credit Advance dengan menghantar mana-mana daripada perkataan kunci ini: RMX atau AVDX atau ADX.
Ada 2 cara meminjam kredit Celcom yaitu menggunakan SMS dan aplikasi Celcom Life.
Cara Pinjam Kredit Celcom Melalui SMS
Berikut adalah cara untuk reques Credit Advance berdasarkan jumlah yang dikehendaki:
Jenis Credit Advance | Perkataan Kunci SMS |
---|---|
RM1 | ADV1 |
RM2 | ADV2 |
RM3 | ADV3 |
RM4 | ADV4 |
RM5 | ADV5 |
RM7 | ADV7 |
RM10 | ADV10 |
Contoh:
- Sila buka New Message di telefon Anda.
- Taip ADV10 hantar ke 22262
- Selesai.
Credit Advance akan dikreditkan dalam masa 24 jam dari permintaan anda dan anda akan menerima SMS pengesahan.
Cara Pinjam Kredit Celcom *118*7#
- Taip *118*7# lepas tu tekang butang Call.
- Pilih amaun yang Anda inginkan.
- Selesai.
Cara Pinjam Kredit Celcom Melalui Celcom Life App
Download dahulu aplikasi Celcom Life di App Store atau Google Play Store.
Lepas tu ikuti panduan berikut ini.
- Buka atau lancarkan aplikasi Celcom Life
- Tap My Services
- Tap Credit Advance
- Tap jumlah Kredit Advance
- Selesai.
Tempoh aktif berdasarkan jumlah kredit yang dipinjam.
Description | Credit Advance RM1 | Credit Advance RM2 | Credit Advance RM5 | Credit Advance RM10 |
Amount | RM1 | RM2 | RM5 | RM10 |
Account Validity | 1 hari | 2 hari | 5 hari | 10 hari |
Adakah caj bagi setiap transaksi dibuat? Tentu ada, caj sebesar RM0.25 sampai RM1.00 akan diberikan kepada peminjam.
Nama Produk | Caj Perkhidmatan |
---|---|
Credit Advance RM1 | RM0.25 |
Credit Advance RM2 | RM0.50 |
Credit Advance RM5 | RM1.25 |
Credit Advance RM10 | RM2.50 |
Baca juga : Cara share topup celcom melalui SMS dan dial cepat berjaya.
Bagaimana Cara Mengembalikan Kredit Yang Dipinjam?
Mengembalikan kredit boleh dilakukan apabila Anda membuat kredit top up melalui baucar fizikal dan beli kredit dalam talian.
Apabila Anda melakukan top up kredit Celcom, secara automatik pulsa Anda akan dipotong sebanyak dengan pulsa yang Anda pinjam.
Kredit Advance Berganda
Multiple Credit Advance adalah ciri yang membolehkan pengguna untuk meneruskan permintaan Credit Advance tambahan selagi jumlah keseluruhan Credit Advance berada dalam had kredit mereka.
Pelanggan perlu menunggu selama 3 jam dari Credit Advance sebelumnya yang berjaya sebelum mereka boleh meminta Credit Advance tambahan dan Credit Advance tambahan hanya tersedia untuk pelanggan tanpa Credit Advance tertunggak lebih dari 30 hari.
Credit Advance Tanpa Gangguan
Credit Advance Tanpa Gangguan ialah perkhidmatan yang akan mengautomatikkan proses Credit Advance. Pelanggan tidak perlu membalas YES setiap kali kredit ditawarkan.
Pelanggan Tanpa Gangguan akan menerima RM2 kredit secara automatik apabila baki prepaid mereka jatuh di bawah had baki kredit RM0.50.
Pelanggan perlu mengaktifkan ciri Seamless CA menggunakan perkataan kunci “OK”.
Bagaimana Nak Berhenti Terima Credit Advance Secara Automatik?
Hantar STOP ke 22262 dan anda tidak akan menerima Credit Advance secara automatik lagi.
Bilakah Saya Perlu Melunaskan Semua Pinjaman Credit Advance?
Celcom galakkan anda untuk melunaskan semua pinjaman Credit Advance anda secepat mungkin dengan melakukan tambah nilai.
Jika anda gagal melakukannya dalam masa 60 hari, anda akan disenarai hitam dan tidak layak untuk mendapatkan pinjaman Advance yang lain.
Anda perlu menghubungi Khidmat Pelanggan jika anda ingin menggunakan perkhidmatan Credit Advance lagi.
Bolehkah Saya Meminta Credit Advance Jika Tempoh Sah Saya Telah Tamat?
Ya, anda masih boleh meminta Credit Advance walaupun tempoh sah prepaid anda telah tamat. Tempoh tamat sah adalah selama 10 hari sahaja.
Apa Yang Berlaku Jika Pelanggan Mengisi Semula Dengan Jumlah Lebih Rendah Daripada Kredit Advance Yang Diterima?
Sistem akan menyimpan baki minimum RM0.50 sebelum mengambil jumlah yang berhutang.
Contoh: Pelanggan menerima Credit Advance RM10 dan mengisi semula RM5. Sistem akan memotong RM4.50 dan menyimpan baki kredit RM0.50. Credit Advance yang tinggal akan dipotong semasa pengisian semula seterusnya.
Apa Yang Berlaku Jika Pelanggan Mencuba Untuk Port Out Daripada Celcom Ke Pembekal Lain?
Sistem akan menyemak status pinjaman Credit Advance pelanggan. Jika ada pinjaman yang masih berhutang, permintaan port-out pelanggan akan gagal.
Pelanggan perlu mengisi semula terlebih dahulu. Setelah pinjaman yang berhutang diselesaikan melalui potongan, pelanggan perlu meminta port-out semula.
Pelanggan yang meminta port-out daripada Celcom ke pembekal lain tidak akan dapat meminta pinjaman Credit Advance untuk sisa tempoh masa mereka dengan Celcom.
Pelanggan yang memilih untuk terus berada dengan Celcom selepas percubaan port-out yang gagal akan dapat menggunakan perkhidmatan Credit Advance seperti biasa, tertakluk kepada penarafan kredit Credit Advance seperti biasa.