Cara Mohon Meter TNB
Cara Mohon Meter TNB

Cara Mohon Meter TNB Online & Borang Permohonan

Posted on

Perkhidmatan TNB terus bertambah baik. Kini, pendaftaran untuk pemasangan elektrik baharu lebih mudah.

Bagi Anda yang ingin memasang elektrik baharu boleh membuat permohonan secara online melalui aplikasi MyTNB. Dengan perkhidmatan pemasangan dalam talian TNB baharu, pelanggan tidak perlu lagi datang ke kaunter TNB berhampiran.

Hanya dengan sentuhan jari pada gajet, pegawai TNB akan datang ke rumah Anda untuk memasang meter baharu. Selain itu, TNB juga telah menyediakan simulasi untuk mengira kos pemasangan elektrik baharu.

Kemudian, pelanggan boleh menyemak sendiri berapa kos untuk memasang elektrik baharu mengikut produk perkhidmatan yang diperlukan.

Izinkan kami kongsikan cara mohon meter TNB online dan borang permohonan meter TNB yang boleh Anda muat turun.

Cara Mohon Meter TNB
Cara Mohon Meter TNB

Dokumen Mohon Meter TNB

Di bawah merupakan beberapa dokumen mohon meter TNB yang mesti Anda sediakan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Pastikan Anda memiliki Alamat Email Aktif
  • Nombor Telefon Anda
  • Nama Ibu
  • Salinan akuan hak milik bangunan contohnya geran tanah, salinan sewa milik atau sebagainya yang boleh dijadikan bukti permilikan. (sekiranya pemohon bukan pemilik tanah, hendaklah membawa surat kebenaran dan slinan Kad pengenalan Pemilik Tanah) (sekiranya pemilih tanah telah meninggal, hendaklah membawa sijil kematian dan surat yang dibuat di persuruhraya sumpah)

Kedai Komersial, Pemohon syarikat

  • Salinan SSM, Borang 9 or Borang D
  • Salinan kad pengenalan pengarah urusan
  • Nama Ibu
  • Alamat Email
  • Salinan akuan hak milik bangunan contohnya geran tanah, salinan sewa milik atau sebagainya yang boleh dijadikan bukti permilikan. (sekiranya pemohon bukan pemilik tanah, hendaklah membawa surat kebenaran dan slinan Kad pengenalan Pemilik Tanah) (sekiranya pemilih tanah telah meninggal, hendaklah membawa sijil kematian dan surat yang dibuat di persuruhraya sumpah)

Cara Mohon Meter TNB Online

Sila ikuti langkah-langkah cara mohon meter TNB:

  1. Lawati pautan rasmi TNB https://www.mytnb.com.my/
  2. Masukkan Alamat Email. Login Mohon Meter TNB
  3. Masukkan Password.
  4. Klik Login.
  5. Selepas Anda login, pada bahagian Apply, pilih I AM MOVING In. Get me started. I am moving in. Get me started
  6. Isikan alamat mengikut format yang betul, boleh rujuk alamat di bill lama. Alamat Bil TNB
  7. Klik Next.
  8. Pada bahagian I’m applying as, Anda dapat pilih yang ingin Anda apply company atau persendirian. Playing as TNB
  9. Klik Next.
  10. Sebelum Anda mulakan, pastikan bahawa dokumen yang diperlukan tersedia.
  11. Gunakan format PDF atau ambik gambar.
  12. Klik Next.
  13. Pada bahagian, Adakah anda perlukan Kontraktor? sekiranya rumah Anda ditinggalkan melebihi 5 tahun atau wujud kesangsian dan keyakinan. Lantiklah kontraktor untuk periksa pendawaian Anda. Patikan Ada caj oleh kontraktir. Sekiranya masih selamat, klik No.
  14. Seterusnya, klik Next.
  15. Pilih Tarikh bila Anda ingin bekalan elektrik. Biasanya TNB akan memberikan tempoh waktu 7 hari dari register.
  16. Kemudian, pada bahagian Electricity Supply Detail isikan maklumatnya.
  17. Pada bahagian Additional Contact, Anda boleh isikan penama yang boleh Anda hubungi.
  18. Pada bahagian Customer Details. Anda perlulah muat turun Application Form dan submit dokumen. Customer Details
  19. Klik Submit.
  20. Jika Approved, TNB akan menghantar email harga kepada Anda.
  21. Selesai.

Nota: TNB akan memasang meter dalam 7 hari bekerja. Sekiranya ada masalah, TNB akan menghantar email dan baikilah apa yang patut.

Bagi Anda yang perlukan borang permohonan meter, boleh download disini.

Permohonan Meter TNB

TNB menyediakan pelbagai perkhidmatan iaitu:

  • Permohonan Meter Elektrik TNB rumah Baru dan Lama
  • Permohonan naik taraf meter Elektrik TNB
  • Permohonan bekalan elektrik sementara
  • Permohonan meter Elektrik TNB 1Fasa dan 3Fasa
  • Tukar Nama Meter TNB

Baca juga cara tukar nama bil TNB secara online.

Diharapkan maklumat yang kami kongsikan boleh membantu. Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan yang berkaitan dengan TNB Anda dapat menghubungi TNB Careline 15454.