Ramai yang bertanyakan macam mana cara apply kad kredit BSN emas secara online dan apa sahaja syarat yang diperlukan untuk membuat permohonan tersebut.
Apabila Anda memohon untuk Kad Kredit BSN Visa Emas atau BSN Mastercard Emas, Anda akan menikmati lebih banyak manfaat dan keistimewaan gaya hidup,
Berikut kami kongsikan langkah-langkah cara mohon kad kredit BSN emas.
Manfaat
Manfaat yang dapat Anda perolehi dari Kad Kredit BSN Emas:
- Caj kewangan serendah 11% setahun
- Tiada Fi Tahunan
- Happy Privileges BSN
- Penerimaan di Seluruh Dunia dan Pendahuluan Tunai
- Pelbagai Pilihan Pembayaran
- PERCUMA Insurans Kemalangan dan Kesulitan Perjalanan
- Peningkatan Had Kredit
- Program Pindahan Baki BSN
- Pelan EasyCash BSN
- Pelan Instalment-Pay BSN
- Pelan 0% EasyPay BSN
- Program Happy Rewards BSN
- Autobilling BSN
- Kad Zing PLUSMiles BSN Percuma
- Credit Shield & Bereavement
- Program Penukaran Baki Automatik BSN
Selain manfaat yang dikongsikan di atas, berikut adalah senarai keistimewaan kad kredit BSN Visa Emas atau BSN Mastercard Emas.
Caj Kewangan Yang Rendah
Nikmati caj kewangan serendah 11% setahun (untuk Kakitangan Kerajaan) dan 13.5% setahun (untuk Kakitangan Swasta) apabila anda menjelaskan bayaran minimum yang perlu dibayar tepat pada masanya selama 12 bulan berturut-turut.
Tiada Fi Tahunan
Nikmati pengecualian seumur hidup ke atas fi tahunan untuk Kad Utama dan Kad Tambahan tanpa sebarang syarat.
Penebusan Happy Points
Kumpulkan Happy Points untuk penebusan Mata Ganjaran Enrich, BIG Poin, hadiah eksklusif, baucar membeli-belah, menjamu selera dan banyak lagi.
Tawaran Istimewa Rakan Niaga BSN
Nikmati diskaun dan tawaran istimewa daripada menjamu selera, membeli-belah sehingga percutian di premis rakan niaga terpilih.
Penerimaan di Seluruh Dunia dan Pendahuluan Tunai
Gunakannya di lebih 29 juta premis dan lebih 1 juta ATM di seluruh dunia.
Percuma Insurans Kemalangan dan Kesulitan Perjalanan
Nikmati perlindungan insurans secara automatik sehingga RM100,000 apabila Anda membayar tambang perjalanan penuh tiket kapal terbang menggunakan Kad Kredit Emas Anda.
Manfaat dan Keistimewaan Yang Lain
Berikut beberapa manfaat dan keistimewaan tambahan dari kad kredit BSN Emas.
Peningkatan Had Kredit
Perlukan had kredit yang lebih tinggi untuk menikmati fleksibiliti kewangan? Mohon Peningkatan Had Kredit bagi Kad Kredit BSN Anda hari ini.
Program Pindahan Baki
Pindahkan baki yang belum dijelaskan daripada kad kredit lain ke Kad Kredit BSN Anda dan nikmati kadar faedah yang lebih rendah.
Pelan EasyCash BSN
Dengan EasyCash BSN, Anda kini boleh mengeluarkan wang tunai daripada Kad Kredit BSN Anda pada kadar faedah 0%.
Pelan Instalment-Pay BSN
Beli apa sahaja yang Anda inginkan dan tukar pembayaran Anda kepada ansuran bulanan pada kadar yang berpatutan dengan Pelan Instalment-Pay BSN.
Pelan 0% EasyPay BSN
Nikmati bayaran ansuran tanpa faedah sehingga 36 bulan apabila Anda menggunakan Kad Kredit BSN Anda di premis rakan niaga kami yang mengambil bahagian.
Program Happy Rewards BSN
Program kesetiaan ini benar-benar memberi Anda ganjaran setiap kali Anda berbelanja dengan Kad Kredit BSN.
Kad BSN Zing PLUSMiles
Kad BSN Zing PLUSMiles merupakan kad Touch ‘n Go yang mempunyai fungsi tambah nilai automatik yang dihubungkan terus ke Kad Kredit BSN Anda.
Don’t Worry Credit Shield and Don’t Worry Bereavement
Kami sedar bahawa kehidupan ini penuh dengan peristiwa yang tidak terduga. Berikut ialah pilihan untuk menjadikan kehidupan keluarga Anda lebih mudah sekiranya sesuatu yang tidak dapat diduga berlaku kepada Anda.
Program Penukaran Baki Automatik
Bayar baki kad kredit Anda yang belum dijelaskan dengan ansuran yang lebih kecil pada kadar faedah yang lebih rendah sebanyak 13% setahun.
Kelayakan
Bagi Anda yang ingin mohon kad kredit ini, mestilah:
- Mempunyai pendapatan minimum: RM36,000 setahun
- Umur Minimum: Kad Utama 21 tahun/Kad Tambahan 18 tahun
- Warganegara Malaysia
Dokumen yang Diperlukan
Di bawah ini merupakan dokumen yang diperlukan untuk mohon Kad Kredit BSN Emas:
1. Pekerja Bergaji
Kakitangan Kerajaan
- Salinan Kad Pengenalan (depan&belakang), termasuk Pemohon Tambahan (jika ada)
- Salinan penyata gaji 1 bulan terkini atau Surat Pengesahan Majikan (Untuk kakitangan Tentera dan Polis, sila kepilkan salinan Kad Kuasa)
Kakitangan Swasta
- Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang), termasuk Pemohon Tambahan (jika ada)
- Salinan penyata gaji 3 bulan terkini/Penyata KWSP terkini/Borang EA/Borang BE
2. Bekerja Sendiri
- Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang), termasuk Pemohon Tambahan (jika ada)
- Salinan Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini
- Borang B terkini serta resit cukai rasmi untuk 2 tahun terkini
- Salinan Borang 9,24 & 49 atau Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan
3. Berpendapatan Komisen
- Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang), termasuk Pemohon Tambahan (jika ada)
- Salinan Penyata komisen 6 bulan terkini/Penyata komisen tahunan
- Borang EA/Borang BE serta resit cukai rasmi
Untuk makluman, untuk menggantikan bukti pendapatan, Anda boleh membuat sandaran Sijil Simpanan Premium (SSP) atau Deposit Bertempoh BSN Anda. Jumlah sandaran minimum ialah RM4,000 dan mungkin berbeza tertakluk pada jenis kad.
Permohonan ini juga akan tertakluk pada kelulusan dan Bank berhak menentukan had kredit yang diluluskan atas budi bicara mutlaknya. Duti setem sebanyak RM5 bagi setiap RM1,000 had kredit yang diluluskan akan dikenakan dan dicaj ke akaun kad kredit Anda. Tertakluk pada terma dan syarat lain.
Cara Mohon Kad Kredit BSN Emas
Ikuti langkah-langkah cara mohon kad kredit BSN Emas:
- Kunjungi pautan rasmi berikut ini: https://www.bsn.com.my
- Pilih Jenis Kad Kredit BSN Emas.
- Klik Mohon Sekarang.
- Masukkan Nama Penuh Anda pada ruangan yang tersedia.
- Masukkan Alamat Email Anda.
- Masukkan Nombor Telefon Anda.
- Sila baca Dasar Privasi Anda.
- Klik Hantar.
- Ikuti arahan seterusnya sehingga berjaya.
Cara Mohon Kad Kredit BSN Emas di Cawangan
Anda juga dapat mohon membuat credit card BSN Emas di cawangan BSN. Pertama sekali sila muat turun borang permohonan kad kredit/i.
Isikan dan lengkapkan borang tersebut, selepas itu bawa borang dan bawa juga kad pengenalan Anda ke cawangan BSN terdekat.
Pegawai BSN akan membantu Anda untuk dapatkan kad kredit BSN Emas.
Senarai Kad Kredit BSN
Selain kad kredit BSN platinum, BSN juga menyediakan kad kredit di bawah ini.
- Kad Kredit BSN Visa/Mastercard Klasik dengan Pendapatan Minimum RM24,000 setahun
- Kad Kredit BSN Visa/Mastercard Platinum dengan Pendapatan Minimum RM48,000 setahun
- Kad Kredit BSN Teachers Mastercard Emas dengan Pendapatan Minimum RM24,000 setahun
- Kad Kredit BSN G-Card Visa dengan Pendapatan Minimum RM24,000 setahun
- Kad Kredit BSN Visa/Mastercard Emas dengan Pendapatan Minimum RM36,000 setahun
- Kad Kredit BSN AIAFAM Visa Platinum dengan Pendapatan Minimum RM32,0000 setahun
Soalan Lazim Kad Kredit BSN Emas
Soalan lazim yang berkaitan dengan Kad Kredit BSN Emas:
1. Boleh ke saya memohon Kad Kredit Tambahan?
Anda boleh memohon sehingga maksimum 5 kad tambahan (untuk pasangan Anda, anak-anak dan keluarga terdekat yang berumur 18 tahun ke atas)
2. Apa itu Autobilling BSN?
Autobilling BSN merupakan kemudahan pembayaran bil automatik yang membayar bil-bil Anda secara automatik setiap bulan menggunakan Kad Kredit BSN Anda.
Sekiranya ada sebarang masalah/pertanyaan yang berkaitan dengan Bank BSN Anda boleh hubungi Customer Service BSN di 1300-88-1900.