Cara Login Agrobank Online Banking
Cara Login Agrobank Online Banking

Cara Login Agrobank Online Banking App AGRONet

Posted on

Agrobank adalah terbaik di Malaysia dan merupakan salah satu bank kegemaran orang ramai, sebab bank ini menyediakan perkhidmatan perbankan internet banking yang dikenali sebagai Agrobank online banking serta mempunyai aplikasi AGRONet.

Melalui AGRONet pelanggan boleh membuat pelbagai transaksi kewangan secara online seperti pembayaran bil, pemindahan, semak baki dan banyak lagi. Anda boleh mengaktifkan perkhidmatan ini dengan mendaftar di pejabat cawangan terdekat atau melalui laman web rasmi Agrobank.

Bagi pelanggan yang sudah mendaftar Agrobank online banking (AGRONet) berikut kami tunjukkan cara login Agrobank online banking di laman web dan aplikasi AGRONet.

Cara Login Agrobank Online Banking
Cara Login Agrobank Online Banking

Perkhidmatan Agrobank Online

Di bawah ini merupakan pelbagai jenis perkhidmatan Agrobank yang dapat Anda akses melalui Agrobank online atau AGRONet:

  • Menyemak baki akaun Anda.
  • Memindahkan wang antara akaun Anda sendiri di Agrobank.
  • Memindahkan wang ke akaun pihak ketiga di Agrobank.
  • Memindahkan wang ke akaun bank lain.
  • Membaca dan memuat turun butiran penyata.
  • Melihat butir-butir pembiayaan Anda.
  • Membayar bil Anda kepada penerima bayaran yang disenaraikan.
  • Membuat pembayaran sekali atau menetapkan penerima bayaran yang dikehendaki.
  • Menetapkan had transaksi Anda.
  • Menerima makluman daripada bank melalui sistem mesej.
  • Block kad ATM Anda.

Cara Login Agrobank Online Banking

Sekiranya Anda belum mempunyai akaun login AGRONet, sila baca cara daftar Agrobank online banking. Dan bagi Anda yang telah berjaya membuat pendaftaran, Anda boleh ikuti langkah dibawah ini:

  1. Buka pautan rasmi Agrobank https://www.agronet.com.my/
  2. Masukkan Username akaun Anda. Username Login Agrobank
  3. Klik Login.
  4. Sahkan Security Image Anda.Password Agrobank
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Submit.
  7. Tahniah, Anda berjaya login Agrobank online banking.

Cara Login AGRONet Mobile

Anda boleh muat turun aplikasi AGRONet Mobile di Google Play Store atau Appstore. Selepas itu, sila ikuti langkah berikut:

  1. Buka aplikasi AGRONet Anda.
  2. Klik Login Now. Login Now AGRONet
  3. Masukkan Username akaun Anda. Username AGRONet Mobile
  4. Klik Login.
  5. Sahkan Security Image Anda. Security Image AGRONet Mobile
  6. Masukkan Password Anda.
  7. Klik Login/Next. Anda akan dibawa ke paparan utama AGRONet.
  8. Selesai.

Soalan Lazim AGRONet

Berikut ini merupakan beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan AGRONet:

1. Adakah semua pemegang akaun Agrobank boleh gunakan AGRONet?

Boleh dengan syarat Anda mesti mempunyai Kad Debit ATM.

2. Macam mana sekiranya saya gagal login aplikasi AGRONet?

Sebab terjadinya gagal login dapat disebabkan kerana Anda salah memasukkan Username atau Password, untuk maklumat seterusnya Anda dapat menghubungi Customer Service Agrobank di 1300-88-2476 (Local) atau +603-2079-0600 (INTL)

3. Adakah pengesahan transaksi menggunakan TAC melalui SMS diperlukan untuk AGRONet?

Untuk transaksi berjumlah RM10,000.00 dan ke bawah, pengesahan transaksi memerlukan SMS TAC.