Seperti yang kita ketahui, Xox secara rasmi ditubuhkan pada tahun 2005 dan merupakan salah satu pengendali telekomunikasi terbesar di Malaysia. Semasa perkembangannya, Xox menyediakan perkhidmatan telefon mudah alih di Malaysia melalui rangkaian infrastruktur 4G+, 4G, 3G dan 2G.
Adakah Anda mahukan akses internet tanpa had? sudah tentu Anda memilih jenis pakej internet murah dan koneksi yang stabil, jika Anda menggunakan perkhidmatan xox, maka Anda boleh membeli pakej xox tanpa had untuk internet yang digunakan untuk menonton video youtube, chatting, browsing dan video call.
Tetapi Anda perlu tahu, walaupun Anda menggunakan pakej internet tanpa had Xox, tidak semua boleh Anda akses, kerana pakej internet Xox mempunyai syarat dan syarat yang terpakai pada pakej setiap pakej yang disediakan. Berikut ni maklumat cara langgan internet XOX Season Pass dan ONEXOX Black.

Pakej Internet ONEXOX Black
Pelan dengan kelajuan tinggi Internet dan bebas kontrak.
Plan | Data | Talktime | SMS | Monthly |
---|---|---|---|---|
B110 | 1GB | 20 minit | – | RM10 |
B39 | 8GB | 50 minit | 50 SMS | RM39 |
B39plus20 | 12GB | Unlimited | 100 SMS | RM39 |
Senarai pakej internet xox di atas dengan harga bermula pada RM10 sudah menyokong rangkaian 4G-LTE pada kelajuan tinggi.
Cara Beli ONEXOX Black Melalui SMS
Taip CHGB <Plan data yang Anda mahu> hantar ke 23388
Contoh : CHGB39PLUS20
Cara Beli ONEXOX Black Melalui Dial Up
- Dail *150#
- Pilih Mobile Internet atau Season Pass
- Pilih pakej data internet yang Anda mahu
- Selesai
Cara Langgan Data ONEXOX Season Pass
Berikut ini adalah pakej data internet season pass SHAREABLE DATA yang boleh Anda pilih.
Data Plan Code | Data | Talktime | Harga |
---|---|---|---|
SP D1 | 20GB | – | RM100 |
SP D2 | 30GB | – | RM150 |
SP D3 | 50GB | – | RM250 |
SP C1 | 10GB | 333 Minit | RM80 |
SP C2 | 20GB | 333 Minit | RM130 |
SP V1 | – | 999 Minit | RM90 |
Cara Menggunakan Data Season Pass
Jika Anda memerlukan hanya 1GB sebulan, maka Anda hanya perlu “panggil” atau “tarik” atau aktfikan (atau lebih tepat melanggan) dari data 20GB Season Pass tadi untuk digunakan.
1GB yang tadi telah Anda aktifkan dan langgan tu perlu Anda habiskan dalam masa 30 hari. Dan baki 19GB dalam Season Pass tadi boleh disimpan sampai bila-bila selagi simkad Anda masih aktif.
Jika 1GB tadi habis sebelum 30 hari, maka Anda hanya perlu langgan lagi data dari Season Pass yang berbaki 19GB tadi. Anda boleh pilih mahu langgan 1GB/2GB/5GB/10GB untuk 30 hari atau 2gb untuk 7 hari pilih sesau yang diperlukan je.
Cara beli melalui Season Pass melalui SMS taip : Data Plan Code hantar ke 22111/23388
Contoh : SP D1 hantar ke 22111/23388
Untuk berhenti beralangganan taip : DATA<jarak>AR<jarak>OFF hantar ke 23388
Contoh : DATA AR OFF hantar ke 23388
Data Season Pass 1 Bulan
Data Plan Code | Data | Prepaid Credit | Via Season Pass |
---|---|---|---|
DATA FAT1 | 1GB | RM15 | RM0 |
DATA FAT2 | 2GB | RM25 | RM0 |
DATA FAT5 | 5GB | RM30 | RM0 |
DATA FAT10 | 10GB | RM50 | RM0 |
Data Season Pass 1 Minggu
Data Plan Code | Data | Prepaid Credit | Via Season Pass |
---|---|---|---|
DATA FATW2 | 2GB | RM10 | RM0 |
Cara mengaktifkan Data Season Pass melalui SMS
Taip Data Plan Code hantar ke 22111/23388
Contoh : DATA FAT1 hantar ke 22111
Contoh : DATA FATW2 hantar ke 22111
Cara Share Data Season, Voice atau SMS XOX Melalui SMS
- D untuk DATA
- V untuk VOICE
- S untuk SMS
Taip SHARE<jarak>XOX Mobile Number<jarak>D<jarak>PIN hantar ke 22111/23388
Contoh : SHARE 0103333011 D1 1234 hantar ke 22111/23388
Contoh : SHARE 0103333011 V10 1234 hantar ke 22111/23388
Contoh : SHARE 0103333011 S10 1234 hantar ke 22111/23388
Baca juga : Cara share kredit Digi
Cara cek baki kredit dan Season Pass : Dail *132#
Nak tahu bagaimana transfer kredit XOX ? Jika belum tahu silakan baca artikel cara transfer kredit XOX terbaru.
Sudah jelas kan semua ? Sekiranya ada soalan, sila hantar di dalam kotak komen