Ramai pelanggan Maybank yang tak tahu cara dapatkan penyata Maybank melalui online dan offline. Sebetulnya cara untuk cetak penyata bank ini sangat mudah tak perlu kena pergi ke bank cukup gunakan Maybank2u sahaja.
Penyata bank boleh Anda gunakan untuk keperluan seperti pinjaman, pembelian, permohonan bantuan kerajaan dan banyak lagi.
Sekiranya Anda ingin dapatkan bank statement Maybank, Anda boleh ikuti step yang kami kongsikan berikut ini.

Apa Itu Penyata Bank Maybank
Bank statement atau dikenali penyata bank adalah dokumen yang menyenaraikan urusan kewangan akaun Maybank, antaranya jumlah atau amaun wang debit dan kredit beserta tarikhnya.
Bank statement biasanya diperlukan untuk urusan rasmi pembelian berjumlah besar seperti pembelian kereta dan rumah sebab pihak bank yang memberikan pinjaman ingin memastikan beberapa perkara seperti:
- Wang tunai dalam akaun
- Aliran keluar masuk duit dalam akaun
- Pengurusan kewangan
Bank statement ini akan membantu memudahkan pihak atau syarikat meluluskan pinjaman Anda. Baca juga cara bayar loan kereta guna Maybank2u.
Cara Dapatkan Penyata Maybank di Email
Untuk maklumat Anda, pihak Maybank akan keluarkan penyata bank untuk 3 bulan terkini pada setiap penghujung suku tahunan, iaitu penghujung bulan Mac, Jun, September dan Disember.
Sekiranya Anda ingin melanggan penyata bank Maybank ini, Anda mestilah setting terlebih dahulu dalam akaun Maybank2u Anda.
Sila ikuti step yang kami kongsikan berikut nie.
- Log masuk Maybank2u Anda.
- Masukkan Username akaun Anda.
- Klik Login.
- Sahkan Security Phrase Anda.
- Masukkan Password Anda.
- Klik Login.
- Pilih e-Bill & Statement selepas Anda login.
- Pilih Statements.
- Pilih Email Statement Delivery.
- Masukkan Kata Laluan Pilihan.
- Selepas itu, secara automatik Maybank2u akan hantar penyata bank ke emel Anda.
- Selesai.
Cara Dapatkan Bank Statement Guna Maybank2u
Sila ikuti langkah-langkah cara dapatkan penyata Maybank guna Maybank2u berikut ini.
- Klik pautan rasmi Maybank https://www.maybank2u.com.my/
- Masukkan Username akaun Anda.
- Klik Login.
- Sahkan Security Phrase Anda.
- Masukkan Password Anda.
- Klik Login.
- Selepas Anda login, klik titik 3 pada Savings Account.
- Kemudian, pilih View Statement.
- Anda dapat memilih Tarikh yang Anda inginkan.
- Penyata Maybank Anda akan dipaparkan secara detail.
- Klik butang Unduh, secara automatik akan ada di file Anda.
- Selesai.
Cara Dapatkan Penyata Maybank2u Versi Lama
Anda juga boleh dapatkan penyata Maybank Versi Lama dengan mudah:
- Lawati pautan rasmi Maybank https://www.maybank2u.com.my/
- Klik to the classic Maybank2u.
- Masukkan Username Anda.
- Masukkan Password Anda.
- Klik Login.
- Selepas Anda login, klik e-Bills & Statement.
- Klik Statements.
- Klik Accept.
- Kemudian, klik Savings Account.
- Sila pilih akaun Anda.
- Pilih Statement Date yang Anda inginkan.
- Klik Get Statement.
- Penyata Maybank Anda dipaparkan.
- Anda dapat melihat atau download penyata Bank dengan mudah.
- Klik View Statement Details untuk melihat lebih lengkap.
- Klik Download/Print akan secara automatik mendownload.
- Selesai.
Download Bank Statement Maybank Guna Aplikasi Maybank2u
Pertama sekali, sila muat turun aplikasi Maybank2u di Google Playstore atau App Store.
- Lancarkan aplikasi Maybank2u
- Masukkan Username dan Password Anda
- Pilih menu Statement untuk melihat penyata akaun Maybank yang Anda inginkan
- Klik View untuk melihat penyata bank secara detail dalam masa 1 sehingga 3 bulan terdahulu
Cara Print Penyata Bank di ATM Maybank
Mesin ATM Maybank menyediakan penyuata mini yang mengandungi 10 urusniaga terkini akaun Anda. Cara untuk print penyata mini Maybank sangat mudah, sila ikuti step berikut.
- Kunjungi ATM Maybank terdekat
- Masukkan kad ATM dan PIN
- Pilih Pilih Lain- lain Urusniaga
- Pilih Lain- lain Perkhidmatan
- Pilih Penyata Ringkas
- Penyata mini resit akan dikeluarkan mengandungi urusniaga akaun Anda
Cara Print Bank Statement di Kaunter
Sekiranya Anda tak boleh dapatkan penyata bank di Maybank2u, Anda boleh dapatkan penyata bank di kaunter Maybank. Step yang mesti Anda ikuti adalah sila buat temujanji Maybank terlebih dahulu. Lepas tu.
- Pergi ke mana-mana Maybank terdekat
- Bawa kad pengenalan, kad ATM Anda dan wang
- Ambil nombor giliran
- Selepas nombor giliran Anda dipanggil, sila beritahu staff bank bahawa Anda ingin print penyata bank
- Staff bank akan print penyata bank yang Anda mahukan
Itu sahaja perkongsian kali ini semoga membantu.