Cara Dapatkan Penyata Bank Islam
Cara Dapatkan Penyata Bank Islam

Cara Dapatkan Penyata Bank Islam

Posted on

Sebahagian besar dari kita sering mendengar istilah Penyata Bank (Bank Statement). Penyata bank adalah ringkasan transaksi kewangan yang berlaku di akaun Anda, sama ada transaksi masuk dari wang yang dipindahkan atau wang keluar.

Penyata bank boleh dalam bentuk akaun Anda sendiri atau akaun yang dimiliki oleh entiti perniagaan. Mengetahui semua maklumat kewangan melalui penyata bank akan sangat membantu Anda.

Jika Anda merupakan pelanggan Bank Islam dan ingin print penyata Bank Islam untuk keperluan tertentu, Anda boleh dapatkan penyata Bank Islam dengan mudah. Sila ikuti panduan cara dapatkan statement Bank Islam secara online, ATM dan di cawangan bank.

Cara Dapatkan Penyata Bank Islam

Cara Dapatkan Penyata Bank Islam Online

Bagi mendapatkan E-statement/penyata Bank Islam secara online, Anda memerlukan akaun berdaftar internet banking (IB). Sekiranya Anda tak mempunyai akaun IB Bank Islam, sila baca panduan cara daftar Bank Islam online.

Jika telah mempunyai akaun IB Bank Islam, sila ikuti langkah dibawah:

  1. Buka link https://www.bankislam.biz
  2. Masukkan User ID dan Password
  3. Klik My Accounts > E-Statement > DownloadCara Cetak Penyata Bank Islam
  4. Pilih Account/Card yang ingin dilihat
  5. Pilih penyata untuk bulan yang ingin dilihat
  6. Pilih Buka/Open untuk melihat di komputer AndaCara Dapatkan Penyata Akaun Bank Islam
  7. Pilih Save dan ikuti arahan di skrin untuk menyimpan salinan soft E-Statement di komputer Anda untuk tujuan penyimpanan rekod

Cara Langgan Penyata Bank Islam Elektronik

  1. Pergi ke laman https://www.bankislam.biz
  2. Masukkan User ID dan Password
  3. Klik My Accounts > E-Statement > Maintenance
  4. Pilih New Status, klik Subscribe
  5. Klik Request i-Access Code (IAC)
  6. Kod IAC akan dihantar ke nombor telefon Anda yang berdaftar melalui SMS
  7. Masukkan kod IAC untuk menyelesaikan proses transaksi
  8. Klik Confirm

Anda akan mendapatkan penyata akaun Bank Islam secara bulanan yang dihantar melalui emel Anda.

Cara Berhenti Melanggan E-Penyata Elektronik

  1. Pergi ke laman https://www.bankislam.biz
  2. Masukkan User ID dan Password
  3. Klik My Accounts > E-Statement > Maintenance
  4. Pilih New Status, klik Un-Subscribe
  5. Klik Request i-Access Code (IAC)
  6. Kod IAC akan dihantar ke nombor telefon Anda yang berdaftar melalui SMS
  7. Masukkan kod IAC untuk menyelesaikan proses transaksi
  8. Klik Confirm

Sekarang Anda sudah tidak melanggan penyata Bank Islam bulanan pada emel Anda.

Cara Print Mini Statement Bank Islam di ATM

Sila pergi ke mesin ATM terdekat untuk print penyata Bank Islam melalui ATM. Lakukan langkah dibawah:

  1. Masukkan kad ATM Bank Islam
  2. Pilih Bahasa Melayu
  3. Masukkan PIN ATM Bank Islam Anda, tekan Teruskan
  4. Tekan Bank Islam
  5. Tekan Khidmat Penyata
  6. Tekan Penyata Mini
  7. Tekan Cetak
  8. Sila ambil penyata mini yang keluar

Cara Cetak Penyata Bank Islam di Cawangan Bank Islam

Sila pergi ke cawangan Bank Islam terdekat dengan membawa buku bank untuk proses cetak penyata Bank Islam.

Itulah pelbagai cara bagaimana nak dapatkan penyata bank Islam dengan cepat dan pantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *