Login OCBC Bank Online Banking
Login OCBC Bank Online Banking

Cara Daftar OCBC Online Banking Malaysia Login

Posted on

Sama seperti beberapa bank lain di Malaysia, OCBC menawarkan perkhidmatan perbankan internet bagi memudahkan pelanggan membuat transaksi kewangan di mana-mana dan pada bila-bila masa. Internet banking OCBC boleh Anda akses secara online melalui peranti telefon, komputer dan laptop.

Perbankan Internet OCBC adalah perkhidmatan perbankan dalam talian yang boleh digunakan untuk pelbagai transaksi kewangan melalui telefon bimbit yang disambungkan ke rangkaian internet. Pengguna boleh membuat semakan baki, pembayaran, tambah nilai, print penyata akaun, dan pemindahan antara akaun OCBC dan ke bank lain.

Sistem ini boleh diakses 24 jam, 7 hari, di mana sahaja Anda berada. Untuk dapat menikmati perkhidmatan internet banking OCBC ini, Anda perlu mempunyai akaun internet OCBC dan aktifkan terlebih dahulu. Di bawah ini kami kongsikan step cara daftar OCBC online banking Malaysia.

Login OCBC Bank Online Banking
Login OCBC Bank Online Banking

Cara Register OCBC Bank Online

Untuk mendaftar perkhidmatan ini Anda memerlukan:

  • Kad Pengenalan.
  • Kad ATM/Debit.
  • Berumur 16 tahun keatas.
  • Mempunyai akaun OCBC (Current atau Savings Deposit Account, Credit Card, Loan).

Ikuti langkah cara register OCBC Bank Online:

  1. Lawati pautan rasmi OCBC Bank di https://internet.ocbc.com.my/
  2. Pilih Jenis Kad Anda. register OCBC Bank
  3. Masukkan Nombor Kad Debit Anda.
  4. Masukkan Card Expiry date.
  5. Pilih Jenis Kad Pengenalan Anda.
  6. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda.
  7. Pilih Date of birth Anda.
  8. Masukkan Kod Captcha yang disediakan.
  9. Klik Next.
  10. Sila buat User ID yang Anda inginkan.
  11. Sila buat Password yang Anda inginkan.
  12. Sahkan Nombor Handphone untuk kod OTP.
  13. Tahniah, Anda berjaya register akaun.

Cara Daftar OCBC Online di Cawangan

Anda juga boleh daftar OCBC online banking di cawangan OCBC, berikut adalah langkah cara daftar OCBC di cawangan:

  1. Kunjungi cawangan Bank OCBC yang berhampiran.
  2. Pastikan Anda membawa kad pengenalan dan kad bank ATM/Debit.
  3. Sila beratur dan ambil nombor giliran.
  4. Jika nombor giliran Anda dah dipanggil, beritahu kepada staff bank kalau Anda nak buat OCBC online banking.
  5. Staff akan membantu Anda untuk membuat akaun internet banking OCBC.
  6. Selesai.

Login OCBC Bank Online Banking

Selepas Anda berjaya membuat pendaftaran sila ikuti langkah login OCBC online banking berikut:

  1. Buka website rasmi internet banking OCBC di https://internet.ocbc.com.my
  2. Masukkan Login ID akaun Anda. Login ID
  3. Klik Next.
  4. Klik Confirm untuk sahkan Security Phrase dan Image Anda. Security Image OCBC
  5. Masukkan Password akaun Anda. Password OCBC Bank
  6. Klik Login.
  7. Selesai.

Soalan Lazim OCBC Bank

Di bawah ini merupakan soalan lazim yang berkaitan dengan OCBC Bank:

1. Bolehkah akses perbankan online pada komputer dan laptop?

Boleh, OCBC Bank tidak menggalakan akses perbankan online menggunakan PC awam atau kongsi kerana Anda lebih terdedah kepada program atau virus berniat jahat.

2. Adakah Yuran dan Caj dikenakan untuk mengakses perbankan online OCBC Bank?

Perbankan online adalah percuma. Namun, yuran transaksi standard untuk sesetengah perkhidmatan perbankan mungkin dikenakan.

3. Bagimana Cara Tetapkan Had Transaksi Harian?

Anda boleh menukar had pemindahan dana Anda melalui Perbankan Internet. Jumlah maksimum yang dibenarkan untuk pemindahan Pihak Ketiga dan Antara Bank ialah RM30,000 sehari.

Diharapkan maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda dalam urusan perbankan. Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan Anda boleh hubungi Customer Service yang berkaitan di 03-8317-5000.