Banyak negara di seluruh dunia mempunyai undang-undang pendaftaran simkad, termasuk sim card Digi.
Sebagai syarat untuk membeli atau mengaktifkan simkad Digi, pengguna dikehendaki mendaftar dengan memberikan maklumat peribadi dan kad pengenalan yang sah. Jadi, macam mana nak daftar simkad Digi yang betul?
Pengguna kad Digi baharu perlu mendaftarkan kad tersebut terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan nombor tersebut.
Berikut kami kongsikan langkah-langkah cara daftar nombor Digi dan aktifkan simkad Digi online.
Apakah itu Pendaftaran Layan Diri?
Pendaftaran layan diri membolehkan pelanggan melakukan pendaftaran hujung ke hujung kad SIM dari peringkat pengesahan hingga pengaktifan.
Melalui pendaftaran layan diri, pelanggan akan dapat mendaftarkan kad SIM yang dibeli mereka dan melakukan pengesahan ID dan swafoto melalui pelayar web mudah alih dan dengan menggunakan kamera pada peranti mudah alih mereka.
Syarat Aktifkan Simkad Digi
Syarat yang mesti Anda sediakan sebelum daftar nombor Digi antaranya.
- Anda mesti berumur 12 tahun ke atas
- Anda mesti mempunyai kurang daripada 5 kad SIM Prabayar yang didaftarkan pada ID Anda.
- Anda mesti menyediakan salah satu daripada ID Sah berikut:
- Bagi rakyat Malaysia, Anda boleh menggunakan Kad Pengenalan Malaysia (MyKad), MyKas, MyTentera, atau MyPR
- Bagi Penduduk Tetap Malaysia (PR) dan warganegara lain, sila gunakan Pasport Anda.
- Anda mesti disambungkan ke Internet untuk melakukan pendaftaran, sama ada melalui WiFi atau hotspot/data mudah alih.
- Anda mesti mempunyai kamera yang berfungsi pada peranti Anda untuk digunakan untuk pendaftaran.
Cara Daftar dan Aktifkan Nombor Digi
Sila ikuti langkah-langkah cara daftar nombor Digi sebagai berikut, sila gunakan HP Anda
- Imbas kod QR di belakang Pek SIM atau layari www.digi.com.my/ekyc
- Imbas dokumen pengenalan Anda (MyKad, MyTentera, MyPR, My KAS, atau Pasport)
- Selepas pengesahan ID berjaya, sila lakukan swafoto pengecaman muka.
- Kemudian, Anda akan dialihkan ke skrin penyiapan.
- Anda boleh teruskan memasukkan Kad SIM ke dalam peranti Anda dan tunggu selama 2 hingga 5 minit untuk menerima SMS Pengaktifan SIM.
- Selesai.
Sila baca panduan cara beli internet Digi agar Anda boleh streaming YouTube, guna whatsapp dan banyak lagi.
Soalan Lazim Digi
Di bawah ini merupakan soalan lazim yang berkaitan dengan pengaktifan simkad Digi.
1. Bolehkah saya mengambil imej orang lain atau melalui skrin?
Tidak, proses pengesahan mesti dilakukan oleh individu kerana imej masa nyata adalah wajib semasa melakukan pengesahan pengecaman muka.
2. Adakah yang perlu saya lakukan jika Kad SIM rosak/tidak dapat dikesan?
Sila masuk ke Kedai Digi Terdekat Anda atau Kios Digi dan lakukan Penggantian SIM.
3. Bolehkan saya mengimbas gambar atau salinan kad pengenalan saya?
Tidak, Anda dikehendaki menggunakan salinan asal ID untuk melengkapkan proses pengesahan dokumen.
4. Apakah masalah yang mungkin saya hadapi semasa pendaftaran diri?
Yang perlu Anda buat.
Kod Bar SIM telah pun wujud dalam sistem.
- Kad SIM yang Anda cuba imbas telah pun didaftarkan sebelum ini. Sila hubungi Khidmat Pelanggan Digi kami di 016 221 1800 untuk bantuan lanjut.
Maklumat/ butiran yang diimbas daripada ID saya tidak sepadan dengan ID saya.
- Teruskan mengimbas semula ID untuk memastikan butiran yang betul telah diimbas.
Pengecaman Wajah gagal.
- Pergi ke kawasan yang terang dan lakukan semula swafoto pengecaman muka.
Semakan kelayakan gagal. Mesej pada skrin berbunyi: “Kami tidak dapat meneruskan permintaan Anda.”
- Sila hubungi Khidmat Pelanggan Digi di 016 221 1800 untuk bantuan lanjut.
5. Bolehkah saya meminda dan/atau membetulkan sebarang butiran selepas mengimbas kod bar, ID dan muka (melalui swafoto) dan menyelesaikan proses pendaftaran sendiri? Contohnya, tukar nama/alamat?
Tidak, pelanggan tidak boleh membuat pengubahsuaian manual pada butiran mereka setelah diimbas. Walau bagaimanapun, anda boleh mengimbas semula ID Anda sekiranya maklumat yang diimbas sebelum ini tidak betul.
Bagi pengguna pasport, anda perlu memasukkan alamat tempatan anda secara manual.