Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dilancarkan untuk membantu bumiputera menyediakan simpanan yang boleh menjana keuntungan jangka masa panjang.
Untuk menyokong program tersebut, ASNB menyediakan portal myASNB untuk pelanggan.
myASNB Portal adalah dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). myASNB merupakan platform online yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.
Adakah Anda sudah mempunyai akaun berdaftar di myASNB? Kerana dengan mempunyai akaun online di myASNB Anda boleh melakukan pelbagai perkhidmatan seperti:
- Pertanyaan butiran pegangan semasa.
- Melihat rekod transaksi portal sehingga 90 hari.
- Pelaburan tambahan.
- Kemaskini maklumat peribadi.
Syarat Mendaftar myASNB
Berikut adalah senarai syarat yang mestilah Anda penuhi sebelum mendaftar di portal myASNB.
- Pastikan no telefon Anda dengan ASNB telah dikemaskini di ejen atau cawangan ASNB.
- Mempunyai sambungan internet dan laptop, komputer atau handphone.
- Pelayar internet yang menyokong pendaftaran di myASBN Internet Explorer, Google Chorme dan Mozilla Firefox.
Mengapa saya perlu mengemaskini no telefon saya? kerana untuk setiap transaksi yang dilakukan, kod TAC akan dihantar kepada nombor telefon bimbit yang didaftarkan sebelum Anda boleh melengkapkan transaksi.
Cara Daftar myASNB Online
Pendaftaran adalah percuma dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja asalkan ada sambungan internet.
- Layari laman https://www.myasnb.com.my
- Klik Daftar Disini.
- Baca nota yang terpapar di skrin, klik Teruskan.
- Beri tanda √ dan klik Setuju.
- Maklumat Asas, sila pilih Jenis Kad Pengenalan, masukkan No Kad Pengenalan, jenis Produk ASNB langgani, klik Teruskan.
- Klik permintaan TAC, untuk proses pengesahan. Kod TAC akan dikirim ke nombor telefon Anda yang didaftarkan.
- Masukkan kod TAC, klik Seterusnya.
- Kemudian masukkan maklumat pendaftaran. Isikan ID pengguna, alamat email dan drasa rahsia.
- Sila pilih 3 soalan keselamatan beserta jawapan. Klik Tamat.
- Tahniah, sekarang Anda berjaya daftar portal myASNB online.
- Password sementara akan diberikan. Sila salin (copy) terlebih dahulu password sementara yang diberikan. Klik LOG MASUK.
- Sila masukkan ID pengguna yang Anda daftarkan tadi, klik Teruskan.
- Frasa rahsia yang Anda daftarkan tadi akan dipaparkan. Pastikan sama, seterusnya masukkan password sementara yang diberikan. Klik Teruskan.
- Sila menukar password sementara dengan password yang Anda mahukan. Contoh password Aku12345!
- Selepas kemaskini password baru, sila Anda log masuk.
Dengan menggunakan perkhidmatan myASNB, sekarang Anda boleh keluarkan duit ASB secara online sebanyak RM500 sebulan.
Sila baca cara pengeluaran ASB online melalui portal myASNB secara percuma.
Maklumat Lanjut
Anda boleh mengakses maklumat akaun myASNB anda selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Walau bagaimanapun, transaksi kewangan adalah terhad kepada:
- Unit Amanah Harga Tetap: Isnin – Ahad, waktu tempatan, 7.00 pagi hingga 6.00 petang.
- Unit Amanah Harga Berubah: Isnin – Ahad, waktu tempatan, 7.00 pagi hingga 4.00 petang.
- Pemindahan dan Penukaran: Isnin – Ahad, waktu tempatan, 7.00 pagi hingga 4.00 petang.
Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah semasa mendaftar myASNB online, sila hubungi pihak ASNB melalui:
- Nombor telefon: 03-2050 5500
- Email: myasnb@pnb.com.my
Itulah tutorial cara mendaftar myASNB online, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk Anda.