Cara Daftar MBSB Online
Cara Daftar MBSB Online

Cara Daftar MBSB Online Banking M JOURNEY Login

Posted on

MBSB online banking ni, memang jimat masa. Anda tak payah pening-pening nak ke bank, sebab semua boleh settle online je.

Kalau Anda tak tahu lagi apa benda M JOURNEY MBSB online banking ni, ia adalah satu platform online banking yang dicipta khas untuk memudahkan urusan kewangan Anda. Dengan M JOURNEY MBSB, Anda boleh buat macam-macam perkara tanpa perlu datang ke cawangan bank. Senang, kan?

Nak check baki akaun, boleh je buat online. Nak transfer duit ke akaun lain, lagi senang. Dan yang paling best, Anda boleh bayar bil utiliti, dan banyak lagi. Semua dalam satu tempat, tak perlu pening-pening nak pergi mana-mana.

Best lagi, MBSB online banking ni boleh guna kat mana-mana, 24/7. Nak buat transaction pun tak kira masa. So, kalau Anda tak sempat pergi bank dalam waktu pejabat, tak payah risau. Buka je perbankan internet MBSB, settlekan apa-apa urusan Anda.

Nak mula, Anda kena daftar MBSB online banking dulu. Lepas tu, Anda boleh download aplikasi dia untuk guna dalam telefon pintar Anda.

Cara Daftar MBSB Online
Cara Daftar MBSB Online

Service M Journal MBSB

M Journal MBSB ni memang power sebab banyak servis berguna yang Anda boleh guna. Ni la beberapa servis yang dia tawarkan:

  • DuitNow: Nak transfer duit ke kawan atau saudara, senang je. Gunakan servis DuitNow.
  • Bayaran Pembiayaan: Kalau Anda ada pembiayaan, boleh bayar dengan senang guna servis ni.
  • Pindahan Duit Antarabank: Kalau nak transfer duit ke bank lain, takde masalah. Ada servis Foreign Funds Transfer (FTT), Intrabank Transfer, dan Interbank GIRO (IBG).
  • Pindahan Secepat Kilat: Nak transfer duit segera, gunakan Instant Transfer.
  • JOMPAY: Untuk bayar bil, JOMPAY memudahkan urusan Anda.
  • Penempatan dan Pengeluaran Deposit Tetap: Kalau ada duit simpanan, bolehlah guna servis ni.

Selain tu, M Journal MBSB juga membolehkan Anda akses maklumat akaun secara atas talian. Anda boleh check baki akaun, tukar PIN ATM, urus cek, dan muat turun penyata akaun.

Untuk urusan pembayaran, Anda boleh gunakan Debit Card seperti MyDebit dan Visa Debit. Dan tak lupa, ada servis SWIFT juga kalau Anda nak buat transaksi luar negara.

Cara Daftar MBSB Online Banking

Berikut ialah langkah-langkah daftar MBSB melalui online banking:

  1. Langkah pertama layari laman web MBSB di: https://www.mbsbjourney.com/rib/
  2. Klik butang New User? Register Now.

Ada 3 pilihan untuk daftar MBSB online, sila pilih sahaja cara yang Anda inginkan:

Cara Daftar MBSB Online M JOURNEY

  • Debit Card (Kad Debit)
  • Financing Account (Akaun Pembiayaan)
  • Deposit Account (Akaun Deposit)

A. Daftar Menggunakan Debit Card

Ikuti langkah-langkah dibawah ini:

  1. Masukkan Nombor Debit Card Anda dan 6-Digit PIN.
  2. Taipkan perkataan Captcha yang ditunjukkan pada halaman tersebut.
  3. Mohon dan masukkan 6-Digit TAC, lepas tu tekan butang Next.
  4. Masukkan maklumat peribadi Anda.
  5. Pilih Gambar Keselamatan, masukkan Frasa Keselamatan Anda, dan tekan butang Next.
  6. Sahkan semula maklumat Anda dan tekan butang Submit.
  7. Tetapkan 3 Soalan Keselamatan dan Jawapan.
  8. Minta dan masukkan 6-Digit TAC sekali lagi, kemudian tekan butang Submit.
  9. Terima pengesahan melalui SMS.

B. Daftar Menggunakan Financing Account

Ikuti langkah-langkah dibawah ini:

  1. Masukkan Nombor Akaun Pembiayaan Anda.
  2. Pilih Jenis ID Anda dan masukkan nombor pengenalan Anda.
  3. Taipkan perkataan Captcha yang ditunjukkan pada halaman tersebut.
  4. Minta dan masukkan 6-Digit TAC, lepas tu tekan butang Next.
  5. Masukkan maklumat peribadi Anda.
  6. Pilih Gambar Keselamatan, masukkan Frasa Keselamatan Anda, dan tekan butang Next.
  7. Sahkan semula maklumat Anda dan tekan butang Submit.
  8. Tetapkan 3 Soalan Keselamatan dan Jawapan.
  9. Minta dan masukkan 6-Digit TAC sekali lagi, kemudian tekan butang Submit.
  10. Terima pengesahan melalui SMS.

C. Daftar Menggunakan Deposit Account

Ikuti langkah-langkah dibawah ini:

  1. Taipkan Nombor Akaun Deposit Anda.
  2. Pilih Jenis ID Anda dan masukkan nombor pengenalan Anda.
  3. Taipkan perkataan Captcha yang ditunjukkan pada halaman tersebut.
  4. Klik butang Next untuk teruskan.
  5. Minta dan masukkan 6-Digit TAC, kemudian tekan butang Next.
  6. Terima pengesahan melalui SMS.

MBSB Online Login

Setelah Anda mengikuti cara daftar MBSB di atas Anda boleh login akaun MBSB online. Ikuti langkah-langkahnya dibawah ini:

  1. Langkah pertama taip https://www.mbsbjourney.com/rib
  2. Masukkan Username.
  3. Tekan Login.
  4. Akan terpapar gambar keselamatan, lepastu klik Yes.
  5. Kemudian masukkan Password.
  6. Dan tekan Login.

M Journey Kena Block

Kalau akses M JOURNEY Anda kena block sebab tiga kali gagal login, jangan risau. Caranya senang je:

  1. Terus hubungi Pusat Sokongan MBSB Bank di +603 2096 3000.
  2. Bila Anda hubungi diorang, diorang akan minta Anda bagi maklumat untuk pengesahan.
  3. Lepas tu, diorang akan buka balik akses Anda selepas pengesahan tu.

Jadi, kalau terlupa password atau pun akses kena block, tak perlu panik. Hubungi MBSB Bank Support Centre, dan diorang akan tolong selesaikan masalah tu.

M Journey Tak Aktif

Kalau Anda tak login ke M JOURNEY dalam tempoh 90 hari, akses Anda akan jadi “tidur” atau dormant. Jangan risau, sebab cara nak aktifkan balik senang je:

  1. Hubungi Pusat Sokongan MBSB Bank kat +603 2096 3000.
  2. Bagitahu diorang yang Anda nak aktifkan semula akses M JOURNEY Anda.
  3. MBSB Bank akan tolong Anda buka akses tu balik.

M Journey Mobile Banking

M JOURNEY Mobile Application ni adalah aplikasi mudah alih untuk perbankan. Aplikasi ni direka khas supaya Anda boleh buat urusan perbankan dengan senang guna telefon pintar Anda. Senang kata, Anda boleh check baki akaun, transfer duit, bayar bil, dan buat benda-benda lain dalam genggaman jari Anda.

M Journey Mobile Banking

Yang paling best, aplikasi ni senang nak guna dan ada pelbagai ciri keselamatan yang canggih. Jadi, Anda boleh guna tanpa risau pasal keselamatan maklumat peribadi Anda. Dengan M JOURNEY Mobile Application, perbankan jadi lebih senang, pantas, dan selamat. Jadi, Anda boleh buat urusan perbankan di hujung jari je.

Muat turun app M JOURNEY App:

Kelebihan M Journey App

Ni adalah beberapa ciri-ciri yang ada dalam M JOURNEY Mobile Application:

  • Log Masuk Pantas: Anda boleh log masuk dengan cepat ke akaun MBSB Bank Anda (simpanan, semasa, deposit tetap, dan pembiayaan) menggunakan cap jari / Face ID / Touch ID. Ini memanfaatkan kemampuan biometrik peranti Anda.
  • Pengikatan Aplikasi dengan Peranti: Ciri ini memberikan keselamatan yang lebih ketat. Pengikatan peranti merujuk kepada mengaitkan peranti Anda (telefon pintar atau tablet) dengan akses M JOURNEY Mobile Application Anda. Ini adalah salah satu ciri keselamatan untuk memastikan akses M JOURNEY Mobile Application Anda adalah unik dan sah hanya pada peranti Anda sahaja.

Cara Menggunakan M Journey App

Untuk guna M JOURNEY Mobile Application, Anda boleh ikut langkah-langkah ni:

  • Anda boleh muat turun aplikasi ni dari Google Play Store (untuk Android) atau Apple App Store (untuk iOS). Cari je M JOURNEY Mobile Application dan klik ‘Muat Turun’.
  • Lepas Anda muat turun aplikasi tu, Anda kena buat persediaan sekali sahaja. Persediaan ni mengaitkan peranti mudah alih Anda dengan akses tertentu (iaitu, nama pengguna Anda). Jadi, setiap peranti yang berbeza kena diikatkan dengan akses yang berbeza.
  • Ingat, aplikasi ni adalah untuk kegunaan peribadi Anda sahaja. Kalau Anda ada akses M JOURNEY peribadi dan untuk perniagaan (sole prop), Anda boleh log masuk ke aplikasi dengan kedua-dua nama pengguna tu. Jangan berkongsi aplikasi ni dengan orang lain, sebab ia hanya untuk kegunaan peribadi Anda sendiri.

Cara Login M Journey App

Nak set up M JOURNEY Mobile Application, ikut langkah-langkah ni:

  1. Buka Aplikasi M JOURNEY Mobile Application.
  2. Masukkan Username Anda (ID log masuk M JOURNEY Online Banking).
  3. Pilih Gambar Keselamatan yang betul dan sahkan Frasa Keselamatan Anda sebelum klik Login.
  4. Taipkan kata laluan Anda (kata laluan M JOURNEY Online Banking).
  5. Kalau semuanya betul, Anda akan berjaya log masuk ke M JOURNEY Mobile Application.
  6. Untuk pelanggan yang guna peranti dengan pengesanan biometrik, Anda boleh aktifkan Log Masuk Biometrik untuk log masuk segera untuk lihat baki akaun. Tapi, kalau nak buat transaksi kewangan, Anda tetap perlu masukkan kata laluan.

Service Dalam Aplikasi M JOURNEY

Berikut adalah beberapa perkhidmatan yang diberikan jika Anda log masuk menggunakan Biomerics atau Username dan Password.

A. Akses Menggunakan Biomerics

  • Account Summary
  • Account Details
  • Transaction History
  • Change Password
  • Biometric Login
  • Device Maintenance
  • MJourney Key (Secure Token)
  • Mailbox
  • Promotions

B. Akses Menggunakan Username dan Password

  • Account Summary
  • Account Details
  • Transaction History
  • Change Password
  • Biometric Login
  • Device Maintenance
  • MJourney Key (Secure Token)
  • Mailbox
  • Challenge Question Management
  • E-Statement
  • Promotions
  • DuitNow ID Registration & Maintenance
  • Payments (Own Financing, Other Financing)
  • JomPay, Prepaid Reload
  • Transfers (DuitNow Services, Intrabank, IBG)
  • Term Deposit (Placement/Withdrawal)
  • My Profile
  • Challenge Question Management
  • e-Statement

Cara Aktifkan Biometrik M JOURNEY

Anda boleh aktifkan atau nyahaktifkan pengesanan biometrik seperti Face ID, Touch ID, atau cap jari (Fingerprint) dengan mudah. Ikut langkah-langkah ni:

  1. Buka aplikasi M JOURNEY Mobile Application.
  2. Pergi ke menu ‘Profil Saya’ (My Profile).
  3. Pilih ‘Butiran Log Masuk’ (Login Details).
  4. Dalam bahagian situ, Anda boleh pilih sama ada nak aktifkan atau nyahaktifkan Face ID, Touch ID, atau Fingerprint.
  5. Ikut arahan yang keluar untuk proses pengesanan biometrik.

Dengan cara ni, Anda boleh log masuk ke aplikasi M JOURNEY dengan lebih cepat dan mudah menggunakan ciri biometrik yang Anda pilih. Jadi, tak perlu ingat kata laluan setiap kali nak akses akaun Anda

Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai cara daftar MBSB Anda boleh hubungi Costumer Care MBSB di: +603-20963000 (6.00am to 12.00am daily) atau melalui email enquiry@mbsbbank.com atau complaint@mbsbbank.com.