Cara Daftar Ambank Online Banking Login AmOnline

Posted on

Ambank internet banking disediakan untuk memudahkan pelanggan Ambank melakukan transaksi. Dengan perbankan internet Ambank, kini Anda boleh melakukan pelbagai jenis transaksi perbankan dengan mudah melalui telefon pintar atau laptop yang disambungkan ke internet.

Kemudian, persoalannya ialah bagaimana untuk mendaftar supaya Anda boleh menggunakan kemudahan ini? Seperti yang kita sedia maklum, perbankan internet sangat berguna terutamanya untuk transaksi perbankan. Berbanding dengan membuat transaksi di ATM atau bank, menggunakan perbankan internet tentu sahaja lebih berkesan dan selamat.

Di bawah ini kami kongsikan langkah cara daftar Ambank online banking atau AmOnline.

Cara Daftar Ambank Online
Cara Daftar Ambank Online

Apa Itu Ambank Online Banking

Ambank online banking atau AmOnline merupakan perkhidmatan perbankan internet yang disediakan oleh Ambank, perkhidmatan ini akan memudahkan pelanggan dalam membuat pelbagai transaksi kewangan.

Pelanggan boleh membuat pelbagai jenis transaksi seperti pemindahan, bayar bil elektrik, bayar bil air, topup, dan banyak lagi.

Syarat Daftar Ambank Online Banking (AmOnline)

Sebelum membuat pendaftaran AmOnline, sila sediakan:

  • Debit Card / Credit Card Ambank
  • Akaun Semasa atau Simpanan/-i AmBank yang dipautkan kepada Kad Debit AmBank.
  • Pinjaman AmBank sama ada Sewa Beli / Pajak gadai / Pinjaman Peribadi / Pembiayaan

Pada contoh kali ini, kami menggunakan debit card/kad debit untuk mendaftar AmOnline.

Cara Daftar Ambank Online Banking

Untuk mendaftar Ambank online banking atau AmOnline mudah sangat, pertama sekali sila gunakan peranti smartphone atau laptop dan pastikan internet Anda stabil agar proses pendaftaran dapat berjaya.

Ikuti langkah-langkah cara daftar Ambank online di bawah ini:

  1. Klik pautan rasmi Ambank https://www.ambank.com.my/
  2. Klik Register. Register Ambank
  3. Masukkan Username yang Anda inginkan.
  4. Sila Buat Password yang Anda inginkan.
  5. Masukkan semula Password yang Anda tadi sudah buat pada Confirm Password.
  6. Pilih Gambar Keselamatan yang Anda inginkan.
  7. Klik Continue.
  8. Masukkan Nombor Kad Pengenalan. ID Type dan Contact Detail Register
  9. Masukkan Alamat Email Anda.
  10. Masukkan Nombor Handphone Anda.
  11. Pilih Jenis Akaun/Jenis Kad yang Anda ingin gunakan untuk daftar.
  12. Masukkan Nombor Kad Ambank Anda. Card Type Register
  13. Masukkan PIN Nombor Kad Debit.
  14. Klik Continue.
  15. Semak semua maklumat yang Anda tadi sudah isikan.
  16. Klik Agree & Submit.
  17. Tahniah, Anda berjaya membuat pendaftaran Ambank Online.

Cara Daftar Ambank Internet Banking Guna HP

Sekiranya Anda tidak mempunyai laptop atau komputer, Anda juga boleh mendaftar Ambank internet banking melalui handhone (smartphone).

  1. Pertama sekali, sila muat turun aplikasi AmOnline di Google Playstore atau App Store.
  2. Lepas tu, buka aplikasi AmOnline di handphone Anda.
  3. Pilih Let’s Get Started.
  4. Pilih Register to AMOnline.
  5. Isikan maklumat peribadi Anda, pastikan maklumat yang Anda dah masukkan tepat.
  6. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan (IC) dan no telefon.
  7. Masukkan juga nombor kad ATM dan nombor PIN atau masukkan Nombor Pinjaman/Pembiayaan dan SMS TAC.
  8. Masukkan Username dan Password.
  9. Tahniah Anda berjaya mendaftar AmOnline.

Ambank Online Login

Sekiranya Anda telah mempunyai akaun AmOnline atau Internet Banking Ambank, sekarang Anda boleh log masuk perkhidmatan AmOnline dan boleh menggunakan pelbagai ciri yang tersedia di dalam AmOnline.

Kami nasihatkan Anda untuk membaca cara login Ambank online banking first time user terlebih dahulu, selepas itu Anda boleh ikuti step yang kami kongsikan di bawah ini.

Cara Login Ambank Online Web

  1. Taip https://ambank.amonline.com.my/web di browser Firefox, Mozilla, Safari ataupun Microsoft Edge
  2. Masukkan Username
  3. Klik Log In Now
  4. Lepas tu sahkan Security Image. Jika Security Image betul klik Yes
  5. Masukkan Password Anda
  6. Klik Log In
  7. Tahniah Anda berjaya log masuk

Cara Login Ambank Online di Aplikasi AmOnline

  1. Buka atau lancarkan aplikasi AmOnline di HP Anda.
  2. Masukkan Username dan Password.
  3. Klik Login
  4. Selesai

Soalan Lazim Ambank

Di bawah ini merupakan beberapa soalan lazim yang mengenai Ambank:

1. Di manakah saya dapat mengakses AmOnline?

Anda dapat mengakses AmOnline dari mana-mana sahaja dengan syarat mempunyai sambungan Internet (Wi-Fi atau data mudah alih).

2. Bolehkah saya mengakses aplikasi AmOnline saya di handphone lain?

Tidak. Anda hanya boleh menggunakan satu peranti sahaja dan ia mestilah handphone peribadi Anda.

3. Kenapa saya mesti menggunakan satu aplikasi AmOnline di handphone peribadi?

Selain lebih selamat, ia membolehkan Anda melakukan pelbagai perkhidmatan dengan mudah.

Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah yang berkaitan dengan Ambank Anda boleh hubungi Customer Service Ambank di +603-2178-8888