Cara Daftar Akaun MAE Maybank2u Aktifkan Online

Posted on

Sekarang ini terdapat banyak cara mudah untuk mendaftar dan membuka akaun bank secara online. Anda hanya perlu menggunakan telefon bimbit dan internet yang stabil untuk membuka akaun bank tanpa perlu ke kaunter.

Pernahkah Anda mendengar tentang MAE by Maybank2u? Ingin tahu bagaimana cara buka akaun MAE? Kami akan menerangkan secara terperinci cara mendaftar dan membuka akaun MAE melalui telefon bimbit.

Cara Daftar Akaun MAE By Maybank2u
Cara Daftar Akaun MAE By Maybank2u

Apa Itu MAE Maybank

MAE by Maybank2u ialah aplikasi yang dilengkapi dengan ciri perbankan dalam talian sedia ada, serta ciri dan perkhidmatan tambahan seperti Tabung (penjimatan matlamat), Perbelanjaan (penjejak perbelanjaan automatik), Makanan (F&B discovery) dan banyak lagi. Aplikasi ini akan melengkapkan dan menambah nilai kepada gaya hidup dan detik wang harian Anda.

Semua individu yang mempunyai ID Maybank2u boleh menggunakan aplikasi dengan nama pengguna dan kata laluan Maybank2u sedia ada mereka. Anda juga boleh menggunakan aplikasi baharu jika Anda bukan pelanggan Maybank dengan mendaftar untuk akaun MAE melalui aplikasi MAE.

Aplikasi MAE by Maybank2u adalah percuma tetapi terdapat caj yang dikenakan untuk transaksi terpilih.

Syarat Daftar Akaun MAE

Akaun MAE layak untuk pelanggan yang memenuhi kriteria di bawah:

  • Umur 12 tahun ke atas
  • Terbuka untuk warga Malaysia dan warga asing
  • Pelanggan Maybank baharu dan sedia ada

Tidak seperti akaun lain, MAE ialah akaun perbelanjaan yang menawarkan kemudahan membuat akaun dalam aplikasi MAE by Maybank2u, tanpa perlu mengunjungi cawangan.

  • Akaun mempunyai had baki RM4,999.99
  • Had debit bulanan sebanyak RM5,000.00
  • Had debit tahunan sebanyak RM60,000.00

Cara Daftar Akaun MAE Tanpa Akaun Maybank

Di bawah ini merupakan cara daftar akaun MAE tanpa akaun Maybank.

  1. Buka aplikasi MAE Maybank2u, sekiranya Anda belum mempunyai aplikasi MAE, sila buat carian ‘MAE’ di Google Playstore atau App Store lalu muat turun.
  2. Klik pada Hello di bahagian kiri atas. Register MAE Maybank
  3. Kemudian, klik No account? Apply for a MAE account now.
  4. Klik Next.
  5. Masukkan Nama Penuh Anda mengikut Kad Pengenalan.
  6. Masukkan Nombor Handphone Anda.
  7. Klik Continue.
  8. Sila pilih Jenis ID Pengenalan Anda. Login Maybank2u
  9. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda.
  10. Klik Continue.
  11. Klik lagi Continue untuk login ke Maybank2u.
  12. Masukkan Username akaun Anda.
  13. Sahkan Security Phrase Anda.
  14. Masukkan Password akaun Maybank Anda. Buat PIN MAE Maybank
  15. Klik Continue.
  16. Sila buat 6 digit PIN keselamatan yang Anda inginkan.
  17. Masukkan semula PIN keselamatan tersebut.
  18. Anda juga boleh mengaktifkan biometric ID. Biometric ID MAE
  19. Klik Yes, Proceed.
  20. Masukkan nombor OTP yang dihantar ke nombor handphone Anda.
  21. Masukkan Nama yang akan digunakan interaksi dalam aplikasi ini.
  22. Klik Continue.
  23. Selesai.

Cara Daftar MAE Maybank by Maybank2u

Bagi Anda yang mempunyai akaun Maybank2u, Anda boleh ikuti step yang kami kongsikan berikut ini.

  1. Pertama sekali sila muat turun MAE Maybank di Apple Store atau Google Playstore
  2. Lancarkan aplikasi MAE, pilih Existing M2U
  3. Sila sambungkan ID Maybank2u Anda seperti biasa
  4. Klik Apply dan masukkan butiran maklumat Anda seperti nama penuh, no telefon, dan sebagainya
  5. Lepas tu, klik Apply For MAE untuk memulakan pendaftaran, klik Next
  6. Masukkan Password Maybank2u dan alamat emel Anda
  7. Tahniah akaun MAE Anda berjaya di aktifkan

Pastikan cara login Maybank2u Anda betul agar proses pendaftaran boleh berjaya.

Cara Dapatkan Kad Fizikal MAE Maybank

Mungkin Anda ingin tahu bagaimana cara dapatkan kad fizikal MAE Maybank agar dapat membuat pengeluaran duit di mesin ATM atau bayar di merchant.

Sila ikuti step cara buat kad fizikal MAE Maybank di bawah ini.

  1. Pertama sekali, sila login Maybank2u Anda
  2. Pilih Cards
  3. Pilih MAE Debit Card
  4. Pilih Apply For Physical MAE Card
  5. Setelah itu kad MAE akan di hantar ke alamat rumah Anda

Cara Transfer Duit Maybank ke Akaun Lain

Ramai yang bertanyakan bagaimana cara tranfer duit dari MAE Maybank ke akaun bank lain. Caranya sangat mudah, sila ikuti step yang kami kongsikan di bawah ini.

  1. Buka aplikasi MAE Maybank
  2. Pilih Transfer.
  3. Masukkan password Anda
  4. Pilih sama ada anda mahu membuat transfer DuitNow atau Instant Transfer
  5. Selepas itu pilih bank yang Anda ingin transfer duit e-wallet.
  6. Masukkan account number dan jumlah yang mahu anda transfer.
  7. Masukkan recipient reference (rujukan), lalu pilih Funds Transfer
  8. Pastikan maklumat yang Anda masukkan dah betul lalu klik Transfer Now
  9. Klik Approve untuk pengesahan.
  10. Selesai

Sekiranya Anda masih keliru dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai MAE, Anda boleh rujuk laman web Maybank2u.