Macam mana cara daftar Agrobank online banking atau AGRONet? Banyak ciri yang disediakan oleh Agrobank melalui internet banking membuatkan pelanggan ingin mendaftar dan mengaktifkan perbankan internet mereka.
Selain lebih mudah dan praktikal, Anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti menyemak baki, memindahkan dana, menambah nilai kredit termasuk membayar pelbagai bil elektrik, telefon, air dan juga insurans dan bil kad kredit.
Hanya dengan menggunakan komputer atau handphone pelanggan dimudahkan untuk menjalankan aktiviti diatas tanpa perlu keluar rumah. Berikut ini merupakan langkah cara daftar Agrobank online banking yang betul.

Cara Daftar Agrobank Online Banking
Sila ikuti langkah-langkah cara daftar Agrobank Online Banking:
- Lawati pautan rasmi Agronet di https://www.agronet.com.my/
- Klik Register an Account.
- Sila baca terlebih dahulu Terms and Conditions.
- Klik Accept.
- Masukkan Nombor Akaun Agrobank Anda.
- Masukkan Nombor Kad ATM Anda.
- Masukkan Nombor PIN ATM Anda.
- Masukkan Kod Capctha yang disediakan.
- Klik Next.
- Sila buat Username yang Anda inginkan.
- Buat Password yang Anda inginkan.
- Masukkan semula Password yang Anda tadi sudah buat.
- Klik Register.
- Tahniah, Anda berjaya register.
Cara Aktifkan Akaun Agrobank Online AGRONet
Di bawah ini merupakan cara pengaktifan Akaun Agrobank yang dapat dilakukan secara online:
- Selepas Anda selesai mendaftar, klik Activate.
- Pastikan bahawa Username dan Nombor Handphone Anda betul.
- Klik Yes.
- Masukkan kod TAC yang dihantar ke nombor handphone Anda.
- Klik Next.
- Proses pengaktifan akaun Anda berjaya.
Selepas Anda mendaftar Agrobank, Anda mesti ikuti cara login Agrobank online.
Soalan Lazim Agrobank
Di bawah ini merupakan beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan Agrobank:
1. Adakah semua pemegang akaun Agrobank boleh buat Agrobank Online Banking?
Boleh, dengan syarat Anda mesti mempunyai Kad Debit ATM.
2. Adakah Agrobank memiliki aplikasi Mobile Banking?
Anda dapat memuat turun Agrobank Mobile Banking di Google Playstore atau Appstore secara percuma.
3. Perkhidmatan apa sahaja yang dapat dilakukan di Agrobank?
- Menetapkan had transaksi
- Menyemak baki akaun
- Membayar bil dan lainnya
Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga dapat bermanfaat untuk Anda.