Sekarang ni dah jadi trend kan nak berniaga? Macam-macam jenis perniagaan ada dari bisnes online sampai la kepada perniagaan fizikal.
Tapi Anda tahu tak, untuk menjalankan perniagaan yang baik, Anda kena ada akaun semasa! Kenapa perlu ada akaun semasa? Sebab dengan akaun semasa, Anda boleh menguruskan perniagaan Anda dengan lebih mudah dan efisien.
Dalam artikel ni, kami nak kongsikan dengan Anda cara buka akaun semasa Maybank secara online dan langkah-langkah cara aktifkan akaun semasa Maybank.
Manfaat Memiliki Akaun Semasa Untuk Perniagaan
Sebelum Anda buka akaun semasa, Anda kena faham manfaat-manfaat yang ada, antara manfaat yang boleh Anda nikmati ialah:
1. Kemudahan dalam Pengurusan Wang Perniagaan
Dengan akaun semasa, Anda boleh memisahkan duit peribadi dan perniagaan dengan lebih jelas.
Anda boleh memantau perbelanjaan perniagaan dengan lebih mudah dan menguruskan wang perniagaan dengan lebih teratur.
2. Kemudahan Bayaran dan Penerimaan
Akaun semasa membolehkan Anda membuat bayaran dan penerimaan wang secara mudah dan cepat.
Ini memudahkan Anda dalam menjalankan perniagaan dan mengelakkan masalah kelewatan bayaran atau penerimaan.
3. Kemudahan Pengesahan Transaksi
Akaun semasa Maybank membolehkan Anda untuk mengesahkan transaksi perniagaan dengan lebih lengkap.
4. Kemudahan Perbankan Dalam Talian
Akaun semasa Maybank membolehkan Anda membuat transaksi perbankan dalam talian.
Dokumen Untuk Buka Akaun Semasa
Sebelum Anda buka akaun semasa, Anda kena ada dokumen-dokumen yang diperlukan. Dokumen-dokumen yang diperlukan ialah:
- Kad Pengenalan / MyKad, Anda kena sediakan kad pengenalan pemilik peribadi yang sah.
- Surat Perniagaan (SSM Certificate Registration), jika Anda mempunyai perniagaan yang berdaftar, Anda perlu menyediakan salinan surat perniagaan yang sah.
- SSM Form A.
- SSM Business Info.
- Cop Company (Ada nama perniagaan dan SSM Registration number).
Cara Buka Akaun Semasa Maybank Tanpa Introducer
Bagi Anda yang baru mula berniaga, mungkin Anda tidak mempunyai rakan atau kenalan yang boleh menjadi introducer untuk membuka akaun semasa.
Jangan risau, Anda boleh buka akaun semasa Maybank SME FIRST-i tanpa introducer dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Buat pendaftaran akaun semasa Maybank dari laman web Maybank, klik link ini: https://bit.ly/38s7mn5
- Masukkan semua butiran ke dalam ruangan tu, emel Anda termasuk SSM Registration Number.
- Langkah seterusnya, Anda buka emel dari Maybank. Dalam emel tu ada ACC No dan Ref, ingat dan catat 2 maklumat tersebut.
- Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti yang telah disebutkan di atas. Pastikan dokumen-dokumen yang disediakan adalah sah dan lengkap.
- Seterusnya, hadir ke cawangan Maybank yang berdekatan dalam masa 10 hari untuk aktifkan akaun Anda, sila bawa dokumen-dokumen yang telah disediakan dan duit RM1,000.
- Tunjukkan 2 kod yang Anda simpan tu (ACC no dan Ref) yang Anda dapat melalui email.
- Pegawai bank akan memproses permohonan Anda dan menyemak dokumen-dokumen yang telah disediakan. Jika semua dokumen lengkap dan sah, akaun semasa Anda akan diluluskan.
- Selepas akaun semasa Anda diluluskan, pegawai bank akan memberikan maklumat tentang akaun semasa Anda.
Nota: Ada 2 jenis yang patuh syariah:
- SME First Account-i (dilindungi PDIM).
- SME First Investment Account-i (tidak dilindungi PDIM, dividen lebih tinggi).
- Kedua-dua ni ada caj setiap 6 bulan.
Download Maybank QRPayBiz
Lepas tu, Anda akan diberikan hak akses untuk online banking perniagaan Anda, online banking ni bawah nama perniagaan yang Anda daftarkan. Online banking ni berbeza dengan Maybank personal Anda.
Biasanya pegawai bank akan nasihatkan Anda untuk muat turun aplikasi Maybank QRPayBiz untuk lengkapkan proses pembukaan akaun Maybank semasa.
- Pertama-tama, Anda perlu muat turun aplikasi Maybank QRPayBiz dari Google Play Store (untuk pengguna Android) atau App Store (untuk pengguna iOS).
- Selepas Anda memuat turun aplikasi, buka aplikasi dan daftarkan akaun Anda. Anda boleh daftar akaun baru atau menggunakan akaun perbankan semasa Anda yang ada. Sila minta bantuan staff bank.
- Pegawai bank juga akan tunjukkan cara menggunakan aplikasi MAYBANK QR PAY BIZ untuk memudahkan transaksi bukan online.
Maybank QRPayBiz adalah satu lagi platform pembayaran dalam talian yang menyediakan cara mudah untuk membuat dan menerima pembayaran digital bagi perniagaan Anda.
Dengan QRPayBiz, perniagaan Anda boleh menerima pembayaran daripada pelanggan dengan cepat dan mudah, serta mengurangkan kos transaksi tunai.
Kelebihan Memiliki Akaun Semasa Untuk Perniagaan
Ada banyak kelebihan yang Anda boleh peroleh dengan mempunyai akaun semasa untuk perniagaan Anda. Antara kelebihan tersebut ialah:
Meningkatkan Kebolehpercayaan Perniagaan Anda
Memiliki akaun semasa bagi perniagaan Anda menunjukkan bahawa perniagaan Anda adalah serius dan sah secara undang-undang.
Ini akan meningkatkan kebolehpercayaan dalam kalangan pelanggan dan pembekal Anda.
Kemudahan Menguruskan Perniagaan
Akaun semasa membolehkan Anda menguruskan wang perniagaan Anda dengan lebih mudah.
Anda boleh mengeluarkan cek, membuat bayaran secara online dan mengakses perbankan dalam talian untuk melihat baki akaun semasa Anda.
Membantu Mengekalkan Rekod Kewangan
Dengan menggunakan akaun semasa, Anda boleh memudahkan proses pengiraan cukai dan melaporkan pendapatan perniagaan Anda.
Selain itu, Anda boleh menggunakan penyata akaun semasa sebagai bukti pembayaran dan penerimaan wang.
Peluang Mendapat Pinjaman
Memiliki akaun semasa yang aktif dan sihat boleh membantu Anda mendapat pinjaman perniagaan daripada bank atau institusi kewangan yang lain.
Ini kerana akaun semasa menunjukkan bahawa perniagaan Anda mempunyai kestabilan kewangan dan kredit yang baik.