Bakal pelanggan mesti tahu cara membuka akaun BSN. Membuka akaun bank boleh dilakukan terus ke bank BSN berhampiran.
Membuka akaun BSN di cawangan bank menjadi pilihan pelanggan jika ingin bertanya banyak perkara mengenai maklumat jenis akaun BSN.
Jika Anda berminat untuk membuat akaun di bank BSN, di sini kami kongsikan maklumat lengkap cara membuka akaun dan yuran pembukaan akaun.
Cara Buka Akaun BSN Walk-in
Bagi Anda yang ingin membuka akaun BSN, Anda perlu hadir ke cawangan BSN dengan membawa syarat-syarat yang diperlukan. Cara membuka akaun BSN di cawangan BSN.
- Pergi ke cawangan BSN berdekatan dengan Anda, jangan lupa untuk membawa kad pengenalan (original) dan duit RM50 dan bil elektrik.
- Selepas itu smbil nombor giliran kaunter (customer service jangan ambil nombor giliran teller)
- Jika nombor giliran Anda dipanggil, beritahu pegawai kaunter bahawa Anda mahu membuka akaun BSN
- Pegawai bank akan minta dokumen dan syarat yang diperlukan, berikan IC dan bil elektrik Anda.
- Sila isikan borang yang diberikan oleh pegawai bank, bagi balik borang tersebut setelah Anda lengkapkan.
- Anda akan di minta bank in ke teller (RM50)
- Buku bank/buku simpanan dan kad debit akan diberikan selepas Anda selesaikan bank in
- Pegawai bank akan minta Anda untuk buat PIN kad ATM
- Selesai
Nota: pastikan Anda membawa syarat-syarat dan dokumen berikut ini sebelum pergi ke cawangan BSN. Dan kami nasihatkan Anda untuk pergi ke bank lebih pagi, sebab kalau dah siang Anda mesti beratur panjang.
Syarat Buka Akaun BSN Warga Negara Asing
Setiap warga negara asing seperti Indonesia, Singapore, Brunei, India dan negara lainnya yang mahu buka akaun bank BSN, perlu membawa syarat dan dokumen berikut:
- Pemohon Bekerja di Malaysia.
- Pemohon mempunyai surat pengesahan majikan.
- Pemohon mestilah Alamat tetap.
- Pemohon perlu bawa Bil ultiliti (bil elektrik) untuk dokumen sokongan.
- Pemohon mempunyai Visa dan Pasport belum tamat tempoh.
Syarat Buka Akaun BSN Warganegara
Sekiranya Anda merupakan warganegara Malaysia, Anda hanya perlu membawa syarat-syarat dan dokumen di bawah:
- IC/Kad Pengenalan
- Wang RM50
- Bil Elektrik (untuk dokumen sokongan)
- Slip gaji (optional)
Waktu Operasi BSN
Sila rujuk waktu operasi Bank Simpanan Nasional berikut ini, pastikan Anda pergi pada hari bekerja dan lebih pagi.
Kelantan dan Terengganu
- Ahad- Rabu: 10:00AM – 3:00PM
- Khamis: 10:00AM – 3:00PM
- Jumaat/Sabtu/Cuti Umum: TUTUP
Semua Negeri kecuali Kelantan, Terengganu & Johor
- Isnin – Khamis: 10:00AM – 3:00PM
- Jumaat: 10:00AM – 3:00PM
- Sabtu/Ahad/Cuti Umum: TUTUP
Cara Buat BSN Online
Bank Simpanan Nasional (BSN) menyediakan perkhidmatan online banking yang boleh membantu Anda membuat pelbagai transaksi kewangan melalui online. Perkhidmatan BSN online jugak dikenali sebagai MyBSN.
Kebiasaanya pelanggan baru BSN dinasihatkan oleh pihak bank untuk mendaftar MyBSN, bagi Anda yang ingin mengetahui cara daftar BSN online banking boleh ikuti langkah berikut:
Kemaskini No Telefon BSN
Sebelum buat BSN online, pastikan bahawa nomor telefon BSN yang Anda gunakan telah aktif dan berdaftar di BSN. Sebab kod OTP/TAC akan dihantar ke nombor telefon tersebut.
Cara kemaskini nombor telefon BSN adalah sebagai berikut:
- Kunjungi cawangan BSN terdekat dengan membawa kad pengenalan dan kad ATM. Anda atau pemilik akaun perlu hadir ke bank BSN.
- Selepas itu, Anda minta nombor giliran kepada pegawai Bank BSN dan beritahu bahawa Anda perlu mengemaskin nombor telefon Anda.
- Pegawai bank akan berikan borang untuk mengemas kini nombor telefon Anda. Apabila Anda mahu mengemas kini alamat dan email juga, anda boleh lakukan sekaligus.
- Selepas Anda mengemas kini nombor telefon lama dengan yang baru, Anda boleh buat BSN online.
- Namun, apabila Anda tapi masih mengalami masalah, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di 1300 88 1900 atau minta pegawai bank untuk selesaikan masalah Anda.
Cara Daftar BSN Online
Kami nasihatkan Anda untut membuat pendaftaran BSN online menggunakan laptop/komputer agar proses pendaftaran BSN online berjaya. Selain itu sediakan kad ATM BSN dan no telefon yang telah berdaftar.
Berikut langkah-langkah cara daftar BSN online banking.
- Lawati pautan www.mybsn.com.my
- Klik Register
- Baca terma dan syarat dengan teliti. Klik Accept untuk bersetuju.
- Masukkan no kad debit /kredit, nombor PIN (untuk kad debit sahaja), tarikh lupus dan CVV2.
- Masukkan no kad pengenalan baru atau kad pengenalan lama atau nombor passport
- Masukkan nama pengguna (username) Anda, kata laluan (password) dan klik request OTP number .
- Masukkan nombor OTP dan pilih imej online keselamatan Anda.
- Sila cuba log masuk dengan username dan password baru Anda.
- Langkah seterusnya, masukkan butir-butir peribadi Anda.
- Selesai.
Sekiranya pendaftaran telah selesai, Anda dinasihatkan untuk segera menghubungi customer service BSN di 1300881900 untuk proses pengesahan dan mengaktifkan akaun perbankan internet BSN online Anda serta membolehkan urusan perbankan boleh dilakukan melalui myBSN.
Perkhidmatan BSN Online MyBSN
Berikut ini adalah senarai perkhidmatan yang ada di BSN online.
- Semakan baki akaun
- Pindahan wang
- Pembayaran bil
- Pembayaran kad kredit
- Permohonan PIN kad kredit
- Transaksi kad debit :
- Kemaskini had limit penggunaan kad debit
- Kemaskini status transaksi luar negara
- Kemaskini status pembelian online
- Pelaporan kehilangan atau kecurian kad
- e-SSP Savings
- Pembelian nombor PIN untuk permohonan kemasukan ke IPTA
- Tambah nilai prepaid
- Menguruskan pembayaran berkala ke akaun bank lain
- Membuat pembayaran pinjaman BSN (pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan)
- Muat turun e-Statement
- Permohonan online seperti e-Saver dan kad kredit
Cara Buka Akaun BSN Online
Bank-bank lain di Malaysia telah menawarkan ciri buka akaun bank secara online. Anda pastilah bertanya-tanya macam mana cara buka akaun BSN melalui online? Untuk makluman, sehingga kini pihak Bank Simpanan Nasional belum menyediakan ciri buka akaun BSN melalui online.
Pelanggan bank dinasihatkan untuk membuka akaun BSN di cawangan berdekatan dengan membawa kad pengenalan, bil elektrik dan duit RM50. Kami dan confirm kepada ban BSN, bahawa bagi urusan membuka akaun BSN, pelanggan hanya boleh membuka akaun di cawangan BSN sahaja.
Maklumat Lanjut
Apabila Anda mempunyai sebarang pertanyaan, Anda boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di talian 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara).
Itu sahaja perkongsian kali ini mengenai cara buka akaun BSN, semoga perkongsian diatas bermanfaat.
Soalan Lazim
1. Saya suri rumah, boleh tak buka akaun persendirian untuk kemasukan gaji suami?
Anda boleh memohon membuka akaun individu di cawangan BSN. Walau bagaimanapun, kelulusan adalah bergantung kepada semakan kelayakan Anda di cawangan.
Untuk permohonan, Anda perlu ke cawangan BSN dengan membawa bersama kad pengenalan dan deposit minimum pembukaan akaun RM 50.00. Dokumen tambahan adalah digalakkan untuk sokongan pembukaan akaun Anda.
2. Saya nak buka akaun BSN, tapi kenapa kena ada bil air dan bil eletrik pula?
Dokumen tambahan adalah diperlukan sebagai sokongan pembukaan akaun Anda tersebut.
3. Berapa bayaran untuk buka akaun anak dan pelajar sekolah menengah?
Deposit minimum pembukaan akaun simpanan individu di BSN adalah RM 50.00.
4. Buka akaun BSN kena buat temujanji ke?
Tiada temujanji diperlukan bagi urusan perbankan di kaunter BSN. Anda boleh hadir terus ke cawangan bagi melakukan urusan permohonan pembukaan akaun tersebut.
5. Saya hendak aktifkan akaun bank simpanan nasional saya yang sudah tidak aktif, bolehkah untuk saya aktifkan dan dokumen apa yang saya perlu sediakan?
Akaun yang tiada transaksi dilakukan oleh Pelanggan dalam tempoh dua belas (12) bulan berturut-turut akan dianggap sebagai “Akaun Dorman”.
Untuk mengaktifkan semula akaun yang tidak aktif tidak melebihi 7 tahun, sila hadir ke cawangan BSN yang berhampiran untuk mendepositkan minimum RM 10 di akaun anda bagi tujuan pengaktifan semula akaun.
Mana-mana wang berbaki kredit di dalam Akaun yang tidak beroperasi selama tujuh (7) tahun dari tarikh transaksi terakhir akan diklasifikasikan sebagai “Wang Tak Dituntut”.
Bank akan menutup Akaun tersebut dan memindahkan baki wang kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965 dan pindaan keatasnya. Sebarang tuntutan untuk wang tersebut hendaklah dilakukan oleh Pelanggan secara terus melalui Pendaftar Wang Tak Dituntut.
Terma dan syarat ini telah ditetapkan semasa anda membuat pembukaan akaun. Untuk bantuan semakan berkenaan status akaun tersebut, mohon hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di talian 1300881900.