Cara Buka Akaun Ambank Online / Walk-in AmOnline

Posted on

Sekarang nie pembukaan akaun Ambank semakin mudah, Anda boleh membuka akaun Ambank secara online atau walk-in.

Sebelum membuka akaun, Anda mestilah menyediakan syarat dan dokumen agar proses pembukaan akaun boleh berjaya.

Izinkan kami kongsikan step cara buka akaun Ambank online dan walk-in dalam artikel ini.

Cara Buka Akaun Ambank
Cara Buka Akaun Ambank

Jenis Akaun Ambank

Dibawah ini merupakan pelbagai produk akaun simpanan Ambank yang mesti Anda ketahui.

1. Basic Savings Account-i (with fee)

Kemudahan Pusat e-Perbankan dan kemudahan Perbankan Internet AmOnline.

Konsep Syariah

Murabahah Komoditi

Kelayakan

  • Pemegang akaun individu dan bersama, Kelab, Persatuan.
  • Individu yang berumur di bawah 12 tahun dan ke bawah atas dasar amanah.
  • Deposit Pembukaan Minimum RM20
  • Baki Minimum RM10

Fi dan Caj

Jenis CajCaj
Yuran tahunan-
Akaun YuranRM8.00
Akaun Tanpa Yurantiada
Transaksi di kaunter (sebulan):-
Akaun YuranPercuma (urus niaga tanpa had)
Akaun Tanpa Yuran

Urus niaga deposit
Urus niaga pengeluaran (sebulan)
Urus niaga ke-1 - ke-6
Transaksi ke-7 dan seterusnya
pengeluaran ATM
Percuma
RM5.00 setiap transaksi
Percuma untuk 8 transaksi pertama
Penggantian untuk buku simpanan yang hilang/dicuri/rosakRM15.00
Penutupan Akaun (dalam tempoh 3 bulan selepas dibuka)RM20.00
Permintaan Penyata daripada ATMPercuma
Notis Tawarruq (atas permintaan ad-hoc oleh pelanggan)RM10.30 per request
Yuran Tahunan Akaun DormanRM10.00

Ciri-Ciri Produk

  • Pengeluaran bulanan percuma tanpa had melalui ATM AmBank Islamic/Ambank dan di kaunter
  • Transaksi InterBank Giro (IBG)
  • Perkhidmatan autopay
  • Urus niaga antara cawangan
  • Kemudahan arahan berdiri
  • Pusat e-Perbankan untuk memudahkan deposit

Keuntungan

Keuntungan dikira setiap hari dan akan dikreditkan pada akhir bulan.

Amount (RM)Effective Profit Rate Per Annum
Up to RM25,0000.25%
Up to RM50,0000.25%
Up to RM500,0000.25%
Above RM500,0000.30%

2. Basic Savings Account-i (non-fee)

Kemudahan Pusat e-Perbankan dan kemudahan Perbankan Internet AmOnline.

Konsep Syariah

Murabahah Komoditi

Kelayakan

  • Pemegang akaun individu dan bersama
  • Individu yang berumur di bawah 12 tahun dan ke bawah atau dasar amanah
  • Deposit Pembukaan Minimum RM20
  • Baki Minimum RM10

Fi dan Caj

Jenis CajCaj
Yuran tahunan-
Akaun YuranRM8.00
Akaun Tanpa Yurantiada
Transaksi di kaunter (sebulan):-
Akaun YuranPercuma (urus niaga tanpa had)
Akaun Tanpa Yuran

Urus niaga deposit
Urus niaga pengeluaran (sebulan)
Urus niaga ke-1 - ke-6
Transaksi ke-7 dan seterusnya
pengeluaran ATM
Percuma
RM5.00 setiap transaksi
Percuma untuk 8 transaksi pertama
Penggantian untuk buku simpanan yang hilang/dicuri/rosakRM15.00
Penutupan Akaun (dalam tempoh 3 bulan selepas dibuka)RM20.00
Permintaan Penyata daripada ATMPercuma
Notis Tawarruq (atas permintaan ad-hoc oleh pelanggan)RM10.30 per request
Yuran Tahunan Akaun DormanRM10.00

Ciri-Ciri

  • Pengeluaran bulanan percuma terhad melalui ATM AmBank Islamic/AmBank dan di kaunter Transaksi Interbank GIRO (IBG)
  • Perkhidmatan autopay
  • Urus niaga antara cawangan
  • Kemudahan arahan berdiri
  • Pusat e-Perbankan untuk memudahkan deposit

Keuntungan

Keuntungan dikira setiap hari dan akan dikreditkan pada akhir bulan

Amount (RM)Effective Profit Rate Per Annum
Up to RM25,0000.25%
Up to RM50,0000.25%
Up to RM500,0000.25%
Above RM500,0000.30%

3. Savers G.A.N.G Account-i

G.A.N.G adalah singkatan dari Great Activies N Games. Bantu anak-anak Anda menemui kegembiraan menabung dengan akaun ini.

Konsep Syariah

Murabahah Komoditi

Kelayakan

  • Individu di bawah 18 tahun
  • Deposit Pembukaan Minimum RM1
  • Baki Minimum RM10

Fi dan Caj

Jenis CajCaj
Penggantian untuk buku simpanan yang dicuri/hilang/rosakRM15.00
Penutupan Akaun (dalam tempoh 3 bulan selepas dibuka)RM20.00
Permintaan Penyata daripada ATMPercuma
Notis Tawarruq (atas permintaan ad-hoc oleh pelanggan)RM10.30 setiap permintaan
Yuran Tahunan Akaun DormanRM10.00

Ciri-Ciri

  • Akses Kad ATM
  • Urus akaun dengan mudah melalui Perbankan Internet AmOnline
  • Pusat e-Perbankan seluruh negara untuk memudahkan deposit
  • Terhad kepada tiga (3) kali pengeluaran sebulan sahaja melalui AmBank Islamic/ATM AmBank dan over the counter

Keuntungan

Keuntungan dikira setiap hari dan akan dikreditkan pada akhir bulan.

Amaun (RM)Kadar Keuntungan berkesan Setahun
Sehingga RM100,0001.90%
RM100,000 ke atas0.50%

4. True Savers Account-i

Akaun ini direka untuk membantu Anda mencapai matlamat simpanan Anda dengan lebih cepat.

Konsep Syariah

Murabahah Komoditi

Ciri-Ciri

  • Simpan lebih banyak dan peroleh lebih banyak pada semua baki dengan pulangan keuntungan yang tinggi.
  • Pengeluaran/pemindahan dana tanpa had percuma
  • 8 pengeluaran MEPS percuma setiap bulan di mana-mana rangkaian ATM kongsi MEPS di seluruh negara.
  • Pengeluaran melalui ATM dan di kaunter Transaksi Interbank GIRO (IBG)
  • Transaksi Pemindahan Dana Antara Bank (IBFT)
  • Perkhidmatan autopay
  • Urus Niaga antara cawangan
  • Kemudahan arahan berdiri
  • Kemudahan Perbankan Internet

Keperluan

  • Umur Minimum: 18 tahun ke atas
  • Deposit Permulaan Minimum: RM20

Kelayakan

  • Individu, Tunggal atau Bersama
  • Deposit Pembukaan Minimum RM20
  • Baki Minimum RM10

Keuntungan

Keuntungan dikira setiap hari dan akan dikreditkan pada akhir bulan.

Amaun (RM)Kadar Keuntungan Berkesan Setahun Amaun
Sehingga RM5,0000.25%
Melebihi RM5,0000.75%

5. Family First Special Savings Account-i

Ambank faham setiap individu mempunyai keutamaan yang berbeza. Akaun Simpanan yang revolusioner, Akaun Simpanan Khas Keluarga Pertama-i direka khas untuk memenuhi keperluan simpanan Anda.

Konsep Syariah

Murabahah Komoditi

Kelayakan

  • Terbuka Kepada akaun pemegang Akaun-i Family First Everyday sahaja
  • Deposit Pembukaan Minimum RM50
  • Baki Minimum RM10

Ciri-Ciri

  • Pembukaan akaun
    -10 akaun maksimum
    -Permintaan pembukaan akaun juga tersedia melalui AmOnline dan akan dibuat selepas 3 hari bekerja
  • Penamaan Akaun
    -Penamaan Peribadi
    -Pengeditan nama juga tersedia melalui permintaan Secured Message di AmOnlne dan akan diedit selepas 3 hari bekerja
  • Pengeluaran bulanan percuma tanpa had melalui ATM Ambank Islamic/AmBank dan di kaunter
  • Perkhidmatan autopay
  • Urus niaga antara cawangan
  • Perkhidmatan autopay
  • Kemudahan arahan berdiri
  • Pusat e-perbankan untuk memudahkan deposit

Keuntungan

Keuntungan dikira setiap hari dan akan dikreditkan pada akhir bulan.

Amaun (RM)Kadar Keuntungan Berkesan Setahun
Kadar asas0.20%
Bonus Bulanan *1.50%
Bonus Tahunan **0.50%

6. eFlex Savings Account-i

eFlex ialah akaun simpanan yang boleh dibuka dengan mudah dalam talian melalui aplikasi mudah alih AmOnline yang memberikan Anda fleksibiliti untuk memperoleh keuntungan pada kadar yang setara dengan kadar papan Deposit-i Berjangka 3 bulan.

Konsep Syariah

Murabahah Komoditi

Kelayakan

  • Individu berumur 18 tahun ke atas
  • Deposit Pembukaan Minimum Dikecualikan
    (akaun akan ditutup secara automatik jika tiada deposit permulaan selepas 6 bulan dari pembukaan akaun)
  • Baki minimum RM10

Ciri-Ciri

  • Pembukaan akaun dalam talian tanpa kerumitan melalui aplikasi mudah alih AmOnline.
  • Nikmati keuntungan pada kadar yang setara dengan Deposit Berjangka-i 3 bulan
  • PERCUMA bayaran transaksi GIRO Antara Bank (IBG) dan Pindahan Segera

Keuntungan

Keuntungan dikira setiap hari dan akan dikreditkan pada akhir bulan.

Komponen KeuntunganKadar Keuntungan Berkesan Setahun
Keuntungan Akruan Harian0.50%
Keuntungan Bonus*1.15%

Statement

Tersedia melalui AmOnline

7. AmWafeeq Savings Account-i

Akaun Simpanan-i AmWafeeq direka untuk pelanggan yang berminat untuk menyertai kempen dan promosi ekslusif yang ditawarkan oleh AmBank Islamic. Melalui akaun ini, Anda akan dapat menikmati kadar keuntungan tunggal dan juga peluang untuk memenangi hadiah menarik melalui kempen cabutan istimewa yang dijalankan dari semasa ke semasa.

Konsep Syariah

Murabahah Komoditi

Kelayakan

  • Individu bujang atau bersama 18 tahun ke atas
  • Deposit Pembukaan Minimum RM100
  • Baki Minimum RM10

Ciri-Ciri

  • Akaun simpanan yang menawarkan hadian cabutan bertuah
  • Kemudahan perkhidmatan Perbankan Islam dan ATM di cawangan AmBank Islamic/AmBank di seluruh negara
  • Pengeluaran tunai tanpa had & transaksi di kaunter
  • 8 kali pengeluaran MEPS percuma dalam sebulan

Keuntungan

Keuntungan dikira setiap hari dan akan dikreditkan pada akhir bulan.

Jumlah (RM)Kadar Keuntungan Berkesan Setahun
Amaun (RM)
Semua Baki0.25%

Statement

  • Penyata Bercetak (dikeluarkan atas permintaan pemegang akaun)
  • Penyata Dalam Talian (AmOnline)

Cara Buka Akaun Ambank Walk-in

Sekiranya Anda berminat membuka akaun Ambank di cawangan, Anda perlu membawa syarat dan dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, wang untuk deposit dan bil elektrik. Sila rujuk semula maklumat yang kami kongsikan diatas untuk setiap jenis akaun bank.

Untuk mempercepatkan proses pembukaan akaun Ambank, kami nasihatkan Anda untuk membawa surat lantikan bekerja dari majikan atau penyata gaji.

Cara Membuka Akaun Ambank Guna AmOnline

Untuk kemudahan pelanggan, Ambank melancarkan perkhidmatan perbankan AmOnline yang boleh Anda muat turun di Google Playstore atau App Store.

Melalui aplikasi AmOnline, Anda juga boleh membuka akaun secara online. Berikut adalah langkah cara pembukaan akaun bank Ambank secara online.

  1. Sila buat carian AmOnline di Google Playstore atau App Store
  2. Kemudian klik instal/download aplikasi AmOnline
  3. Buka aplikasi AmOnline
  4. Lepas tu klik Let’s get started
  5. Klik Akaun Simpanan atau Akaun Semasa Cara Membuka Akaun Ambank
  6. Setelah itu sila jawab beberapa soalan yang dipaparkan dan klik Continue
  7. Pilih mana satu yang paling sesuai Anda
  8. Lengkapkan butiran maklumat peribadi Anda, klik Agree & Continue (pada ruangan bahagian referral code boleh kosong) Cara Membuka Akaun Ambank Online
  9. Semak SMS Anda, kemudian masukkan kod TAC, klik Confirm
  10. Setelah itu, Anda perlu imbas MyKad Anda dengan mengambil gambar kedua-dua bahagian
  11. Lepas tu, ambil swafoto dan isikan butiran pekerjaan Anda
  12. Semak semua maklumat Anda, pastikan maklumat yang Anda masukkan betul kemudian klik Agree & Continue
  13. Untuk proses pengesahan, Anda perlu topup atau transfer minimum RM20 menerusi FPX ke dalam akaun baharu Anda
  14. Pilih nama Username dan Password, klik Continue
  15. Selesai

Untuk makluman, kad debit atau kad ATM Ambank akan dihantar ke alamat surat menyurat dalam masa 5 hingga 7 hari bekerja setelah akaun berjaya dibuka melalui AmOnline.

Cara Daftar Akaun Ambank Online Banking

Berikut ini merupakan cara daftar akaun Ambank online.

  1. Lawati pautan rasmi Ambank berikut ini https://www.ambank.com.my/
  2. Klik Login.
  3. Klik Register
  4. Masukkan Username akaun Anda.
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Masukkan sekali lagi password yang sudah Anda buat.
  7. Masukkan butiran Anda, seperti kad pengenalan, emel dan nombor telefon mudah alih Anda.
  8. Pilih Security Image yang Anda inginkan.
  9. Klik Continue.
  10. Ikuti arahan seterusnya sehingga berjaya.
  11. Selesai.

Cara Daftar Akaun AmOnline Guna Telefon

Aplikasi AmOnline memudahkan Anda untuk membuat transaksi perbankan sama ada untuk lakukan pindahan wang, pembayaran dan sebagainya.

Melalui aplikasi ini juga Anda boleh mengaktifkan kad ATM debit AmBank dan menukar kata laluan sekiranya terlupa. Kami akan tunjukkan cara bagaimana Anda boleh daftar akaun AmOnline melalui aplikasi AmOnline di telefon masing-masing.

  1. Pertama sekali, Anda bika aplikasi AmOnline di telefon
  2. Kemudian Anda tekan pada bahagian Register Online Cara Daftar Akaun AmOnline
  3. Anda dikehendaki mengisi nama pengguna, gambar keselamatan, kad pengenalan, email, no telefon, card number dan PIN kad debit Anda pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekang butang Continue Cara Daftar Akaun AmOnline Guna Telefon
  4. Seterusnya, klik Agree & Confirm
  5. Selesai

 

Soalan Lazim Ambank

Beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan Ambank:

1. Adakah yang mesti saya lakukan sekiranya berlaku perubahan pada maklumat untuk menghubungi saya?

Penting bagi Anda untuk memaklumkan sebarang perubahan dalam butiran peribadi bagi memastikan semua surat menyurat sampai kepada Anda tepat pada masanya. Maklumkan kepada Ambank mengenai sebarang perubahan maklumat Anda.

2. Adakah sebarang had urusniaga yang ditetapkan?

Ya. Setiap urusniaga runcit dihadkan sehingga RM2,000 dan maksimum kepada 6 kali sehari, bergantung kepada baki yang ada pada Kad Anda iaitu RM10,000 atau yang mana lebih rendah.

3. Adakah yang perlu saya lakukan jika saya kehilangan Kad?

Laporan kehilangan Kad serta-merta kepada Ambank di +603-2178-8888. Mohon untuk kad penggantian dan baki akan dipindahkan ke Kad yang baru.