Cara Buka Akaun Agrobank Online dan Walk-In
Cara Buka Akaun Agrobank Online dan Walk-In

Cara Buka Akaun Agrobank Melalui Online dan Walk-in

Posted on

Cara buka akaun Agrobank online boleh dilakukan tanpa perlu ke cawangan Agrobank. Anda boleh mengambil langkah ini jika Anda memenuhi syarat untuk membuka akaun Agro bank secara online.

Namun, Anda masih perlu datang ke cawangan Agrobank untuk mengambil kad ATM dan buku bank selepas pendaftaran secara online berjaya di buat.

Bagi Anda yang ingin membuka akaun Agrobank, terdapat beberapa jenis akaun simpanan yang boleh Anda pilih. Disini kami kongsikan maklumat lengkap cara pembukaan akaun Agrobank secara online ataupun offline.

Cara Buka Akaun Agrobank Online dan Walk-In
Cara Buka Akaun Agrobank Online dan Walk-In

Kelayakan Pembukaan Akaun Secara Online

  • Individu Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Memiliki nombor telefon bimbit dan email yang sah beserta alamat kediaman tetap di Malaysia.
  • Bukan Warganegara, Bukan Penduduk Tetap/Penduduk tetap selain dari pemegang Mykad adalah tidak dibenarkan membuat permohonan secara online.

Syarat Buka Akaun

Dokumen atau syarat yang mesti Anda sediakan.

  • Mykad
  • Pengesahan Cap Ibu Jari
  • Wang/Duit

Jenis Akaun

Jenis akaun bank yang boleh Anda pilih.

  • Akaun Simpanan/Giro: (AgroTani-i PLUS dengan deposit minimum RM50.00 atau Agro Perdana-i Qard- Akaun Penyata dengan deposit minimum RM100.00)
  • Deposit Berjangka: Agro PrimaS (Akaun Penyata dengan deposit minimum RM500.00)
  • Keahlian Sahabat Agro perlu membuka dua (2) jenis akaun diatas
  • Pembayaran deposit permulaan semasa permohonan online ini diperlukan bagi pembukaan akaun di atas

Cara Buka Akaun Agrobank Online

Ikuti langkah cara buka akaun Agrobank secara online dibawah ini:

  1. Buka pautan rasmi Agrobank di https://www.agrobank.com.my/
  2. Klik Online Account Opening.
  3. Scroll ke bahagian bawah, klik Mohon Sekarang.
  4. Pilih Salutation Anda. Opening Account Online Agrobank
  5. Masukkan Nama Anda.
  6. Pilih Jenis Kad Pengenalan Anda.
  7. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda.
  8. Masukkan Date Of Birth Anda.
  9. Masukkan Kod Captcha yang tersedia.
  10. Klik Submit.
  11. Kemudian, isikan maklumat mengenai General Particulars, Personal Information, Consent dan Initial Deposit Payment secara detail.

Seterusnya:

  • Isikan Borang Permohonan dan buat bayaran bagi deposit permulaan. Sila cetak dan simpan resit.
  • Kemudian, pelanggan akan menerima SMS notifikasi untuk hadir ke cawangan Agrobank yang dipilih dalam tempoh (7) hari bekerja.
  • Bawa MyKad, resit bayaran dan bil utiliti (jika alamat tempat tinggal tidak sama seperti Mykad) bagi tujuan pengesahan dan pengaktifan akaun.

Cara Buka Akaun Agrobank di Kaunter

Selain melalui online, Anda juga dapat membuka akaun Agrobank di kaunter. Berikut adalah langkah pembukaan akaun Agrobank di kaunter:

  1. Kunjungi cawangan Agrobank yang berhampiran, pastikan Anda membawa kad pengenalan (IC/Mykad) dan duit untuk deposit.
  2. Setelah sampai di bank, sila beritahu guard bank bahawa Anda mahu buka akaun Agrobank.
  3. Guard akan berikan Anda nombor giliran.
  4. Sekiranya nombor giliran Anda telah dipanggil, pegawai bank akan minta kad pengenalan dan syarat yang diperlukan.
  5. Pegawai bank akan berikan borang yang mesti Anda isikan. Bagi balik borang tersebut kepada pegawai bank.
  6. Pegawai bank akan minta untuk deposit untuk pembukaan akaun baru.
  7. Buku dan kad ATM akan diberikan setelah proses pembukaan akaun selesai.

Setelah Anda berjaya membuka akaun Agrobank, kami nasihatkan Anda untuk segera register Agrobank online banking (AGRONet), sila baca panduan cara daftar Agrobank online banking.

Waktu Operasi Agrobank

NegeriHari OperasiMasa Operasi Perbankan
Semenanjung Malaysia (Kecuali Negeri Terengganu, dan Kelantan)Isnin Hingga Khamis9:00 pagi hingga 3:00 petang
Jumaat9:00 pagi hingga 3:30 petang (Waktu Rehat Hari Jumaat: 1:00 tengah hari hingga 2:30 petang
Semenanjung Malaysia (Kecuali Negeri Terengganu, dan Kelantan)Isnin hingga Jumaat8:30 pagi hingga 3:30 petang (Waktu Rehat Hari Jumaat: 12:30 tengah hari hingga 2:30 petang)
Negeri Terengganu dan KelantanAhad hingga Khamis9:00 pagi hingga 3:00 petang
Negeri Terengganu dan KelantanAhad hingga Khamis8:30 pagi hingga 3:30 petang
Wilayah SarawakIsnin Hingga Khamis9:00 pagi hingga 3:00 petang
Jumaat9:00 pagi hingga 3:30 petang (Waktu Rehat Hari Jumaat 12.15 tengah hari hingga 1:45 petang)
Wilayah SarawakIsnin Hingga Jumaat8:30 pagi hingga 3:30 petang (Waktu Rehat hari Jumaat: 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang)
Wilayah Sabah dan Daerah Persekutuan LabuanIsnin Hingga Khamis9:00 pagi hingga 3:00 petang
Jumaat9:00 pagi hingga 3:30 petang
(Waktu Rehat Hari Jumaat: 12:00 tengah hari hingga 1:30 petang)
Wilayah Sabah dan Daerah Persekutuan LabuanIsnin Hingga Jumaat8:30 pagi hingga 3:30 petang (Waktu Rehat Hari Jumaat 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang)

Soalan Lazim Agrobank

Di bawah ini merupakan beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan Agrobank:

1. Adakah pembukaan akaun secara dalam talian tertakluk kepada pembayaran keuntungan?

Pengiraan hibah/keuntungan (jika ada), akan mula dikira dari tarikh akaun dibuat dan diaktifkan di cawangan Bank.

2. Bolehkah bukan Individu (koperasi) menggunakan perkhidmatan pembukaan akaun secara online?

Perkhidmatan ini hanya boleh digunakan oleh pelanggan individu Warganegara Malaysia sahaja. Pelanggan bukan individu tidak layak menggunakan perkhidmatan ini.

3. Adakah pelanggan perlu membawa apa-apa dokumen semasa hadir ke cawangan?

Pelanggan perlu membawa resit pembayaran/nombor rujukan dan dokumen yang diperlukan iaitu Kad Pengenalan seperti yang dimaklumkan SMS/Email.

4. Berapakah masa yang diperlukan untuk mengisi borang pembukaan akaun secara online?

Bank berusaha untuk menjadikan perkhidmatan perbankan cepat dan mudah. Bank menjangkakan permohonan pembukaan akaun secara online untuk mengambil masa dalam 10 sehingga 15 minit.

5. Adakah pelanggan akan menerima penyata bagi pembukaan akaun secara online?

Ya. Pembukaan akaun secara online Agrobank adalah akaun berasaskan penyata. Bagi akaun deposit, pelanggan akan menerima penyata seperti yang dijadualkan melalui pos. Pelanggan juga boleh merujuk e-Penyata. pelanggan boleh mendaftar platform perbankan internet bank AGRONET untuk perkhidmatan penyata secara percuma.