Cara Bayar Kad Kredit Guna Maybank2u
Cara Bayar Kad Kredit Guna Maybank2u

Cara Bayar Kad Kredit Maybank Guna Maybank2u

Posted on

Cara bayar kad kredit boleh dilakukan dengan mudah iaitu melalui online dan offline. Jika Anda mempunyai kad kredit dan menggunakannya untuk berbelanja, sudah tentu Anda mempunyai kewajipan untuk membayar bil setiap bulan.

Jumlah bil kad kredit yang mesti dibayar akan disenaraikan pada penyata bil yang secara amnya mengandungi butiran transaksi pembelian dan kos lain.

Bagi Anda yang belum faham mengenai cara bayar kad kredit, berikut kami kongsikan cara bayar kad kredit Maybank melalui Maybank2u dan ATM.

Cara Bayar Kad Kredit Guna Maybank2u
Cara Bayar Kad Kredit Guna Maybank2u

Bayaran Minimum Kad Kredit

Anda boleh bayar ke atas baki kad kredit Anda tanpa dihukum dengan bayaran lewat. Pembayaran minimum kad kredit merupakan jumlah paling sedikit. Berikut ini adalah kesannya jika membuat pembayaran minimum kad kredit:

  • Laporan CCRIS Terjejas
    (Jika laporan CCRIS menunjukan Anda gagal membuat bayaran, Institusi kewangan dapat membuat pilihan untuk menolak permohonan pinjaman Anda kerana laporan tadi memberikan gambaran bahawa Anda tidak menguruskan pinjaman dengan baik atau Anda sebenernya menghadapi kemelut kewangan.
  • Tempoh Bayaran Menjadi Lebih Panjang
    (Tempoh membayar hutang kad kredit akan bertambah jika Anda hanya membuat bayaran minimum setiap bulan)
  • Jumlah Hutang Kad Kredit Makin Bertambah
    (Jumlah bayaran kad kredit akan semakin bertambah setiap bulan sekiranya Anda hanya membuat bayaran minuman setiap bulan)

Cara Bayar Kad Kredit Guna Maybank2u

Di bawah ini merupakan langkah-langkah cara bayar Kad Kredit Guna Maybank2u.

  1. Lawati pautan rasmi Maybank2u di https://www.maybank2u.com.my/
  2. Masukkan Username akaun Anda.
  3. Klik Login.
  4. Klik Yes untuk sahkan Security Phrase.
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Login.
  7. Selepas Anda login, klik pada Pay & Transfer. Pay and Transfer
  8. Kemudian, pilih Transfer.
  9. Pada Transfer To, klik Other akaun.
  10. Pilih New Transfer.
  11. Pilih Bank Kad Kredit yang sedang Anda gunakan.
  12. Sila isikan maklumat peribadi kad kredit Anda.
  13. Pada Account Number, isikan nombor akaun kad kredit Anda. Maklumat Bayar Kad Kredit
  14. Pada Recepients Name, masukkan Nama Anda.
  15. Masukkan Jumlah Pembayaran Anda pada Transfer Amount.
  16. Pilih Tarikh Transaksi pembayaran yang Anda inginkan di Effective Date.
  17. Pada Recepients Reference, sila nyatakan tujuan pembayaran Anda bagi rujukan.
  18. Selepas selesai, klik Transfer.
  19. Kemudian, masukkan Nombor TAC yang dihantar ke nombor handphone Anda.
  20. Klik Confirm.
  21. Selesai.

Kami nasihatkan Anda untuk membuat pembayaran kad kredit guna Maybank2u sebab lebih selamat dan pantas. Dan sekiranya Anda tak boleh login Maybank2u, Anda boleh baca cara daftar Maybank2u.

Cara Bayar Kad Kredit Guna ATM

Kini, Anda juga dapat cuba cara bayar Kad Kredit guna ATM:

  1. Kunjungi mesin ATM yang berhampiran.
  2. Pilih Bahasa yang Anda inginkan.
  3. Pilih menu Kad Kredit.
  4. Kemudian, pilih Kad Kredit lainnya.
  5. Masukkan Nombor Kad Kredit Anda.
  6. Pilih YA untuk membuat pembayaran.
  7. Masukkan jumlah pembayaran
  8. Selesai.

Nota: Jika Anda membuat pembayaran kad kredit menggunakan bank yang sama di ATM, tiada sebarang caj pentadbiran yang akan dikenakan. Namun, sekiranya Kad Kredit Anda berbeza dengan ATM yang Anda gunakan, Anda akan dikenakan caj pertadbiran.

Sekiranya ada sebarang masalah atau pertanyaan Anda boleh hubungi pihak Customer Service Maybank2u di:

  • Customer Care Hotline
    (1-300-88-6688)
    (+603-7844-3696)
    Email:mgcc@maybank.com.my
  • Fraud Hotline
    (+603-5891-4744)

Itu sahaja perkongsian mengenai cara bayar kad kredit guna Maybank2u, semoga bermanfaat.