CIMB menyediakan pelbagai produk kad kredit yang dapat dimohon bagi semua pelanggan yang memenuhi syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan.
Kad Kredit CIMB dapat digunakan untuk membeli pelbagai macam barang/produk dan membayar perkhidmatan seperti bil air, bil elektrik dan banyak lagi.
Bagi Anda pemilik atau pemegang kad kredit CIMB yang belum mengetahui mengenai cara bayar kad kredit guna CIMB Clicks.
Di bawah ini kami kongsikan langkah-langkah cara bayar credit card CIMB melalui CIMB Clicks.
Cara Bayar Kad Kredit CIMB Guna CIMB Clicks
Bagi Anda pengguna CIMB Clicks, sila ikuti panduan cara bayar credit card CIMB melalui CIMBClicks berikut ini:
- Lawati pautan rasmi CIMBClicks di https://www.cimbclicks.com.my/
- Klik Login to Clicks.
- Masukkan User ID Anda.
- Klik Login.
- Klik Yes, this is my SecureWord untuk sahkan Secure Word.
- Masukkan Password akaun Anda.
- Klik Login.
- Pada menu utama halaman selepas login, klik My Accounts.
- Klik Pay Credit Cards pada butang kecil.
- Kemudian, masukkan No Akaun Kad Kredit Anda.
- Pilih Bank kad kredit yang sedang Anda gunakan.
- Masukkan Jumlah Pembayaran yang Anda inginkan.
- Masukkan Nama Anda pada Transaction Instruction.
- Klik Make Payment.
- Klik Confirm.
- Selesai.
Sekiranya Anda tidak mempunyai akaun CIMB Clicks, sila baca panduan cara daftar CIMB Clicks.
Cara Buat Bayaran Kad Kredit CIMB Melalui ATM
Tahukan Anda bahawa, Anda boleh membuat bayaran kad kredit dan pembiayaan CIMB Anda menerusi mesin ATM?
- Pertama sekali, pergi ke mesin ATM CIMB terdekat
- Masukkan kad debit CIMB dan PIN Anda
- Untuk buat bayaran kad kredit CIMB, sila pilih Lain-Lain/Others
- Lalu pilih Credit Card Payment/Bayaran Kad Kredit
- Pilih Third Party/Akaun Lain
- Masukkan nombor kad kredit Anda
- Masukkan jumlah bayaran
- Pilih akaun bank pilihan Anda untuk meneruskan bayaran
- Dan sahkan bayaran Anda
Cara Bayar Kad Kredit CIMB dari Bank Lain
Dengan e-Payment, Anda boleh membuat pindahan wang dari bank lain ke kad kredit CIMB dan pembiayaan CIMB Anda dengan mudah melalui Pindahan GIRO atau Pindahan Segera.
Sekiranya Anda ingin buat bayaran kad kredit menggunakan bank lain, Anda boleh ikuti langkah berikut.
- Pertama sekali, akses akaun bank lain Anda menerusi ATM atau portal perbankan dalam talian
- Pilih Fund Transfer/Pemindahan Wang, kemudian Pindahan GIRO atau Pindahan Segera
- Pilih CIMB untuk bayaran kad kredit
- Masukkan nombor akaun kad kredit CIMB Anda
- Masukkan jumlah yang dikehendaki
- Akhir sekali, pilih sahkan untuk meneruskan bayaran
- Selesai
Sila baca artikel kad CIMB hilang apabila kad tersebut hilang.
Untuk makluman, fi perkhidmatan akan dikenakan untuk semua bayaran yang dibuat untuk kad kredit dan pinjaman/pembiayaan menerusi kaunter dan menerusi mesin-mesin deposit tunai dan cek.
Fi untuk satu transaksi adalah seperti berikut:
Transaksi berkenaan | Tunai | Cek |
---|---|---|
Menerusi kaunter | RM2.00 | RM2.00 |
Mesin-mesin Deposit Tunai dan Cek | RM0.50 | RM0.50 |
Selain bayar kad kredit guna CIMB Clicks, saluran bayaran altenatif disediakan melalui saluran-saluran seperti berikut:
- Pindahan Dana Auto atau Arahan Tetap
- Mesin Teler Automatik (ATM)
- Pindahan Wang GIRO / Antara Bank (IBG/IBFT)
Soalan Lazim Kad Kredit CIMB Clicks
Di bawah ini merupakan soalan lazim mengenai Kad Kredit CIMB:
1. Bagaimana jika saya gagal memenuhi kewajipan saya membayar bil kad kredit CIMB?
Jika Anda tidak membuat pembayaran minimum tepat pada masanya, Anda akan dikenakan caj pembayaran lewat sebanyak 1% ke atas baki belum dibayar yang timbul daripada urus niaga runcit dan pendahuluan tunai, tertakluk kepada minimum RM10 dan maksimum RM100.
2. Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat perubahan pada butiran maklumat saya?
Adalah penting bagi Anda memaklumkan CIMB tentang sebarang perubahan dalam butiran hubungan Anda untuk memastikan semua makluman transaksi dan surat-menyurat sampai kepada Anda tepat pada masanya.
Diharapkan maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda dalam urusan perbankan. Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau masalah Anda boleh hubungi Customer Service CIMB Clicks di Customer Contact Centre +603-6204-7788