Mendepositkan wang tunai melalui mesin CDM dan online adalah salah satu penyelesaian untuk pelanggan yang ingin membuat deposit tunai pada hari cuti. Pelanggan tidak perlu mengunjungi cawangan Agrobank untuk membuat deposit tunai.
Pelanggan hanya perlu pergi ke mesin CDM Agro bank terdekat yang boleh digunakan untuk deposit tunai.
Berikut kami tunjukkan langkah-langkah cara bank in duit Agrobank secara online dan melalui mesin CDM.
Cara Bank in Agrobank di Kaunter
Di bawah ini adalah cara bank in duit ke akaun Agrobank Anda melalui kaunter.
- Pergi ke cawangan Agrobank berdekatan Anda.
- Ambil nombor giliran Anda, kemudian isikan borang penyimpanan wang ke dalam akaun. Borang bank in boleh minta kepada staff atau guard.
- Setelah no giliran Anda dipanggil, serahkan borang tersebut bersama jumlah duit yang ingin dimasukkan.
- Anda akan diberikan sesalinan borang yang mengesahkan simpanan duit Anda ke dalam akaun Anda.
Bank in Agrobank Guna CDM
Cara bank in melalui mesin Cash Deposit Machine (CDM) sangat mudah, sila ikuti step berikut:
- Sila kunjungi mesin CDM Agrobank yang berdekatan dengan Anda.
- Tekan mana-mana butang di key pad mesin CDM dan paparan skrin menu akan keluar.
- Pilih bahasa Malaysia.
- Pilih urusniaga Deposit Tunai.
- Masukkan Nombor Akaun dan semak kembali no akaun Anda.
- Pastikan Nama dan No Akaun yang tertera adalah betul.
- Masukkan duit tunai yang Anda inginkan.
- Sahkan nilai yang Anda masukkan tadi, jika betul tekan YA.
- Sila ambil resit sebagai bukti.
Setelah itu sila semak baki akaun Agrobank Anda untuk melihat baki akaun terkini.
Cara Bank In Duit Agrobank Online melalui DuitNow
Sila ikuti langkah cara bank in duit Agrobank melalui DuitNow:
- Sila login AGRONet Anda.
- Masukkan Username akaun Anda.
- Klik Login.
- Sahkan Security Image Anda.
- Masukkan Password akaun Anda.
- Klik Submit.
- Selepas Anda login, klik Fund Transfer.
- Kemudian, pilih New Fund Transfer.
- Pilih jenis Transfer Type.
- Klik DuitNow.
- Pada senarai DuitNow ID Type, pilih Nombor Akaun.
- Pastikan Nombor Akaun Penerima adalah tepat.
- Klik Request TAC.
- Klik Print Receipt untuk dapatkan salinan Resit Pelanggan.
- Klik Make Another Transaction.
- Selesai.
Cara Bank In Duit Agrobank melalui 3rd Party Account Transfer
Anda juga boleh cuba step bank in duit Agrobank menggunakan 3rd Party Account Transfer:
- Buka website rasmi Agronet di https://www.agronet.com.my/
- Masukkan Username akaun Anda.
- Klik Login.
- Sahkan Security Image Anda.
- Masukkan Password akaun Anda.
- Klik Submit.
- Selepas Anda login, pilih Accounts and Banking.
- Pilih Fund Transfer.
- Pada bahagian jenis transfer, klik New Fund Transfer.
- Seterusnya, pilih 3rd Party Account Transfer.
- Sila isikan maklumat transfer 3rd Party Account Transfer.
- Selepas selesai, klik Next.
- Klik Request TAC.
- Masukkan Nombor TAC yang dihantar ke nombor handphone Anda.
- Klik Confirm.
- Klik Print Receipt bagi rujukan Anda.
- Klik Make Another Transaction jika hendak membuat transaksi baru.
- Selesai.
Itulah maklumat yang dapat kami kongsikan, semoga maklumat tersebut boleh membantu Anda dalam urusan perbankan. Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan Anda boleh hubungi Customer Service di 1300-88-2476 (local) dan +603-2079-0600 (luar negara) atau melalui email customer@agrobank.com.my