Jika Maybank2u Anda disekat, sudah tentu Anda sebagai pelanggan bank akan merasa kesusahan. Terutama jika Anda perlu memindahkan dana atau pembayaran bil dalam keadaan kecemasan dan apalagi tidak ada mesin ATM yang berdekatan.
Sebetulnya, penyekat Maybank2u ini sebahagian besar berlaku kerana kesalahan pelanggan itu sendiri, boleh jadi kerana lupa kata laluan atau sudah lama tidak login M2U.
Atau akaun simpanan Anda termasuk ke dalam status Dorman.
Akaun Dorman adalah akaun yang tidak mempunyai transaksi (deposit atau pengeluaran tidak termasuk caj yang dikenakan atau faedah yang dikreditkan) untuk tempoh berterusan selama sekurang-kurangnya 12 bulan, adakalanya dirujuk sebagai akaun yang tidak aktif.
Berikut adalah beberapa cara untuk mengaktifkan akaun dorman:
- Pihak ketiga menyediakan surat pengesahan daripada pemegang akaun yang memberi kuasa kepada pihak ketiga untuk membuat deposit ke dalam akaun. Tandatangan pemegang akaun pada surat pengesahan tersebut mestilah selaras dengan rekod tandatangan dalam simpanan Bank.
- Pemegang akaun hadir sendiri di mana-mana cawangan bersama dokumen pengenalan diri yang sah dan memohon untuk mengaktifkan akaun dorman. Sila bawa kad pengenakan/pasport, kad ATM dan buku simpanan.
- Pemegang akaun harus melakukan transaksi pengeluaran wang tunai di kaunter.
- Pemegang akaun menghantar surat atau memulangkan Notis yang dihantar oleh bank memohon untuk mengaktifkan semula akaun dormant tersebut. Tandatangan pemegang akaun pada surat/notis mestilah selaras dengan rekod tandatangan dalam simpanan Bank.
Berikut kami bagitau cara mudah aktifkan semula akaun Maybank2u.
Facebook Maybank
Maybank mempunyai media sosial yang berfungsi untuk berkongsi informasi/maklumat kepada ramai korang. Selain berfungsi untuk perkongsian informasi, ternyata akaun FB Maybank boleh membantu Anda menyelesaikan kes seperti kad ATM disekat, terlupa nombor akaun Maybank dan lainnya.
Adakah Anda tahu bahawa cara aktifkan semula Maybank2u boleh dilakukan melalui akaun rasmi FB Maybank juga?
Berikut langkah-langkah cara aktifkan M2U melalui FB Maybank.
- Sila log masuk FB Anda.
- Cari Facebook Maybank Malaysia atau sila klik https://web.facebook.com/Maybank
- Sila hantar mesej atau PM (Privae Message), beritahu maksud Anda secara detail.
- Pihak Maybank akan tanya problem Anda secara detail dan akan meminta detail Nama Penuh, IC no, nombor telefon.
- Selepas itu, staff Maybank akan menghubungi Anda dan maklumat detail lagi nama penuh, IC no, nombor telefon, no Account dan 16 digit nombor kad ATM Anda.
- Kemudian pihak bank akan suruh Anda untuk login di Maybank2u untuk memastikan akaun M2U Anda telah aktif.
Bagaimana jika saya tidak mempunyai akaun FB bolehkah guna twitter atau Instagram? Boleh saja di cuba, sebab kami belum pernah cuba juga.
- Twitter Maybank: https://twitter.com/mymaybank
- Instagram Maybank: https://www.instagram.com/mymaybank
Telefon
Perkhidmatan customer care boleh dihubungi dari seluruh pelosok Malaysia, menggunakan operator selular.
Untuk makluman Anda, customer care ini beroperasi 24 jam dalam tujuh hari sehingga tidak mengenali hari cuti.
Cara daftar semula maybank2u boleh dilakukan melalui nombor 1-300 88 6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (Overseas).
Langkahnya sama sahaja dengan cara diatas, sila call nombor tersebut dan bagitau bahawa Anda ingin aktifkan semula Maybank2u.
Pihak bank akan membantu Anda menyelesaikan masalah tersebut.
Bank
Sekiranya Anda mempunyai banyak waktu, sila pergi ke cawangan Maybank terdekat atau ke tempat dimana Anda pertama buat akaun Maybank.
Sila membawa kad pengenalan/IC, kad ATM dan buku simpanan. Sehingga akaun M2U Anda dapat aktif lagi.
Sila hantar email yang berisi maklumat detail akaun M2U dan maksud Anda menghantar email ke alamat mgcc@maybank.com.my
Sila tunggu staff Maybank reply email Anda.
Baca juga: cara tukar nombor telefon TAC Maybank2u
Itulah 4 cara aktifkan semula maybank2u, semoga perkongsian ini boleh bermanfaat untuk Anda.