Bolehkah ATM Agrobank baharu digunakan dengan segera? Kad debit Agrobank atau kad ATM baharu tidak boleh digunakan sekiranya ia belum diaktifkan.
Oleh itu, adalah penting untuk pelanggan mengetahui cara mengaktifkan ATM Agrobank agar pelanggan boleh menggunakan kad debit untuk transaksi.
Cara mengaktifkan kad debit Agrobank boleh dilakukan dengan mudah. Berikut kami kongsikan step cara aktifkan kad debit Agro bank.
Cara Aktifkan Kad ATM Agrobank
Biasanya pemegang kad akan diberikan PIN semasa penyerahan kad dan perlu mengaktifkan semula di ATM. PIN tersebut adalah bertujuan untuk membuat transaksi di mesin ATM.
Pemegang kad hendaklah tidak mendedahkan PIN kepada mana-mana individu dan hendaklah bertanggungjawab kepada bank bagi mana-mana masukan debit dalam CASA akibat daripada mana-mana transaksi yang tidak dibenarkan.
Sekiranya kad debit Anda masih belum aktif, sila ikuti langkah berikut:
- Sila pergi ke cawangan Agrobank yang berhampiran.
- Ambil nombor antrian Anda.
- Selepas nombor antrian Anda dipanggil, maklumkan bahawa Anda ingin aktifkan kad ATM Agrobank.
- Kemudian, Anda akan diminta memberikan dokumen sokongan iaitu kad ATM dan Kad Pengenalan.
- Anda akan diberi satu borang permohonan aktifkan kad ATM.
- Serahkan borang permohonan dan dokumen sokongan kepada pegawai Agrobank.
- Tunggu beberapa minit untuk proses pengaktifan kad ATM.
- Selesai.
Cara Aktifkan Kad ATM Agrobank melalui Customer Service Agrobank
Anda juga boleh cuba cara aktifkan kad ATM Agrobank melalui Customer Service Agrobank:
- Sila hubungi Customer Service Agrobank di 1-300-88-2476 (Local) atau +603-2079-0600 (luar negara)
- Maklumkan bahawa Anda ingin aktifkan kad ATM Agrobank.
- Kemudian, Anda akan diminta menyebutkan beberapa maklumat yang berkaitan dengan kad ATM Anda.
- Tunggu beberapa minit untuk proses pengaktifan.
- Selesai.
Ciri-Ciri Kad ATM Agrobank
Di bawah ini merupakan ciri-ciri kad ATM Agrobank:
- Had pembelian barang melalui MyDebit sehingga RM6,000
- Had pembelian melalui Visa sehingga RM2,000. Pemegang kad boleh meningkatkan had harian sehingga RM20,000
- Boleh memilih untuk menutup transaksi tanpa sentuh dan menukar jumlah had penggunaan transaksi tanpa sentuh melalui Visa dan MyDebit.
- Dapat digunakan untuk pembayaran bil-bil dan pemindahan wang.
- Pengeluaran wang tunai sehingga RM1,500 bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum harian Anda sebanyak RM6,000 sehari dengan kadar transaksi tidak terhad.
Kelebihan Kad ATM Agrobank
Beberapa kelebihan yang dimiliki oleh kad ATM Agrobank:
- Tiada syarat pendapatan untuk permohonan kad.
- Pembayaran melalui telefon dan atas talian mengikut keselesaan Anda.
- Jaminan pembayaran untuk mengelakkan kelewatan dengan pembekal.
- Dapat memeriksa akaun dan transaksi melalui AGRONet.
- Mudah untuk membayar bil-bil dan menguruskan perbelanjaan seharian Anda.
Kad debit hanya sah sehingga tarikh tempoh sah. Anda hendaklah memastikan bahawa sebaik sahaja kad tamat, ia dimusnahkan, dengan memotong dua dan dikembalikan kepada Bank untuk penggantian kad. Sekiranya kad debit Agrobank Anda tamat tempoh, sila baca langkah cara renew kad debit Agorbank.
Pastikan juga bahawa kad tidak boleh digunakan selepas pembatalan, tamat tempoh, atau pengeluaran atau apabila Anda tidak lagi menjadi pelanggan bank.
Itulah maklumat tentang cara mengaktifkan kad Agrobank. Semoga perkongsian diatas boleh membantu Anda.