BSN Online Register Bahasa Melayu
BSN Online Register Bahasa Melayu

Cara Daftar BSN Online Register Bahasa Melayu MyBSN

Posted on

Ramai pelanggan baru BSN yang belum tahu cara register BSN online banking atau yang dikenali MyBSN. Dengan menggunakan perbankan internet MyBSN, Anda boleh menjalankan pelbagai transaksi kewangan, seperti transfer wang kepada orang lain, membayar bil, atau menyemak baki akaun.

Untuk melakukan semua transaksi diatas pelanggan hanya perlu menggunakan komputer atau HP yang disambungkan ke internet.

So bagi Anda yang ingin mempunyai akaun BSN online banking ataupun MyBSN, Anda boleh ikuti step yang kami kongsikan dalam bahasa Melayu dibawah ini.

BSN Online Register Bahasa Melayu
BSN Online Register Bahasa Melayu

Apa Itu BSN Online MyBSN

Perbankan internet BSN atau MyBSN adalah perkhidmatan perbankan yang membolehkan pelanggan melakukan pelbagai transaksi kewangan secara dalam talian, tanpa perlu datang ke bank.

Dengan menggunakan perbankan internet BSN, pelanggan boleh membuat pelbagai transaksi seperti pemindahan dana antara akaun, membayar bil, dan membuat pembelian dalam talian dengan mudah dan cepat.

Manfaat BSN Online MyBSN

Perbankan Internet MyBSN adalah kemudahan yang membolehkan Anda menjalankan pelbagai jenis transaksi perbankan secara dalam talian, tanpa perlu datang ke bank.

Dengan menggunakan perbankan internet MyBSN, Anda boleh melakukan pelbagai transaksi seperti:

  • Buat pembayaran bil, seperti bil elektrik, air, bil telefon, dan lain-lain.
  • Semak baki akaun dan sejarah transaksi.
  • Pindahkan wang ke akaun bank lain.
  • Topup.
  • Dan banyak lagi.

Perbankan internet memudahkan Anda menguruskan kewangan kerana Anda boleh melakukan transaksi perbankan hanya dengan menggunakan internet.

Selain itu, perbankan internet juga memberikan keselamatan yang tinggi kerana semua transaksi dilakukan melalui rangkaian internet yang selamat dan terjamin.

BSN Online Register Bahasa Melayu

Untuk mendaftar perbankan internet BSN, Anda mesti mempunyai akaun di Bank Simpanan Nasional terlebih dahulu. Jika Anda sudah mempunyai akaun, Anda boleh mengikuti langkah berikut:

  1. Lawati pautan rasmi BSN di https://www.mybsn.com.my/
  2. Klik Register. Register BSN
  3. Klik Accept untuk sahkan Terms & Conditions. Klik Next.Sahkan Terms and Conditions
  4. Masukkan Nombor Debit/Credit Anda. Maklumat Register BSN
  5. Masukkan CVV2 Anda.
  6. Masukkan Expiry Date Kad Anda.
  7. Klik Next.
  8. Seterusnya, sila buat Username akaun yang Anda inginkan. Username dan Password Register
  9. Sila buat Password yang Anda inginkan sesuai ketentuan yang telah ditetapkan.
  10. Masukkan semula password yang tadi Anda sudah buat pada Confirm New Password.
  11. Klik Request OTP.
  12. Masukkan kod OTP yang dihantar melalui nombor handphone Anda.
  13. Sila pilih Online Image Anda. Online Image
  14. Klik Submit.
  15. Tahniah, Anda berjaya register BSN Bahasa Melayu.
  16. Selesai.

Cara Register MyBSN di Cawangan

Untuk boleh menggunakan Perbankan Internet BSN, Anda mesti memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh bank. Beberapa syarat ini antaranya:

  • Anda mesti mempunyai akaun BSN yang aktif.
  • Anda mesti mengisi borang pendaftaran Perbankan Internet BSN.
  • Anda mesti menyertakan dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan Anda.
  • Anda mesti bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan kepada perkhidmatan Perbankan Internet BSN.

Selepas memenuhi syarat ini, Anda boleh memohon pendaftaran Perbankan Internet BSN melalui salah satu cawangan BSN yang berhampiran.

Pastikan Anda menyertakan semua dokumen yang diperlukan supaya proses pendaftaran dapat berjalan dengan baik.

Sekiranya Anda ingin membuat pemindahan dana guna MyBSN, Anda boleh ikuti step cara instant transfer BSN guna DuitNow.

Cara Login BSN Online

Selepas Anda mendaftar, sila ikuti langkah-langkah cara login BSN di bawah ini:

  1. Lawati pautan rasmi BSN di https://www.mybsn.com.my/
  2. Masukkan Username akaun Anda. Login BSN
  3. Klik Login.
  4. Klik Yes untuk sahkan Security Image.
  5. Masukkan Password Anda. Password BSN
  6. Klik Login.
  7. Tahniah, Anda berjaya login ke akaun Anda.

Cara Aktifkan BSN Online

Setelah Anda berjaya mendaftar, langkah seterusnya Anda perlu aktifkan MyBSN Anda. Sila call customer service BSN di 1-300-88-1900 / +603-2613 1900 (Luar Negara).

Beritahu staff bank BSN bahawa Anda nak aktifkan myBSN sehingga semua ciri dan fungsi myBSN boleh Anda gunakan.

Soalan Lazim BSN

Berikut ini merupakan beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan BSN:

1. Bolehkah saya daftar nombor telefon bimbit luar negara?

Pada masa ini kami tidak buka pendaftaran TAC menggunakan nombor telefon bimbit luar negara.

2. Sekiranya ada masalah untuk login, apa yang mesti saya buat?

Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1300-88-1900 atau +603-2613-1900 (Luar Negara)

3. Adakah dikenakan bayaran menggunakan myBSN?

Tiada sebarang bayaran. BSN ingin membantu menjadikan kehidupan lebih baik dan lebih mudah bagi semua.

Sekiranya ada sebarang masalah atau pertanyaan Anda mengenai BSN Anda boleh hubungi Customer Service BSN di 1300-88-1900/+603-2613-1900 atau melalui email di customercare@bsn.com.my