Cara Bayar Loan Kereta Guna Maybank2u & ATM

Posted on

Ternyata ramai orang yang tidak tahu cara bayar loan kereta guna maybank2u dan ATM. Dengan kehadiran maybank2u dan ATM, sudah tentu ini merupakan satu teknologi baru untuk kemudahan pemprosesan transaksi.

Maybank melancarkan produk perkhidmatan perbankan dengan nama maybank2u, kerana Maybank ingin memudahkan pelanggannya membuat transaksi mengikut keperluan mereka.

Sekiranya Anda ingin bayar pinjaman kereta guna Maybank2u, Anda boleh ikuti step berikut.

Cara Bayar Loan Kereta Guna Maybank2u
Cara Bayar Loan Kereta Guna Maybank2u

Cara Bayar Loan Kereta Guna Maybank2u

Di bawah ini merupakan langkah-langkah cara bayar loan kereta guna Maybank2u:

  1. Lawati pautan rasmi Maybank https://www.maybank2u.com.my/
  2. Masukkan Username akaun Anda.
  3. Klik Login.
  4. Sahkan Security Phrase Anda.
  5. Masukkan Password Anda.
  6. Klik Login.
  7. Selepas login, klik Pay & Transfer. Pay & Transfer Maybank
  8. Klik Transfer.
  9. Pada Transfer To, pilih Other Account. Transfer To Maybank
  10. Pilih Bank Penerima untuk membuat Pembayaran.
  11. Masukkan Nombor Akaun. Maklumat Transfer Maybank
  12. Isikan Recipient’s Name. Transfer Loan Maybank
  13. Pilih Jenis Transaksi Anda.
  14. Pilih Metode Transfer.
  15. Masukkan Jumlah yang akan dihantar.
  16. Klik Transfer.
  17. Maklumat transfer Anda akan dipaparkan.
  18. Klik Request TAC.
  19. Kemudian, masukkan kod TAC yang dihantar melalui SMS.
  20. Klik Save Receipt sebagai bukti.
  21. Selesai.

Baca juga cara bayar kad kredit guna Maybank2u.

Cara Bayar Pinjaman Kereta Melalui ATM

Berikut kami kongsikan step cara bayar pinjaman kereta guna ATM Maybank.

  1. Pergi ke mesin ATM Maybank terdekat.
  2. Masukkan kad debit dan PIN Anda.
  3. Pilih Other Transaction.
  4. Pilih Payment
  5. Pilih Express Payment
  6. Pilih Loan/Financing
  7. Pilih Vehicle Loan/Hire Purchase
  8. Pilih Acc.No. or Vehicle no
  9. Pilih Amount
  10. Pilih Account yang ingin Anda gunakan untuk bayar pinjaman
  11. Pilih Confirmation untuk selesaikan proses transaksi

Soalan Lazim Maybank2u

Beberapa soalan lazim yang berkaitan dengan loan kereta Maybank2u:

1. Adakah saya memerlukan sebarang perlindungan insurans/takaful?

Ya. Polisi insurans/Takaful adalah wajib di bawah Akta Sewa Beli, 1967 (Akta HP). Anda dikehendaki memastikan kenderaan diinsuranskan sehingga pembayaran penuh kemudahan.

Selain itu, Anda dikehendaki memaklumkan kepada pemilik mengenai pembaharuan polisi insurans/takaful dalam tempoh 14 hari sebelum tamat tempoh polisi.

2. Bagaimana saya boleh membayar bayaran balik bulanan saya?

Untuk kemudahan Anda, Anda dinasihatkan untuk membayarn balik bulanan Anda melalui mana-mana mod berikut: Mesin Deposit Tunai (CDM) dan lainnya.

Namun, Anda juga boleh membuat pembayaran di mana-mana kaunter pembayaran balik Maybank.

3. Adakah yang perlu saya lakukan jika terdapat perubahan pada butiran saya?

Penting bagi Anda untuk memaklumkan Maybank tentang sebarang perubahan dalam butiran hubungan Anda untuk memastikan semua surat menyurat sampai kepada Anda tepat pada masanya.