Cara Bayar Bil Unifi Guna Maybank2u
Cara Bayar Bil Unifi Guna Maybank2u

Cara Bayar Bil Unifi Guna Maybank2u Apps jomPAY

Posted on

Cara pembayaran UniFi melalui Maybank2u boleh dilakukan dengan mudah. Anda boleh mengakses aplikasi maybank2u dan membuat pembayaran UniFi hanya dengan beberapa langkah sahaja.

Pada masa ini, rangkaian UniFi telah tersebar di seluruh Malaysia. Syarikat penyedia perkhidmatan Internet ini juga telah bekerjasama dengan pelbagai bank, salah satunya adalah Maybank.

Sekarang pelanggan boleh membayar bil dengan mudah melalui maybank2u. Kaedah ini akan memudahkan pengguna UniFi untuk membuat pembayaran dari rumah. Sila ikuti langkah-langkah cara bayar bil UniFi guna Maybank2u di bawah ini.

Cara Bayar Bil Unifi Guna Maybank2u
Cara Bayar Bil Unifi Guna Maybank2u

Cara Bayar Bil Unifi Guna Maybank2u Online

Sila ikuti langkah-langkah cara bayar Bil Unifi melalui website Maybank2u:

  1. Lawati pautan rasmi Maybank2u di https://www.maybank2u.com.my/
  2. Masukkan Username akaun Anda.
  3. Klik Login.
  4. Klik Yes, untuk sahkan Security Phrase Anda.
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Selepas login, pergi ke bahagian Pay & Transfer. Bill Account Number
  7. Klik New Payment di menu atas.
  8. Cari Telekom Malaysia (TM)
  9. Tak perlu cari UniFi sebab tak akan jumpa.
  10. Masukkan Nombor Akaun Unifi yang ingin dibayar ke dalam ruangan.
  11. Klik Confirm.
  12. Kemudian, nama yang didaftarkan atas akaun tersebut akan muncul di bahagian Registered Bill Name.
  13. Pastikan nama akaun yang ingin dibayar betul.
  14. Masukkan Jumlah yang akan dibayar. Jumlah Bill Unifi
  15. Klik Pay.
  16. Masukkan Nombor TAC yang diterima di telefon bimbit yang berdaftar. Request TAC Unifi
  17. Jika berjaya, butiran transaksi akan dipaparkan.
  18. Selesai.

Adakah Anda tahu kalau Anda boleh bayar bil Unifi guna MAE? Sila baca cara daftar MAE Maybank.

Cara Bayar Unifi Online Guna Aplikasi M2u MY

Pastikan bahawa Anda telah download aplikasi M2u MY di Google Play Store/Appstore dan mempunyai akaun Maybank2u. Sekiranya Anda dah mempunyai akaun maybank2u sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka aplikasi M2U MY Anda.
  2. Masukkan Kata Laluan Anda. Password App Maybank
  3. Klik Login.
  4. Sila pergi ke bahagian Pay.
  5. Klik New Payee. New Payee Maybank
  6. Kemudian, pilih TM Unifi.
  7. Masukkan Nombor Akaun TM-Unifi. Nombor Akaun TM-Unifi
  8. Klik Continue.
  9. Masukkan Jumlah yang perlu dibayar.
  10. Pastikan bahawa jumlah yang Anda masukkan betul. Proceed Bayar
  11. Klik Proceed.
  12. Klik Confirm & Pay.
  13. Seterusnya, klik Approve. Approve M2u
  14. Selesai.

Cara Bayar Unifi Guna jomPAY Maybank2u

Anda juga boleh bayar bil Unifi guna jomPAY, sila ikuti step berikut:

  1. Login macam biasa di Maybank2u Anda.
  2. Kemudian pilih Pay & Transfer
  3. Pada bahagian Pay to pilih JomPAY
  4. Disini Anda perlu masukkan Biller Code 8888 Cara Bayar Unifi Guna jomPAY Maybank2u
  5. Pada bahagian Ref-1: Isi no akaun Unifi Anda.
  6. Ref-2: Boleh di biarkan kosong.
  7. Masukkan jumlah yang pembayaran.
  8. Klik Pay.
  9. Selesai.

Ingat, nombor akaun adalah sangat penting. Untuk check nombor akaun unifi milik Anda, Anda boleh check bil yang Anda perolehi.

Sekiranya tiada bil, Anda boleh check nombor akaun Unifi di apps myunifi. Macam mana jika belum mempunyai apps myunifi? Tak perlu risau, Anda boleh check SMS tiap bulan yang dapat tu.