Seiring dengan perkembangan perbankan di Malaysia, seseorang boleh memiliki lebih daripada satu akaun, sama ada di bank yang sama atau di bank yang berbeza.
Kerana banyaknya akaun yang dimiliki, sudah tentu ada satu akaun yang tidak digunakan sehingga menyebabkan akaun tersebut tidak aktif atau dormant.
Bagi Anda yang ingin mengetahui cara aktifkan akaun Agrobank tidak aktif, sila ikuti step yang kami kongsikan di bawah ini.
Sebab Akaun Agrobank Tidak Aktif
Salah satu penyebab kenapa akaun Anda menjadi tidak aktifk adalah kerana akaun Anda tidak pernah digunakan transaksi untuk waktu yang lama.
Perlu Anda ketahui bahawa kebanyakan bank di Malaysia mempunyai akaun simpanan yang tidak aktif selama 12 buulan sehingga 2 tahun, akaun tersebut akan ditutup dan dinyahaktifkan.
Oleh itu bagi Anda yang ingin aktifkan semula akaun Agrobank. Ikuti langkah di bawah ini:
Cara Aktifkan Akaun Agrobank
Di bawah ini merupakan langkah-langkah cara aktifkan semula akaun Agrobank:
- Sila pergi ke cawangan Agrobank yang berhampiran.
- Pastikan Anda membawa dokumen seperti kad pengenalan diri bagi tujuan pengaktifan akaun.
- Ambil nombor giliran Anda.
- Selepas nombor giliran Anda dipanggil, bincangkan bahawa Anda ingin aktifkan semula akaun Agrobank Anda.
- Selepas itu, Anda akan diminta beberapa dokumen yang Anda tadi sudah bawa.
- Serahkan dokumen tersebut bagi tujuan pengaktifan akaun.
- Tunggu beberapa saat untuk proses pengaktifan.
- Selesai.
Setelah Anda berjaya aktifkan semula akaun Agro bank Anda, kami nasihatkan Anda untuk tukar kad debit Agrobank agar urusan perbankan Anda selalu berjaya.
Cara Aktifkan Akaun Agrobank Online
Macam mana cara nak aktifkan akaun Agrobank secara online? Pada masa ini urusan pengaktifan akaun Agrobank hanya boleh dilakukan di cawangan sahaja.
Sila kunjungi cawangan Agrobank berdekatan, sila bawa kad pengenalan dan duit RM15 – RM50 untuk deposit tunai.
Cara Semak Akaun Agro Bank Aktif atau Tidak
Macam mana cara mengetahui sama ada akaun Agrobank saya masih aktif atau tidak?
Anda tidak perlu tergesa-gesa pergi ke Agrobank hanya untuk sekadar menyemak akaun Agrobank aktif atau tidak aktif.
Sila lakukan 3 langkah mudah ini:
- Semak baki di AGRONet (jika Anda mempunyai app AGRONet) Jika akaun Agrobank sudah tidak aktif, akan ada pemberitahuan akaun tidak aktif, sila ke cawangan Agrobank terdekat.
- Semak baki ATM, cuba semak baki di ATM terdekat. Sekiranya ATM tidak boleh digunakan, itu bermakna akaun Agrobank telah mati/tidak aktif.
- Hubungi customer service Agrobank
Sila pilih cara yang semak paling mudah menurut Anda. Sekiranya Anda tiada akaun Agrobank online banking, kami nasihatkan Anda untuk segera daftar AGRONet.
Soalan Lazim Agrobank
Di bawah ini merupakan soalan lazim yang berkaitan dengan Agrobank:
1. Apa Itu Akaun Dorman?
Akaun Dorman (ada kalanya dirujuk sebagai akaun yang tidak aktif) adalah akauun yang tidak mempunyai transaksi (deposit atau pengeluaran tidak termasuk caj yang dikenakan atau faedah yang dikreditkan) bagi tempoh berterusan selama sekurang-kurangnya 12 bulan.
2. Macam mana untuk mengelakkan akaun saya daripada menjadi Dorman?
Cara yang mudah untuk memastikan bahawa terdapat transaksi yang dibuat dalam akaun Anda, iaitu membuat transaksi pengeluaran atau deposit wang di kaunter.
3. Adakah yang akan berlaku jika akaun saya dorman untuk tempoh 6 tahun?
Jika akaun Anda masih dorman untuk tempoh 6 tahun, akaun tersebut akan diklasifikasikan sebagai wang tidak dituntut. Di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965 (Pindaan 2002), bakinya akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang tak dituntut.
Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan Anda boleh hubungi Customer Service Agrobank di:
- 1300-88-2476 (local)
- +603-2079-0600 (intl)
- Email: customer@agrobank.com.my
Diharapkan maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda.